• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kedai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai. Papar semua catatan

19 Jun 2022

Kedai kopi dijual dengan harga lebih RM126 juta

 

Sebuah kedai kopi di Yishun bertukar tangan pada harga SGD$40 juta (RM126.6 juta), dengan harga setiap kaki persegi (kps) mengatasi beberapa unit runcit aras bawah di kawasan beli-belah utama Orchard Road.


Sebuah firma dipanggil Y848 membuat kaveat iaitu sebuah dokumen undang-undang dibuat untuk memberikan notis tuntutan terhadap hartanah, dengan Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada 10 Mei untuk KPT Kopitiam 24 jam di Blok 848 Yishun Street 81.


Berita Harian Singapura melaporkan, ini adalah kedai kopi kedua yang dijual pada harga rekod, menyusuli berita awal minggu ini bahawa kedai kopi di Tampines dibeli dengan harga rekod SGD$41.68 juta (RM132 juta).



Bagaimanapun, kedai kopi Yishun seluas 397 meter persegi itu, yang mempunyai 14 gerai, lebih kecil berbanding kedai kopi Tampines seluas 604 meter persegi, dengan 18 gerai.


Ini bermakna harganya ialah SGD$9,361 (RM29,633) bagi setiap kps berbanding SGD$6,411 (RM20,294) untuk kedai kopi Tampines.


Harga satu kps kedai kopi Yishun mengatasi purata SGD$6,964 (RM22,045) setiap kps untuk unit runcit aras bawah di Far East Plaza dan Lucky Plaza di Orchard Road yang dijual tahun ini, menurut data ERA Research dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).


Ia mempunyai baki 78 tahun dalam pajakannya, dua tahun lebih berbanding kedai kopi Tampines, yang terletak di Blok 201 Tampines Street 21.


Saluran media tempatan 8world melaporkan bahawa transaksi untuk kedua-dua kedai kopi berkenaan masih belum selesai.


Menurut Direktori Perniagaan Singapura, Y848 didaftarkan di Ibu Pejabat Chang Cheng di Woodlands.


Chang Cheng Group memiliki lebih 160 kedai makanan di Singapura, dengan jenama seperti rangkaian kedai kopi Chang Cheng Mee Wah, Chang Cheng Chinese Vegetables Rice dan Rong Kee Roasted Delights. - AGENSI


Kedai kopi di Yishun dijual pada harga lebih RM126 juta

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/06/967658/kedai-kopi-di-yishun-dijual-pada-harga-lebih-rm126-juta

25 Jun 2010

Saya Nak Pergi Kangkang. Kamu Nak Ikut?

sekadar gambar hiasan. sesuai untuk tontonan umum U

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga.

Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~”
 sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini?