• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label jurusolek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jurusolek. Papar semua catatan

22 Ogo 2021

Wheatley jurusolek tanpa tangan dan kaki

 

Istilah tiada yang mustahil tepat bagi menggambarkan kegigihan seorang pemuda juga jurusolek dari Utah, Amerika Syarikat (AS) yang berbakat dalam bidang solekan walaupun dilahirkan tanpa tangan dan kaki.


Hindustan Times melaporkan bakat Gabe Adams Wheatley, 22, lelaki yang berstatus orang kurang upaya (OKU) sejak lahir mendapat perhatian hingga membolehkannya mengecap populariti di Instagram (IG) kerana penampilannya.



Antara video terkini Wheatley yang membuat ramai terpegun adalah tutorial solekan dilakukan yang menunjukkannya mampu menyolek wajah sendiri dan berhasil menggunakan alas bedak serta bedak tabur pada wajah.


Rakaman video itu diakhiri aksi Wheatley meletakkan pembayang mata dan bulu mata.


Video itu dimuat naik pada 17 Ogos lalu dan sehingga kini meraih 1.7 juta tontonan di TikTok dan lebih 6,000 tanda suka di Instagram (IG) .


Rata-rata yang menonton memuji kebolehan Wheatley dan menganggapnya sebagai sumber inspirasi.


"Wah! Ini sangat cantik," tulis seorang pengguna IG.


"Mata saya kelihatan seperti panda setiap kali saya guna pensil mata," komen seorang lagi pengikutnya.


Allure melaporkan, populariti Wheatley memuncak di Internet selepas video solekannya tular di TikTok.


Jurusolek tanpa tangan popular

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/08/745396/jurusolek-tanpa-tangan-popular