• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes. Papar semua catatan

1 Jul 2021

Singapura henti dedah maklumat terperinci kes baru Covid-19

 

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura tidak akan mendedahkan maklumat mengenai kes baru Covid-19 yang dikesan dalam komuniti selepas negara ini menuju ke fasa baru bagi menangani pandemik ini.


MOH dalam satu kenyataan berkata, maklumat mengenai umur dan pekerjaan pesakit serta tempat yang dikunjungi dan tarikh mereka diuji positif, tidak akan diberikan.



Sebaliknya, maklumat harian terkini oleh MOH akan merangkumi kemajuan dalam skim vaksin di negara ini, termasuk jumlah kes harian.


Ia juga akan memberikan perincian jumlah individu yang mengalami gejala teruk, dan status vaksinasi mereka.


Berita Harian Singapura melaporkan, keputusan itu dibuat oleh pasukan bertindak antara kementerian (MTF) untuk mengatasi pandemik ini.


MOH berkata, ia akan "memberikan lebih banyak tumpuan untuk mencegah penularan virus, memvaksinasi penduduk dan memulakan proses untuk beralih ke norma baru" ketika negara ini menuju ke fasa baru dalam perjuangannya menentang Covid-19.


"Selain jumlah harian, kami akan memberikan maklumat mengenai trend setempat utama, kelompok yang diperhatikan, kemajuan vaksin dan jumlah orang yang mengalami sebarang bentuk penyakit teruk," kata kenyataan itu.


Sebanyak 3.28 juta individu di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sejak 30 Disember tahun lalu, dengan sekitar 5.38 juta dos telah diberikan setakat ini.


Ini bermakna bahawa 57.5 peratus penduduk Singapura telah menerima satu dos vaksin sementara 36.8 peratus - sekitar 2.1 juta orang - telah melengkapkan dua dos vaksin.


Setakat tengah hari semalam, seramai 49,445 telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 sementara 5,298 diberikan suntikan kedua di bawah program vaksin kebangsaan.


Dalam kenyataan MOH, ia membuktikan bahawa vaksin dapat membantu mencegah gejala serius bagi mereka yang telah dijangkiti.


Sepanjang 28 hari pada bulan Jun, sebanyak 23 kes tempatan memerlukan oksigen, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), atau meninggal dunia.


Daripada jumlah itu, 20 orang tidah divaksin sementara dua lagi hanya divaksin dengan satu dos.


Semalam, seramai 129 pesakit Covid-19 telah dimasukkan ke hospital.


Sebahagian besar antara mereka dalam keadaan baik dan dalam pemerhatian.


Terdapat tiga pesakit dalam keadaan kritikal di ICU di mana mereka berusia lebih 60 tahun dan tidak divaksin.


Singapura henti dedah maklumat kes baru Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/724806/singapura-henti-dedah-maklumat-kes-baru-covid-19

28 Apr 2021

Punca peningkatan kes sporadik Covid-19 perlu perhatian pihak kerajaan

 

Enam faktor dipercayai menjadi punca peningkatan kes sporadik COVID-19 yang tidak diketahui puncanya, hingga menjadi penyumbang utama lonjakan kes harian bagi empat bulan pertama tahun ini.


Pakar kesihatan awam, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata pertambahan jangkitan sporadik itu mungkin kerana ada kelemahan dalam siasatan kes oleh Kementerian Kesihatan (KKM).



Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) itu berkata, kelemahan siasatan kes termasuk pengesanan kontak tidak sempurna, kajian epidemiologi tidak lengkap dan komuniti berisiko tidak atau lambat disiasat serta diuji.


Selain itu, katanya, ia mungkin berpunca daripada siasatan tidak lengkap atau lambat kerana kekangan jumlah anggota, atau terdapat kelemahan dalam sistem maklumat kes untuk tujuan siasatan kes dan epidemiologi.


"Selain itu, ramai yang dijangkiti tetapi tidak tahu atau sedar mereka dijangkiti, yang akhirnya menjadi punca jangkitan kepada orang lain.


"Apabila tidak tahu dijangkiti, mereka bebas bergerak ke mana-mana di dalam negeri, yang membuka ruang untuk mereka menjangkiti orang lain.


"Ramai tak tahu mereka dijangkiti kerana tidak diuji. Bilangan ujian mungkin banyak, tetapi tidak mencukupi atau menepati sasaran, atau ia sukar diperoleh kerana isu kos serta logistik.


"Ketidakpatuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) juga turut menyumbang, tetapi perkara yang disebutkan tadi adalah faktor utama," katanya kepada BH, hari ini.


Dr Lokman Hakim menyifatkan lonjakan jangkitan sporadik itu amat bahaya jika langkah mengatasi kelemahan dalam siasatan kes tidak diatasi segera.


"Macam kita sedang berperang. Kita tak tahu di mana musuh berada, tetapi ramai daripada kita kena tembak. Kalau tak tahu lokasi musuh, macam mana nak hapuskan mereka," katanya.


Berhubung tiga negeri dengan penduduk berkepadatan tinggi iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Johor yang mencatatkan kes sporadik tertinggi, Dr Lokman Hakim berkata, siasatan kes sempurna akan memastikan semua kontak yang sepatutnya dikesan dan diuji, akan diketahui.


