• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kapal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kapal. Papar semua catatan

5 Okt 2021

Russia lancar peluru berpandu hipersonik dari kapal selam

 

Russia selesai melancarkan dua peluru berpandu hipersonik, termasuk satu yang dilancarkan melalui kapal selam dalam ujian terbaru yang digelar Presiden Vladimir Putin sebagai senjata terkini sukar untuk 'dikalahkan'.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Moscow membangunkan senjata baharu bagi menyaingi perlumbaan pembangunan senjata dengan Amerika Syarikat (AS), untuk memberi tekanan kepada Barat.



Teknologi hipersonik mampu mencapai kepantasan lebih dari lima kali daripada kelajuan bunyi dan berubah pada pertengahan penerbangan, menjadikannya jauh lebih sukar untuk dikesan dan dipintas melalui projektil tradisional.


Tentera memberitahu, mereka melancarkan peluru berpandu Zircon dari kapal selam nuklear Severodvinsk dan menuju tepat ke sasaran ujian di Laut Barents di Artik Russia.


Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata; "Ujian peluru berpandu Zircon dari kapal selam nuklear dianggap berjaya."


Kementerian itu turut mengeluarkan rakaman video asal yang menunjukkan tembakan peluru berpandu menerangi langit malam ketika pelancarannya.


Dalam satu kenyataan lain hari ini, kementerian itu mengumumkan mereka berjaya menyelesaikan satu lagi ujian pelancaran Zircon dari kapal selam yang sama tetapi dari jarak 40 meter di bawah permukaan laut.


"Buat 'pertama kalinya' peluru berpandu itu dilancarkan dari posisi tenggelam di dasar laut," menurut kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Russia.


Beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa ujian dilakukan ke atas peluru berpandu termasuk pelancaran dari kapal perang Laksamana Gorshkov.


Putin dalam satu ucapan pada 2018, mengumumkan mengenai pembangunan senjata hipersonik baru, termasuk Zircon, dengan menyatakan ia dapat menyerang sasaran di laut dan di darat yang dapat mencapai sasaran sehingga 1,000 kilometer.


Zircon meneruskan pembangunan senjata Russia selepas negara itu melancarkan peluru berpandu hipersonik Avangard yang mula digunakan pada 2019 dan peluru berpandu udara Kinzhal (Dagger) yang dilancarkan dari gudang senjata Russia.


Pelancaran itu dilakukan seminggu selepas Korea Utara menyatakan mereka berjaya menguji senjata hipersonik baru, menjadi negara terbaru yang menyertai perlumbaan senjata hipersonik.


Pakar mengakui pada masa ini Russia mempunyai kelebihan dalam pembangunan senjatanya. - AFP


Russia lancarkan peluru berpandu hipersonik dari kapal selam

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/10/872435/russia-lancarkan-peluru-berpandu-hipersonik-dari-kapal-selam

13 Apr 2021

Korea Utara bakal dedah kapal selam berpeluru berpandu balistik terbaru

 

Korea Utara membina sebuah kapal selam baharu yang dipercayai mampu membawa sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu balistik dan sedang menunggu masa sesuai untuk mendedahkannya.


Ia berdasarkan satu laporan agensi berita berita Korea Selatan, Yonhap, yang memetik sumber pegawai Seoul yang tahu mengenai perkara berkenaan.


"Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) percaya Korea Utara sudah menyiapkan pembinaan kapal selam yang didedahkan pada 2019.



"Korea Utara mungkin melaksanakan ujian peluru berpandu balistik menggunakan kapal selam itu selepas majlis pelancarannya," kata pegawai itu seperti dilaporkan agensi berita berkenaan.


Kapal selam itu dipercayai dibangunkan daripada kapal selam model kelas Romeo era Soviet yang diubah suai, dan dibina di Limbungan Kapal Selatan Sinpo di sepanjang pesisir pantai timur, yang juga pangkalan armada kapal selam Korea Utara.


Menurut laporan itu, Korea Utara juga turut membina kapal selam lebih besar yang mampu membawa peluru berpandu lebih canggih, merujuk kepada peluru berpandu Pukguksong-4 dan Pukguksong-5, masing-masing didedahkan pada tahun lalu dan tahun ini ketika perarakan tentera dan mesyuarat utama parti pemerintah.


Khamis lalu, portal 38 North mendakwa berdasarkan imej satelit, Korea Utara berkemungkinan sedang bersiap sedia untuk mendedahkan peluru berpandu balistik baharu, atau melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam.


Kali terakhir Korea Utara melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam adalah membabitkan Pukguksong-3 pada 2019, beberapa jam selepas mengumumkan akan meneruskan rundingan nuklear dengan AS. - AGENSI


Korea Utara bersedia lancar kapal selam peluru berpandu balistik

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/04/806280/korea-utara-bersedia-lancar-kapal-selam-peluru-berpandu-balistik

12 Jan 2012

Changi Airport, Singapore paling sibuk di dunia

SINGAPURA 12 Jan. – Lapangan Terbang Changi menjadi lapangan terbang paling sibuk di dunia dalam mengendalikan pesawat A380 apabila lebih 200 penerbangan menggunakan pesawat itu dilakukan ke 10 bandar utama di seluruh dunia pada setiap minggu.
Menteri Pengangkutan Singapura, Lui Tuck Yew berkata, perkembangan rangkaian pengangkutan udara negara ini menyaksikan Changi menjadi medium utama apabila mengendalikan lebih 6,000 penerbangan setiap minggu sejak November lalu.