• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label harimau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harimau. Papar semua catatan

14 Jan 2021

Cap dagangan Harimau Menangis belum diluluskan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)

 

Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed diminta tidak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan selain menjadi hak ekslusif beliau.


Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, MyIPO menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.



“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau.


“Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise.


Ujarnya, MyIPO akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.


Beliau menambah, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.


Cap dagangan Harimau Menangis belum lulus, Noor Kartini jangan dahului MyIPO

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/01/13/cap-dagangan-harimau-menangis-belum-lulus-noor-kartini-jangan-dahului-myipo/

24 Mei 2013

Harimau telan 1.8kg bulu sendiri!!

Seekor harimau jantan seberat 180 kilogram di Amerika Syarikat terpaksa dibedah bagi mengeluarkan gumpalan bulu sebesar sebiji bola keranjang.

Harimau berusia 17 tahun bernama Ty itu menyisir dengan menjilat bulunya. Haiwan itu tertelan bulu tersebut sejak sekian lama. Ty menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat veterinar di sini, dalam negeri Florida. 

Beberapa doktor berkata, mereka berjaya mengeluarkan gumpalan bulu seberat 1.8 kg itu dari dalam perut Ty. Dipelihara oleh agensi Penyelamat dan Pemulihan Hidupan Liar, Ty memerlukan pembedahan selepas binatang buas itu tidak makan selama hampir dua minggu.

16 Jan 2012

Jalan mengundur 2km elak diterkam harimau

KUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mangsa, Rohani Osman, 50, dan anaknya, Mastura Kamarudin, 16, terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu, Kati di sini.

Rohani berkata, dia leka menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama tergamam apabila melihat dua ekor ‘pak belang’ muncul sebelum merenung ke arah mereka.

“Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami.

“Ketika itulah saya teringat petua orang tua bahawa harimau akan menyerang mangsanya daripada belakang terutama di bahagian tengkuk. Saya menyuruh anak bertenang dan jalan mengundur sambil mengadap harimau berkenaan,” katanya.

sumber asal: myMetro

simieY: Alhamdulillah..berpantang maut sebelum ajal :)