• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label hukum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hukum. Papar semua catatan

8 Dis 2021

20 pelajar terlibat kematian Abrar Fahad dihukum mati


Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 20 penuntut universiti kerana pembunuhan kejam pada 2019 yang membabitkan pemuda mengkritik kerajaan di media sosial.


Mayat Abrar Fahad, 21, ditemui di asrama universitinya beberapa jam selepas dia menulis hantaran di Facebook yang menyelar Perdana Menteri Sheikh Hasina kerana menandatangani perjanjian perkongsian air dengan India.




Mangsa dipukul dengan kayu pemukul kriket dan objek tumpul lain selama enam jam oleh 25 penuntut yang juga ahli Liga Awami, sayap pelajar bagi Liga Chhatra Bangladesh (BCL).


"Saya gembira dengan keputusan ini. Saya harap hukuman dapat dijalankan segera," kata bapa Fahad, Barkat Ullah yang ditemui di luar mahkamah.


Pendakwa raya Abdullah Abu berkata, baki lima lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.


Semua tertuduh yang dihukum mati berusia antara 20 hingga 22 tahun dan mengikuti pengajian di universiti elit, Universiti Teknologi dan Kejuruteraan Bangladesh bersama Fahad.


Peguam mewakili tertuduh dilapor akan mengemukakan rayuan.


20 pelajar universiti Bangladesh dihukum mati

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/12/786291/20-pelajar-universiti-bangladesh-dihukum-mati

6 Apr 2021

Hukum memandulkan/kembiri/kasi/sunat kucing peliharaan

 

Jawapan Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya dalam Kuliyah Maghrib Bulanan di Masjid Pulau Ketam, Kuala Terengganu pada 03 Oktober 2018.



Si Milo?
Ya Si Milo pun dah kena sunat bulan 9 tahun lepas. Keputusan ni dibuat kerana beberapa faktor antaranya kami tinggal di rumah jenis teres.

Masih ingat lagi, Si Milo dibagi makan kenyang-kenyang pada sebelah malamnya dan keesokkan harinya dipuasakan untuk pembedahan ni. Kami buat kat Klinik haiwan kerajaan dan kosnya dah lupa, rasanya lebih kurang RM70 kalau tak silap.

Inilah gambar terbaru Si Milo. Handsome kan? Hahaa..



Si Milo ni sangat jinak dan manja cam Ustaz Azhar Idrus cakap..kejenya makan tido makan tido. Makin gebu sekarang...

4 Feb 2016

Hukum potong lidah ganggu gadis

Pelawat yang mengunjungi Jordan perlu lebih berhati-hati apabila melihat gadis cantik.

Ini kerana mereka kemungkinan hilang lidah sekiranya mengganggu gadis biarpun hanya dengan perkataan.

Seorang lelaki tempatan baru-baru ini didapati bersalah oleh panel satu kabilah Badwi kerana mengganggu seorang gadis masyarakat itu di Aqaba, bandar di selatan Jordan.

Panel berkenaan menjatuhkan hukuman potong lidah ke atas lelaki itu.

Hukuman itu hampir dilaksanakan apabila keluarga lelaki itu berjaya mengumpul 40,000 dinar (RM237,000) dan membayarnya kepada mangsa pada saat akhir.

30 Ogo 2010

lelaki belasah tunang hingga mati dihukum gantung

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang jurujual peralatan gas selepas didapati bersalah membunuh tunangnya dua hari sebelum tarikh mereka diijabkabulkan, empat tahun lalu.


Hakim Datuk Zamani A Rahim membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh, Raja Saiful Nizam Raja Ali, 28, dari Bandar Amanjaya, Sungai Petani, dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 12.01 tengah malam hingga 4 pagi, 29 Ogos 2006 di lereng bukit Tanjung Jaga, Yan.