• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawal. Papar semua catatan

22 Mac 2021

Meter Pintar TNB dan aplikasi MyTNB bantu pengguna kawal penggunaan elektrik

 

Gabungan penggunaan meter pintar bersama aplikasi MyTNB mampu membantu pengguna kediaman mengawal penggunaan elektrik sekali gus dapat mengelakkan pembaziran.


Pengarah Projek Advanced Metering Infrastructure (AMI) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Mohamed Ghous Ahmad berkata, hasil kajian dijalankan di Melaka pada tahun lalu mendapati, kesemua 24 peratus pengguna meter pintar di negeri itu yang memantau penggunaan elektrik di rumah melalui MyTNB dapat menurunkan kadar bil elektrik berikutan mereka mengubah tabiat penggunaan bagi menjimatkan elektrik.



"Meter pintar berfungsi sebagai jangka yang mengukur aliran tenaga elektrik dan menghantar maklumat penggunaan ke pusat penyimpanan data TNB setiap hari.


"Informasi penggunaan elektrik ini boleh diakses pengguna di MyTNB bagi membantu mereka merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan cekap serta cermat," katanya ketika ditemuramah Bernama baru-baru ini.


Untuk rekod, kerajaan memilih Melaka sebagai negeri pertama melaksanakan pemasangan meter pintar dengan lebih 360,000 dipasang sejak 2014 dan pemasangan meter berkenaan kini giat dilaksanakan di Lembah Klang.


Aplikasi MyTNB adalah aplikasi mudah alih percuma untuk menguruskan akaun elektrik pengguna TNB. Ia boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery, manakala portal MyTNB boleh dilayari di www.mytnb.com.my.


Sehingga Feb 2021, lebih 4.8 juta akaun pengguna berdaftar telah menggunakan aplikasi MyTNB.


Menurut Mohamed Ghous, pengguna yang tidak memiliki meter pintar juga boleh menjejak penggunaan tenaga masing-masing menggunakan aplikasi ini tetapi hanya secara bulanan.


Setakat ini, katanya, pemasangan meter pintar sudah melebihi 1 juta unit dan ia diteruskan kepada kesemua 9.1 juta pengguna di Semenanjung Malaysia menjelang 2026.


Katanya, pemasangan meter pintar yang lebih meluas ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pengguna ke arah mengubah tabiat penggunaan elektrik secara lebih cekap dan berhemah.


TNB adalah ejen pelaksana program pemasangan meter pintar bagi menyokong hasrat kerajaan memperkasa pengguna dan meningkatkan pendigitalan dalam kalangan rakyat. Ia dilaksanakan di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).


Kombinasi meter pintar, MyTNB bantu kawal penggunaan elektrik

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/686743/kombinasi-meter-pintar-mytnb-bantu-kawal-penggunaan-elektrik