• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label isnin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isnin. Papar semua catatan

20 Apr 2021

Pergerakan rentas negeri dengan kebenaran hanya dari isnin hingga khamis sehingga Aidilfitri


 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengehadkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan dengan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja.


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil serius peningkatan kes baharu Covid-19 sejak empat hari lalu.


"Usaha-usaha untuk mengekang penularan Covid-19 diperketatkan oleh PDRM dengan pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya membabitkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.



"Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan.


"Ini tidak termasuk bagi urusan-urusan membabitkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Acryl berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan sebarang jenis majlis adalah dilarang.


"Aturan ini akan berterusan sehingga selesai perayaan Aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas," katanya.


Mengulas mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam, beliau berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan.


"Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengeluarkan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan terbabit dihentikan," katanya.

9 Okt 2010

Ayah Pin bagi 'tazkirah' setiap Ahad dan Isnin

KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Arifin Mohamad, 70, atau Ayah Pin dikatakan hanya pulang ke perkampungannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, pada setiap Ahad dan Isnin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Ramlan Ali berkata, mengikut maklumat diperolehnya, Ayah Pin hanya berada di perkampungan berkenaan selama dua hari untuk mengajar pengikutnya yang datang dari luar Terengganu.

Menurutnya, Ayah Pin dikatakan mengarahkan pengikut setianya supaya mencari lebih ramai ahli baru untuk menyertai kumpulannya termasuk remaja.


Katanya, ajaran Ayah Pin mula aktif semula sejak Julai lalu dan keluar meninggalkan perkampungannya dengan diiringi pengikut setia bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.


“Saya menerima maklumat daripada pengikut Ayah Pin bahawa dia mengarahkan ahli kumpulannya supaya mencari seberapa ramai ahli baru, termasuk remaja.