• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan

10 Mei 2021

Empat sekeluarga balik kampung berjalan kaki sejauh 400 kilometer

 

Seorang lelaki menjadi perhatian netizen kerana sanggup berjalan kaki ratusan kilometer dari Jawa Tengah ke Bandung untuk pulang ke kampung halaman, lapor laman berita Suara.com semalam.


Bukan itu sahaja, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dani, 39, turut membawa isteri serta dua anaknya yang masih kecil, masing-masing berusia tiga tahun dan setahun setengah.



Dia terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menaiki kenderaan.


Tambahan lagi, pengangkutan awam turut tidak beroperasi susulan perintah larangan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia.


“Saya bertolak dari Gombong pada 2 Mei lepas dengan hanya membawa beg dan wang berjumlah 120,000 rupiah (RM34.50).


“Meskipun hanya membawa wang yang sedikit, saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan, ada sahaja manusia berhati mulia yang memberi makanan kepada anak-anak saya serta menghulurkan wang,” ujarnya.


Setiap hari, Dani sekeluarga berjalan kaki sejauh 25 hingga 30 kilometer dan berehat di surau atau masjid pada waktu malam.


Dia juga akan menghindar apabila terjumpa dengan anggota polis kerana enggan dikatakan sekadar mahu mendapatkan bantuan daripada kerajaan.


Dani berhasrat untuk terus menetap di kampung kerana sudah kehilangan pekerjaan lamanya di Gombong. 


Jika tiada halangan di sepanjang perjalanan, dia sekeluarga dijangka tiba di Bandung pada hari kedua perayaan Aidilfitri. – AGENSI


Jalan kaki beratus kilometer untuk balik kampung

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/09/jalan-kaki-beratus-kilometer-untuk-balik-kampung/

3 Mac 2021

Satu keluarga diusir dari kampung anak kantoi tonton filem lucah

 

Sebuah keluarga di daerah Sinujiu di Korea Utara dilaporkan dihalau dari kampung selepas anak lelaki mereka ditangkap menonton filem lucah.


Daily NK melaporkan, remaja terbabit dikesan menonton filem berkenaan pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh ahli keluarganya.


Namun, anggota keselamatan yang ditugaskan menjalankan pemantauan mengesan aktiviti mencurigakan itu.


Remaja lelaki itu kemudian ditahan dan dia didapati bersalah.


Sebagai hukuman, remaja itu bersama ahli keluarganya diusir dari kampung berkenaan.



Namun, bagi penduduk di bandar, hukuman dikenakan itu dianggap terlalu berat kerana keluarga yang diusir akan hilang mata pencarian.


Malah, mereka juga sukar untuk mendapatkan tempat tinggal kerana sumber kewangan yang terhad.


Bukan itu saja, mereka yang didapati bersalah juga akan dianggap sebagai penjenayah oleh masyarakat setempat.


Di Korea Utara, rakyatnya diingatkan supaya tidak menyimpan material hiburan seperti muzik dan filem dari Korea Selatan.


Negara berkenaan mengawal ketat kemasukan maklumat untuk rakyatnya, malah akses internet juga terhad kepada golongan tertentu saja.


Dalam pada itu, Korea Utara secara rasmi melaporkan negara itu masih tidak merekodkan kes positif Covid-19.


Ia selepas pihak berkuasanya menutup sempadan negara itu dengan China sejak penularan virus itu.


Diusir dari kampung kerana tonton filem lucah

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/03/680019/diusir-dari-kampung-kerana-tonton-filem-lucah


Insiden ini berlaku di Korea Utara dan saya tidak terkejut kerana undang-undang di negara tersebut sememangnya ketat dan penguasa tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan.