• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hitam. Papar semua catatan

26 Feb 2021

Murai kulit hitam ditemui selepas 170 tahun

 

Seekor burung yang kali terakhir dilihat lebih 170 tahun lalu ditemui semula di hutan hujan Borneo.


Sebelum ini, ahli konservasi burung percaya spesies burung itu sudah pupus.


Murai berkulit hitam pernah didokumentasikan sekali ketika pertama kali ditemui sekitar tahun 1848 - yang selepas itu tiada usaha untuk mencarinya.



Namun, akhir tahun lalu, dua lelaki di Borneo Indonesia melihat seekor burung yang tidak mereka kenali dan mengambil gambarnya sebelum melepaskan makhluk berukuran telapak tangan itu kembali ke hutan, menurut Global Wildlife Conservation.


Ahli pengkaji burung terkejut apabila mendapati bahawa Murai berkulit hitam masih hidup dan sihat, sebagaimana yang pernah dicatatkan Charles Darwin dalam bukunya 'On the Origin of Species'.


"Rasanya seperti 'Eureka!' seketika," kata pengarang utama rencana berita itu, Panji Gusti Akbar, dalam jurnal BirdingASIA.


"Burung ini sering kali disebut 'teka-teki terbesar dalam ornitologi Indonesia.'


"Sukar untuk percaya ia tidak pupus dan masih tinggal di hutan dataran rendah ini," katanya.


Menurut artikel itu, burung berkenaan memiliki bulu coklat dan kelabu, 'hilang' lebih lama daripada kebanyakan burung Asia lain, menurut artikel itu.


Penyelidik berharap dapat kembali ke kawasan di mana burung itu kali terakhir dilihat, tetapi sekatan perjalanan akibat pandemik COVID-19 menyebabkan usaha itu terbantut.


Pengarang akhbar yang juga ahli konservasi burung, BirdLife International yang berpangkalan di Singapura, Ding Li Yong berkata; "Sekarang adalah kesempatan yang sesuai untuk melindungi hutan itu dan memastikan burung Murai itu terus dilindungi begitu juga spesies lain."


Menurut pakar pemuliharaan, lebih 150 spesies burung di seluruh dunia dianggap 'hilang' tanpa jejak dalam dekad yang lalu.


Pengarah kanan pemuliharaan spesies Global Wildlife Conservation, Barney Long berkata; "Penemuan seperti ini sangat luar biasa dan memberi kita harapan yang besar untuk mencari spesies lain yang telah hilang selama beberapa dekad atau lebih lama." - AFP


Burung Murai berkulit hitam muncul selepas 170 tahun

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/02/790219/burung-murai-berkulit-hitam-muncul-selepas-170-tahun

2 Nov 2012

Udang karang berwarna oren dan hitam

Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS). 

Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS. Udang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri Massachusetts pada minggu lalu.

"Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam," kata seorang jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu. Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah kanannya.


Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan. Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.

"Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang," ujar pihak akuarium berkenaan. Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau. - Agensi

1 Feb 2012

saintis hasilkan tomato hitam 'black galaxy'

TEL AVIV: Pakar hortikultur Israel menghasilkan rangkaian kacukan tomato yang merah di dalam dan hitam di luar.

Untuk menghasilkan buah yang dinamakan ‘Black Galaxy itu, mereka mengacukkan tomato dengan pelbagai jenis tomato hutan.

Warna hitam itu datang daripada pigmen yang sama yang didapati dalam beri biru.

Pigmen itu fotosensitif supaya di mana lebih lama tomato itu dibiarkan terdedah kepada matahari di ladang, warnanya akan menjadi lebih pekat.

26 Jan 2012

dinosaur bersayap Archaeopteryx burung pertama di dunia berbulu hitam

PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.

Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.

Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.

GAMBAR menunjukkan spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx.

"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS. - AFP