• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kepala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kepala. Papar semua catatan

6 Sep 2020

Penggal kepala kawan serah kepada polis

 

Kejadian ni berlaku di luar negara nun di Dhading, wilayah Bagmati Pradesh di Nepal. Pelaku merupakan seorang remaja dan mangsanya seoarang tua berumur 65 tahun.


Ketua Polis Daerah Dhading, Superintendan Rabindra Regmi memberitahu stesen berita tempatan Khabarhub bahawa remaja itu menyerah diri dengan satu kepala berlumuran darah dan sebilah pisau yang digunakan untuk memenggal kepala mangsa.


Mangsa dikenal pasti sebagai Som Bahadur Gurung iaitu rakan sekampung dengan suspek, menurut Pariyar.


Polis mengambil senjata pembunuhan dan beg berisi kepala mangsa dan hasil siasatan awal mendapati Pariyar membunuh Gurung kerana satu perselisihan faham.


“Pihak polis sedang melakukan bedah siasat ke atas mangsa dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – AGENSI




Bawa kepala rakan ke balai polis

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/09/06/bawa-kepala-rakan-ke-balai-polis/

16 Ogo 2020

Besi keluli tertusuk dalam kepala budak umur setahun

 

Seorang kanak-kanak lelaki berumur satu tahun nyaris maut selepas kepalanya tertusuk sebatang besi keluli dalam satu kejadian di China semalam, lapor portal Daily Mail.

Bapa mangsa berkata, anaknya sedang bermain di luar rumah mereka lalu tergelincir dan kepala tertusuk batang besi yang terjulur atas penutup lurang.

“Saya berlari ke arah anak dan segera memeriksa keadaannya. Secara jujur, keadaan nampak tidak baik kerana ada besi menusuk ke dalam kepala,” katanya.


Bapa mangsa menggunakan alat pemotong playar untuk memotong batang besi itu dan membawa anaknya ke sebuah hospital di bandar Jinan, wilayah Shandong di China pada Khamis lalu untuk rawatan.

Sekumpulan pakar bedah yang diketuai Pengarah Unit Neurosurgeri, Dr. Wang Guangning melakukan pembedahan selama satu jam untuk mengeluarkan batang besi berkenaan.

“Semasa pesakit tiba ke hospital ini, dia berada dalam keadaan kritikal. Anak kecil ini bergelut untuk terus kekal sedar dan menunjukkan tanda-tanda demam,” katanya.

Imbasan X-ray menunjukkan besi itu hampir memecahkan pembuluh darah di dalam kepala iaitu pada perbezaan jarak kirakira 5 milimeter.

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil tetapi masih berada di wad hospital untuk pemeriksaan lanjut. – AGENSI


Kepala anak kecil tertusuk besi keluli

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/08/16/kepala-anak-kecil-tertusuk-besi-keluli/

21 Feb 2016

kacang hijau kepala ular

Seorang wanita di sini terkejut apabila menemui kepala ular di dalam tin kacang hijau yang dibelinya di sebuah pasar raya.

Troy Walker menemui kepala ular itu ketika membuka tin kacang hijau berkenaan untuk dijadikan hidangan makan malam pada Rabu lalu.

Katanya, dia pada mulanya berasa pelik apabila melihat satu objek berwarna hitam ketika menuang kacang hijau berkenaan di dalam pinggan.

“Ia kelihatan seperti kacang yang hangus terbakar. Saya kemudian mengambil objek itu dengan sudu dan terkejut apabila melihat ia mempunyai mata.

20 Feb 2016

masih bernyawa kepala ditusuk besi pembinaan sepanjang 2 meter

Seorang buruh binaan mencipta keajaiban kerana masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebatang besi sepanjang lebih dua meter.

Kejadian berlaku ketika Mohammad Guddu, 24, berkerja di sebuah tapak pembinaan, di sini apabila sebatang besi di tingkat atas terjatuh dan menimpanya.

Impak yang kuat menyebabkan besi itu tercacak dan menembusi sehingga ke belakang kepala Mohammad. Pekerja yang lain terkejut melihat Mohammad menjerit kesakitan dan berada dalam keadaan sedar walaupun besi menembusi kepalanya.

11 Feb 2012

pasukan penyelamat jumpa kepala dalam sungai

“Dia bukan adik saya,” kata Sudiro Roni, 20, selepas membuat pengecaman kepala manusia ditemui penduduk dan anggota operasi mencari adiknya, Mohd Idris, 13, dikhuatiri lemas di Sungai Midin, di sini.

Sudiro ditemani beberapa ahli keluarga hadir di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), sebaik dimaklumkan penemuan kepala manusia itu di Ulu Sungai Samariang, kira-kira jam 5 petang, semalam, satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan hilang.


Pemuda itu berkata, dia yakin kepala manusia itu bukan milik adik bongsunya yang hilang sejak dua hari lalu itu berdasarkan giginya.

22 Jan 2012

tak sedar paku tertusuk dalam kepala

ORLAND PARK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki pada mulanya menyangka sebatang paku yang keluar daripada penembak paku yang dia guna- kan untuk bertukang, sipi melepasi kepalanya.

Namun, paku tersebut sebenarnya tertusuk ke dalam kepala lelaki berkenaan, Dante Autullo yang menetap di sini, negeri Illinois.

Beberapa anggota keluarganya memberitahu, paku sepanjang 8.8 sentimeter itu terbenam di otak Autullo lebih sehari sebelum ia dikeluarkan Khamis lalu.