"Siasatan sempurna akan pastikan ujian menyeluruh komuniti perlu dilakukan atau tidak, sekali gus tidak terhad kepada kontak rapat sahaja kerana prinsip utama kawalan ialah kesan semua kes yang dijangkiti, termasuk tidak bergejala dengan cepat dan asingkan mereka segera," katanya.


Sehubungan itu, felo Akademi Perubatan Malaysia itu menyarankan KKM segera memperbaiki kualiti siasatan kes dan epidemiologi, termasuk menambah keupayaan sumber, serta memperkemas pengurusan kes, kontak dan komuniti berisiko.


Selain itu, katanya, KKM perlu mempertingkatkan akses kepada diagnosis, selain memperkemas komunikasi risiko kerana masih ada yang menetap di kawasan panas tidak faham kenapa SOP diwujudkan dan perlu dipatuhi.


"Tekankan tanggungjawab sosial untuk lakukan ujian jika bergejala atau terdedah (pada kes positif) serta patuhi arahan kuarantin dan tidak berada dalam khalayak, pergi kerja atau sekolah jika bergejala," katanya.


Enam punca peningkatan kes sporadik

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/811338/enam-punca-peningkatan-kes-sporadik

6 Apr 2021

Lagi kes cincin tersekat pada kemaluan sehingga membengkak teruk

 

Seorang lelaki warga Indonesia hampir ‘hilang’ nyawa apabila kemaluannya membengkak apabila cincin yang disarungkan pada kemaluannya gagal ditanggalkannya semula.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP ) Andalas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR ) di sini sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.07 petang.


Katanya, setibanya di lokasi mendapati kemaluan mangsa berusia 21 tahun itu didapati bengkak teruk akibat cincin yang disarungkannya.



“Siasatan awal mendapati kemaluannya itu membengkak sejak petang semalam sebelum pergi HTAR.


“Anggota kita kemudian menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin berkenaan dalam tempoh 20 minit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Katanya, lelaki berkenaan dilaporkan stabil dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.- K!ONLINE


Hampir maut cincin tersekat kemaluan

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/04/05/hampir-maut-cincin-tersekat-kemaluan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hampir-maut-cincin-tersekat-kemaluan

14 Jan 2021

Kes kematian pertama pesakit Covid-19 di China selepas 8 bulan

 

China melaporkan kes kematian akibat COVID-19 hari ini, kes pertama dalam tempoh lapan bulan ketika negara itu berusaha membendung lonjakan kes dan bersedia menerima pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Wilayah di China sebahagian besarnya berupaya mengawal penularan jangkitan menerusi pelaksanaan perintah berkurung yang ketat dan ujian saringan besar-besaran, bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengalami peningkatan kes terutama di bahagian utara negara itu.


Sebanyak 138 jangkitan baharu direkodkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini, angka harian tertinggi sejak Mac tahun lalu.




Tiada perincian mengenai kematian terbaru oleh pihak berkuasa kesihatan, kecuali kejadian dilaporkan di wilayah Hebei, di mana kerajaan meletakkan beberapa bandarnya di bawah perintah berkurung.


Minggu lalu, pihak berkuasa melancarkan ujian saringan besar-besaran dan menutup rangkaian pengangkutan, sekolah dan perniagaan di ibu kota Hebei, yang terletak di Shijiazhuang, pusat wabak terbaharu negara itu.


Negeri jirannya, Xingtai yang mempunyai penduduk seramai tujuh juta orang, juga diletakkan di bawah perintah berkurung sejak Jumaat dan begitu juga di bandar Langfang yang mempunyai lima juta penduduk.


Sementara itu semalam, Heilongjiang yang terletak di timur laut mengisytiharkan darurat dan mengeluarkan arahan kepada 37.5 juta penduduknya supaya tidak meninggalkan wilayah itu kecuali mempunyai urusan penting.


Kematian itu berlaku ketika China bersedia menerima kedatangan pasukan pakar dari WHO, yang akan memulakan penyelidikan terhadap asal usul wabak COVID-19.


Tiada kematian baharu dilaporkan di Tanah Besar China sejak Mei tahun lalu, dengan jumlah kematian rasminya berjumlah 4,635 orang. - AFP


COVID-19: China rekod kematian pertama dalam tempoh 8 bulan

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/776077/covid-19-china-rekod-kematian-pertama-dalam-tempoh-8-bulan

18 Okt 2010

lagi kes bakal pengantin hilang

KEMAMAN - Seorang gadis, Rozaliya Mat Lazim (gambar) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November depan hilang ketika keluar membeli barang-barang persiapan untuk hari bahagianya di Kuantan pada 13 Oktober lalu.

Sabariah menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang di Kemaman semalam.

Keluarga mangsa mendakwa, Rozaliya, 20, hilang selepas gadis itu menghantar dua mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya berbunyi 'ada dua lelaki sedang mengekori' dan 'abang datang cepat, saya takut'.

Ibu mangsa, Sabariah Mansor, 42, memberitahu, anaknya dijemput tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Nor, 24, dengan sebuah kereta kira-kira pukul 11 pagi dari rumahnya di Bandar Baru Cheneh dekat sini pada Rabu lalu.