• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label if. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label if. Papar semua catatan

4 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 4)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup dan hlookup
Bahagian 4


Kita terus ke pelajaran seterusnya iaitu membuat operasi seterusnya ke atas nilai yang diperolehi dari lookup.

Kita akan melihat contoh menggunakan lookup di dalam fungsi if tunggal serta berganda.
Pelajaran ini akan menjadi mudah sekiranya anda telah betul-betul menguasai fungsi if dan lookup.

Sila tonton video di bawah berulang kali untuk kefahaman. Disebabkan kekangan pada masa rakaman, saya telah memuatkan 2 video bagi modul kali ini.


3 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 3)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup dan hlookup
Bahagian 3

Seterusnya kita akan mempelajari cara menggunakan hlookup. Kebiasaannya vlookup dan hlookup digunakan bersama-sama dengan beberapa fungsi lain, terutamanya if untuk melengkapkan sesuatu proses.

Dalam video di bawah, saya berbesar hati berkongsi satu template ringkas yang baru saja saya buat pagi ini untuk memantau stok peralatan pelindung diri di tempat kerja. Beberapa trik turut saya gunakan pada template tersebut.


Pertama sekali saya gunakan trip untuk membuat traksaksi penambahan stok atau pemulangan semula kepada nilai positif dan sebarang traksksi pengeluaran kepada negatif. Caranya mudah saja;
Nilai A1 = 5 (proses penolakan)
            = A1*-1
            = -5

Dengan menggunakan trik ini, risiko tersalah key-in dapat dielakkan.


Kedua ialah menggunakan if untuk memanggil kuantiti yang telah ditaip ke kumpulannya dan seterusnya menjumlahkan kuantitinya.

Selepas tu baru lah hlookup digunakan untuk memanggil jumlah kuantiti setiap peralatan pelindung diri (PPE).

Rujuk video di bawah untuk melihat contoh.

26 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 4)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 4

Ini merupakan bahagian terakhir bagi tahap pertengahan bagi modul fungsi if().

Selepas menguasai kesemua bahagian modul ini, anda sudah boleh meneruskan dengan pembelajaran Conditional Formatting tahap tinggi.

Sedikit ulangkaji, sebelum ini kita telah mempelajari asas fungsi if(). Seterusnya fungsi if() berganda, serta berganda-ganda dan if(and) dan if(or).

Selain daripada modul conditional formatting tahap tinggi, anda juga sudah boleh meneruskan dengan modul fungsi vlookup dan hlookup.

Di bahagian ini, kita akan belajar cara mengunci sel rujukan dan saya rangkumkan dalam modul if() agar anda dapat memahami dengan jelas cara penggunaannya.

25 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 3)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 3

Fungsi If(berganda-ganda) tidak dapat dielakkan bagi pengguna tahap pertengahan disebabkan beberapa keputusan perlu diambilkira dalam mengendalikan sekumpulan data.

Terdapat dua lagi fungsi yang boleh digunakan untuk mengelakkan if(berganda-ganda) tetapi hanya terhad kepada dua keadaan/syarat.

If(and) digunakan sekiranya melibatkan 2 syarat mesti dipenuhi dan if(or) bagi salah satu syarat perlu dipenuhi.