• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label india. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label india. Papar semua catatan

22 Jul 2021

Dua pertiga populasi India dijangkiti Covid-19

 

Kira-kira dua pertiga populasi India dipercayai sudah dijangkiti Covid-19, menurut kajian yang dijalankan kerajaan.


Kaji selidik berdasarkan serum darah dalam kalangan 29,000 individu pada Jun dan Julai lalu menunjukkan 67.6 peratus yang terbabit dalam kajian itu sudah mempunyai antibodi.



Hasil kajian yang dilakukan Indian Council of Medical Research (ICMR) menunjukkan keadaan menyedihkan di India sekitar April dan Mei di mana ia merekodkan sehingga 400,000 kes dan 4,000 kematian setiap hari.


Pada Disember dan Januari, kurang 25 peratus kumpulan yang menyertai kajian sama memiliki antibodi positif.


Ketua ICMR, Balram Bhargava berkata, kajian berkenaan menunjukkan 'masih ada sinar harapan' untuk India.


"Namun, kita tidak boleh berpuas hati. Kita masih perlu mengekalkan tingkah laku bersesuaian dengan Covid-19," katanya.


Ratusan juta penduduk India yang tidak memiliki antibodi lebih mudah terdedah dengan jangkitan lebih teruk.


Hanya 13 peratus individu dewasa sudah menerima vaksin penuh.


India yang mempunyai 1.3 bilion penduduk hanya berjaya memberikan vaksin kepada lapan peratus individu dewasa, menimbulkan kebimbangan terhadap gelombang baru selepas ia melonggarkan sekatan.


Angka rasmi kematian di India mencecah 418,480, yang ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (609,000) dan Brazil (544,000).


Dua pertiga penduduk India sudah dijangkiti Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/07/733251/dua-pertiga-penduduk-india-sudah-dijangkiti-covid-19

30 Jun 2021

India lulus penggunaan kecemasan vaksin Moderna

 India semalam meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Moderna bagi mempertingkat kadar inokulasi susulan lonjakan jangkitan dan kematian akibat COVID-19.


Negara memiliki 1.3 bilion penduduk itu dibadai penularan COVID-19 yang dahsyat pada April dan Mei lalu sehingga menghimpit sistem penjagaan kesihatannya ke ambang kegagalan.



Moderna adalah vaksin keempat diluluskan New Delhi, selepas Covishield (Oxford-AstraZeneca) dan Covaxin - yang dibangunkan syarikat farmaseutikal India, Bharat Biotech - serta Sputnik V (Russia).


Ahli badan penasihat kerajaan NITI Aayog, Vinod K Paul, memaklumkan kelulusan penggunaan kecemasan (EUA) diberikan selepas permohonan diterima daripada Moderna melalui rakan kerjasama, Cipla.


"Kelulusan itu - yang pertama kepada vaksin jenis mRNA di India - bakal membuka laluan untuk lebih banyak vaksin buatan luar diimport ke negara ini," katanya pada satu sesi taklimat Kementerian Kesihatan.


Beliau sekali gus memaklumkan, usaha juga sedang giat dilakukan bagi memperoleh vaksin Pfizer dan Johnson & Johnson.


Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata kelulusan diperoleh itu adalah langkah penting dalam usaha global memerangi pandemik COVID-19.


"Kami komited untuk memastikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan dapat dibekalkan ke seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.


Sejumlah kecil dos Sputnik V diimport ke India selepas mendapat kelulusan pada pertengahan April lalu, namun majoriti bekalan vaksin dijangka dihasilkan dalam negara, seperti Covishield dan Covaxin.


Dua bulan lalu, India memaklumkan akan mempercepat kelulusan kepada vaksin dari luar negara yang sudah diberi EUA oleh badan kawal selia utama seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS).


Sebelum ini, Kerajaan India berdepan tekanan hebat daripada pelbagai pihak yang mendesak usaha inokulasi dipertingkat dengan membenarkan pengimportan vaksin buatan luar negara, seperti Pfizer dan Moderna. - AFP


India lulus penggunaan kecemasan vaksin Moderna

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/06/833778/india-lulus-penggunaan-kecemasan-vaksin-moderna

4 Jan 2016

Muzium Lilin di India

percaya atau tidak, semua patung² di bawah diperbuat daripada lilin.
patung² di bawah boleh dilihat di Muzium Siddhagiri, Kolhapur dan ia berkisarkan kepada cara hidup dan kegiatan ekonomi penduduk tempatan.
tiada niat untuk mengagung²kan patung² yang telah dihasilkan. sekadar untuk tatapan pembaca.

bila di fikir²kan..
India memiliki ramai bakat² tempatan ek. macam² ada..

13 Jan 2012

Google dan Facebook mungkin akan disekat di India

NEW DELHI: Sebuah Mahkamah Tinggi di sini mengancam akan menyekat Facebook dan Google daripada beroperasi di India melainkan mereka memperketatkan kawalan ke atas kandungan yang bersifat menjengkelkan atau menganggu perasaan orang lain.
"Kedua-dua laman sosial ini mestilah melakukan kawalan yang ketat ke atas kandungan mereka. Jika tidak sepertimana di China, kami di India juga tidak teragak-agak akan mengeluarkan satu hukuman yang mengharamkan semua bentuk aktiviti seperti ini di bumi India," kata Mahkamah Tinggi di sini.

25 Nov 2011

Harvinder Singh tampar Menteri Pertanian, Sharad Pawar di majlis politik

NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.

HARVINDER SINGH yang menampar Menteri Pertanian India, Sharad Pawar, ditahan dalam sebuah kereta polis di New Delhi semalam.

Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.

Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.

“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.

Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.

21 Feb 2011

keluarga terbesar di dunia : lelaki di Baktawang, Mizoram, India kahwini 39 isteri. miliki 94 anak dan 33 cucu

Dia adalah ketua keluarga yang terbesar di dunia - dan beranggapan dia 'diberkati' kerana mempunyai 39 isterinya.

Ziona Chana juga mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu.

Mereka tinggal di 100 bilik, rumah empat tingkat yang terletak di tengah-tengah bukit di kampung Baktwang di Mizoram.

Secara keseluruhannya, keluarga Chana terdiri daripada 181 ahli


Bagaikan hotel : Dengan 100 bilik, rumah Chana adalah struktur kontkrit terbesar di kawasannya.

11 Jan 2011

India ada skuadron jet buatan tempatan 2013

BANGALORE - Pengeluar jet buatan India menyerahkan sebuah jet tempur kepada tentera udara negara itu semalam.
SEBUAH jet Tejas terbang dalam satu ujian penerbangan di Bangalore, India semalam.

Penyerahan itu dibuat sebelum satu skuadron yang menggunakan jet tersebut beroperasi sepenuhnya pada 2013.

"Berada dalam kategori pesawat tempur ringan (LCA), jet Tejas dijangka diberikan kelulusan akhir operasi dalam masa dua tahun lagi dengan skuadron pertama dibentuk sama ada pada 2013 atau menjelang awal 2014," kata Ketua Tentera Udara India, Pradeep Naik.