• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kesalahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesalahan. Papar semua catatan

8 Jun 2021

Gagal kemaskini aplikasi MySejahtera bukan satu kesalahan

 

Tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini adalah berdasarkan kepada Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit – Covid Malaysia yang mana ia tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguat kuasa.



“Sehubungan itu, saya berharap dan menyarankan agar mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan.


Pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE


Bukan satu kesalahan tak kemas kini MySejahtera

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/06/07/bukan-satu-kesalahan-tak-kemas-kini-mysejahtera/

18 Mac 2021

Kerajaan tawar diskaun kompaun bagi kesalahan bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

 

Kabinet hari ini bersetuju menetapkan Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun Di Bawah Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Di Bawahnya yang berkuatkuasa hari ini, yang antaranya menawarkan diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu atau syarikat dikenakan kompaun tertentu di bawah Akta 342 dan sekiranya membayar dalam tempoh seminggu atau dari hari pertama hingga hari ketujuh dari tarikh kompaun dikeluarkan, secara automatik mendapat diskaun 50 peratus.



"Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750," katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, di sini, hari ini.


Takiyuddin berkata, sekiranya kompaun dibayar antara hari kelapan hingga hari ke-14, individu atau syarikat layak mendapat diskaun 25 peratus namun jika sudah melebihi 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, tiada diskaun akan ditawarkan.


Beliau berkata, kerajaan pada masa sama turut mempertimbangkan rayuan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), B40, pelajar dan berpenyakit kronik, untuk mendapat pengurangan kompaun melebihi nilai diskaun ditawarkan.


"Dengan keluarnya Garis Panduan ini yang bermula hari ini, seumpamanya mereka disaman hari ini, mereka ada satu minggu kalau nak (diskaun) 50 peratus.


"Mulai hari ini, mereka yang dah kena saman sebelum ini boleh bayar dalam masa seminggu (untuk dapat diskaun 50 peratus)," katanya.


Takiyuddin berkata, di bawah Garis Panduan itu kesalahan ditetapkan dengan tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan normal, nilai kompaun sewajarnya dikenakan adalah mengikut kategori.


Kategori tinggi ialah kesalahan yang menyebabkan penularan tinggi atau impak jangkitan kepada komuniti dalam skala besar; sederhana adalah kesalahan menyebabkan penularan tinggi tetapi tidak memberi impak besar jangkitan kepada komuniti; manakala normal adalah kesalahan yang boleh menyebabkan risiko rendah dan tiada kesan kepada komuniti.


"Contoh di bawah kesalahan kategori satu atau tinggi, pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tentang wujudnya penyakit berjangkit.


"Contohnya doktor swasta tidak memaklumkan kepada KKM (Kementerian Kesihatan) ada pesakit yang positif Covid-19 mendapatkan rawatan di fasilitinya, kita cadangkan dikompaun RM5,000," katanya.


Bagi kesalahan kerana mengunjungi kelab malam termasuklah perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam, individu boleh dikompaun RM10,000 manakala pemegang lesen atau pemilik premis pula dikenakan kompaun RM50,000.


Beliau berkata, contoh kesalahan di bawah kategori sederhana pula adalah, apabila seseorang memasuki tempat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, yang boleh dikenakan kompaun RM3,000.


"Kesalahan kerana enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 15 pula dikompaun RM4,000," katanya.


Bagi kesalahan di bawah kategori normal, Takiyuddin berkata adalah seperti pekerja, pelanggan atau pembekal, yang tidak memakai pelitup muka, di mana kompaun ditetapkan ialah RM1,500.


Takiyuddin berkata, kesalahan seperti gagal mendaftar masuk premis sama ada menggunakan MySejahtera atau buku pendaftaran dan gagal pastikan penjarakan fizikal, juga boleh dikompaun RM1,500.


Beliau berkata, bagi contoh kesalahan membabitkan syarikat pula, kegagalan pemegang lesen atau pemilik premis mematuhi waktu operasi, kompaun yang ditetapkan ialah RM10,000.


"Dalam suasana negara mengalami pandemik Covid-19, kita perlu undang-undang untuk mengawal, bukan untuk menghukum.


"KKM dah arah pegawai mereka, pihak polis pun dah arah pegawai mereka, supaya tindakan saman dan kompaun diambil sebagai langkah terakhir, selepas teguran dan nasihat dibuat," katanya.


Dalam pada itu, Takiyuddin berkata Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP yang dianggotai polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan bermula selewatnya 1 April ini, bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.


"Pasukan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan SOP dalam kalangan rakyat, dan memberi nasihat dan teguran sebelum mengeluarkan kompaun kepada yang ingkar," katanya.


Kerajaan tawar diskaun kompaun di bawah kesalahan Akta 342

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/685114/kerajaan-tawar-diskaun-kompaun-di-bawah-kesalahan-akta-342