• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kastam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kastam. Papar semua catatan

12 Jun 2020

Kastam rampas 2.5 tan ketamin dalam bungkusan susu kambing dan unta


Syabas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)!!

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pasukannya merampas dadah terbabit dalam sebuah kontena dan menahan dua suspek masing-masing seorang lelaki warga asing berumur 55 tahun dan wanita tempatan 40 tahun.

Beliau berkata, dalam operasi jam 1 tengah hari 4 Jun lalu, pihaknya mengesan ketibaan kontena terbabit di Pelabuhan Klang dari sebuah negara Asia Selatan.

"Pasukan kita membuat penggeledahan disebabkan keadaan kontena itu yang mencurigakan sebelum menemui paket-paket serbuk susu unta dan kambing kononnya keluaran tempatan yang mengandungi serbuk, disyaki dadah jenis ketamin berat kasar 2,500 kilogram.


"Siasatan lanjut mendapati, kontena berkenaan dieksport keluar dari Malaysia pada hujung tahun lalu dengan diisytiharkan sebagai produk sama iaitu susu kambing dan unta," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan di sini, pada Selasa.

Dadah 2.5 tan bernilai RM100 juta dirampas dalam bungkusan susu kambing, unta
Pautan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dadah-2-5-tan-bernilai-rm100-juta-dirampas-dalam-bungkusan-susu-kambing-unta-246364

24 Feb 2016

Kastam gagalkan percubaan seludup 4000 ekor anak penyu berharga RM378,891

Pembongkaran penyeludupan anak penyu hidung babi dan leher ular melalui lapangan terbang dengan menempatkannya bersama dengan ikan yang dibenarkan eksport menunjukkan ketelitian pihak kastam dalam menjalankan tugasan mereka.

Sememangnya percubaan seludup ini boleh dianggap amatur dan agak tidak dirancang dengan teliti oleh sesetengah pihak. Tetapi, tiada maklumat tambahan terperinci yang dilampirkan bersama artikel ini yang membuktikan sejak bila kegiatan ini bermula dan sudah berapa banyak percubaan yang telah dibuat dan lolos.

Ikuti keratan akhbar dibawah dan klik di link untuk berita penuh.

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia menggagalkan satu cubaan menyeludup lebih 4,000 anak penyu dari spesies dilindungi ke China, kata pegawai Kastam semalam. Lebih 3,700 penyu hidung babi dan hampir 900 penyu leher ular ditemui dalam beberapa bekas di sebuah bangunan di luar Jakarta pada Ahad lalu.

22 Jan 2012

Pejabat Megaupload.com diserbu kastam Hong Kong

Susulan penamatan perkhidmatan Megaupload.com dan penangkapan pengasas serta tiga kakitangan, pejabat Megaupload.com di Hong Kong telah diserbu kastam

HONG KONG - Sepasukan anggota kastam Hong Kong menyerbu beberapa pejabat, premis tempatan dan suit hotel mewah di sini dalam siasatan ke atas laman perkongsian fail Internet, Megaupload.com.

Siasatan berkenaan yang dilakukan di seluruh dunia dikendalikan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Seramai 100 anggota kastam menyertai serbuan di sini kelmarin dan merampas sebahagian besar bukti digital selain aset haram mencecah HK$330 juta (RM130.4 juta).

"Semua aset ini dibeku kan di bawah undang-undang Hong Kong. Operasi kami masih diteruskan," kata pihak kastam Hong Kong dalam satu kenyataan.

Dalam operasi berkenaan, pihak berkuasa turut menyerbu beberapa suit hotel mewah yang kadar sewanya HK$100,000 (RM40,010) sehari dan menemui beberapa pelayan berkelajuan tinggi dan skrin televisyen yang disyaki memiliki kaitan dengan kes berkenaan.

Serbuan dibuat susulan penutupan Megaupload.com oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) Khamis lalu selepas laman web itu didakwa terbabit dalam aktiviti cetak rompak dan pelanggaran hak cipta.


Pengasas laman Megaupload.com, Kim Dotcom yang juga dikenali sebagai Kim Schmitz kini ditahan di New Zealand selepas polis menyerbu kediamannya di negara itu.

Warga Jerman berusia 37 tahun itu yang memiliki status penduduk tetap New Zealand dan Hong Kong dinafikan ikat jamin bersama tiga lelaki lain semasa mereka dihadapkan di sebuah mahkamah daerah di Auckland kelmarin.

Dalam serbuan di banglo mewah yang diduduki oleh Dotcom di Auckland, polis New Zealand turut merampas beberapa kereta mewah berharga AS$4.8 juta (RM14.9 juta) termasuk sebuah Cadillac merah jambu keluaran 1959 dan sebuah kereta Rolls Royce Phantom.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kehakiman AS dan FBI telah mendakwa tujuh individu yang dituduh "bertanggungjawab melakukan aktiviti cetak rompak besar-besaran secara atas talian menerusi Megaupload.com dan beberapa laman web berkaitan".

Megaupload menyebabkan kerugian lebih AS$500 juta (RM1.55 bilion) kepada pemilik-pemilik hak cipta dengan menawarkan salinan cetak rompak filem, program televisyen dan kandungan lain.

Ia adalah antara laman web perkongsian fail paling popular di dunia dengan mencatatkan sekitar 50 juta pengguna setiap hari. - AFP

sumber asal: Kosmo! Online

simieY: simiey[dot]com akan memberikan liputan khas mengenai Megaupload.com dari semasa ke semasa