• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kesedaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesedaran. Papar semua catatan

30 Apr 2021

Fenomena keajaiban alam ciptaan Allah. Subhanallah

Subhanallah..sungguh cantik alam ciptaan Allah.

Bersama-sama kita hayati foto-foto panorama yang telah disediakan di bawah.

Tidak faham apa yang ditulis di bawah (semuanya dalam bahasa Inggeris) bukan penghalang untuk anda mendapat mesej yang cuba simieY sampaikan.
InsyaAllah..

Sailing Stones


The mysterious moving stones of the packed-mud desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades.

Rocks weighing up to hundreds of pounds
have been known to move up to hundreds of yards at a time.

Some scientists have proposed
that a combination of strong winds and surface ice account for these movements.

However, this theory does not explain evidence of
different rocks starting side by side
and moving at different rates and in disparate directions.

Moreover, the physics calculations do not fully support this theory
as wind speeds of hundreds of miles per hour
would be needed to move some of the stones.

6 Apr 2021

Kesan buruk air berkarbonat (air bergas) kepada kesihatan


Air bikarbonat (berkarbonat) sudah tidak asing bagi semua golongan dan amat mudah didapati pasaraya-pasaraya mauhupun penjaja. Tarikan utama air bikarbonat seperti pelbagai warna dan rasa seolah-olah memukau para penggemarnya terutamanya kanak-kanak.


Melalui carian di Wikipedia, air bikarbonat (juga dikenali sebagai (air) seltzer, air bergas, atau air soda) adalah air yang dimasukkan gas karbon dioksida bertekanan tinggi. Air jenis ini barangkalinya mempunyai bahan penambah seperti natrium klorida, natrium bikarbonat atau bahan yang seumpamanya, air seltzer pula hampir selalunya terdiri dari air dan karbon dioksida tanpa bahan tambahan lain.


Pengkarbonatan adalah proses menyebabkan air menjadi berbuih. Kebanyakan air bikarbonat dijual dalam botol sedia diminum seperti minuman ringan, tetapi ia juga boleh disediakan di rumah dengan menggunakan alat pembuat soda. 


Air bikarbonat telah dicipta oleh Joseph Priestley pada tahun 1767 ketika dia menemukan kaedah yang menyuntikkan air dengan karbon dioksida selepas menggantung mangkuk air di atas tong bir di tempat pembuatan bir di Leeds, England. Dia menulis mengenai "rasa kepuasan yang aneh" sewaktu meminum air tersebut, dan beliau kemudiannya menerbitkan sebuah laporan bertajuk Impregnating Water with Fixed Air ("Mengisi Air dengan Udara Tetap [Karbon Dioksida]") pada tahun 1772.

Di antara perkongsian kesan buruk minuman berkarbonat oleh beberapa laman sesawang   dan blog untuk rujukan;
1- Suka Minum Air Gas Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ia Boleh Sebabkan Kelahiran Pramatang!
    Menurut Reuters, pengkaji telah mengkaji lebih 60,000 wanita mengandung di Norway 
    dan menemui mereka yang minum air gas bergula ada 25% risiko untuk melahirkan
    anak pramatang dari mereka yang tidak minum air bergula.
    Wanita yang minum air gas dengan bahan pemanis tiruan berbanding gula pula 
    mempunyai 11% risiko untuk melahirkan bayi pramatang.
    Kajian dari American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan, kandungan gula yang 
    tinggi dalam minuman adalah punca terjadinya kelahiran pramatang.

2- Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu
    Segelas air gas atau bikarbonat kapasiti 250 ml mengandungi 130 kalori. Untuk 
    membakar kalori tersebut anda perlu melakukan aktiviti berikut:
    Berjalan kaki = 35 minit
    Jogging = 15 minit

    Mengayuh basikal = 20 minit

3- Ini perjalanan air berkarbonat apabila masuk ke dalam badan anda
    Air berkarbonat bukan sahaja tinggi kandungan fruktos malah mengandungi tinggi 
    garam halus dan kafein. Pengambilan bahan - bahan ini dengan kerap dalam kadar 
    yang tinggi akan meningkatkan tekanan darah,  penyakit jantung, diabetis dan obesiti.
    Kajian oleh Universiti Harvard menunjukkan bahawa minum satu tin minuman gula 
    bergas meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak  20%.

4- Bahaya Minuman Berkarbonat: Kenapa Perlu Hentikan Ketagihannya Sekarang!
 

5- Minum Air Berkarbonat Sebabkan Lapar 6 Kali Lebih Tinggi Dari Air Kosong – Kajian
    Para penyelidik telah mengkaji kesan air berkarbonat ini kepada 20 orang sukarelawan 
    dan mendapati mereka yang meminum air itu mempunyai kadar hormon lapar 6x lebih 
    tinggi berbanding mereka yang meminum air kosong.

    Bagaimana ia boleh terjadi? Ini disebabkan hormon ghrelin yang dirembes daripada 
    sistem pencernaan untuk memberitahu otak yang kita kelaparan.  Oleh kerana itulah, 
    pengambilan air bergas dengan perasa tambahan boleh membawa penambahan berat 
    badan berlebihan.


Petikan berita-berita yang berkaitan penyakit yang dihidapi berpunca daripada  pengambilan air berkarbonat;
1- Bahana teguk 2 tin air berkabonat setiap hari
    “Daripada sebesar ibu jari, bisul itu merebak dan saiznya hampir sebesar tapak 
    tangan. Saya bernasib baik kerana cepat mendapatkan rawatan memandangkan 
    jangkitan itu sudah hampir ke tulang.

    “Jika tidak, sudah tentu kena potong. Pembedahan dibuat dua kali di mana kulit yang 
    terkena jangkitan terpaksa dibuang manakala nanah pula dicuci.


2- Awal manis hujung seksa
    “Namun, pada cuti persekolahan 2017 lalu, berat badan Nur Azhad (ketika itu berusia 
   10 tahun) susut mendadak, daripada 50 kilogram (kg) kepada 36kg.

   “Selain itu, rambutnya juga banyak gugur, sentiasa lemah, malah selepas makan Nur 
    Azhad juga tidur.

   “Keadaan itu menyebabkan dia malas ke sekolah dan sentiasa kepenatan walau hanya 
   mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas rumah kami,” 

3- Pemuda kurus kering akibat gemar minum air berkarbonat
    “Dulu badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikate­gorikan berbadan besar 
    tapi sihat dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.

   “Namun segalanya berubah pada 2012 apabila saya disahkan menghidap diabetes yang 
   kronik menyebabkan berat badan menyusut serta kini hanya mampu terlantar di rumah 
   dan dijaga oleh adik perempuan saya,”

4- Setiap hari minum air gas, ini akibat yang terjadi pada pelajar tingkatan 1 ini
    “Saya suka minuman bergas sejak kecil. Lebih-lebih lagi dulu ada sebuah kedai runcit 
    dekat rumah, memang setiap hari saya akan beli air gas. Tapi tak sangka akhirnya 
    membuatkan saya jadi begini.

    “Memang pada mulanya ia hanya luka kecil di tapak kaki tapi kaki semakin 
    membengkak dan bernanah dan akan mengeluarkan bau busuk,

21 Feb 2020

mIRC masih wujud lagi??

Secara ringkasnya adik-adik, ni lah whatsap, wechat, skype,dan seangkatan dengannya  pada zaman muda ayah, ibu, datuk dan nenek kamu suatu masa dulu. hahaa..tak caya ko tanya diorang. 
Tersipu-sipu diorang mengenang zaman kegemilangan mIRC.

Harini member lama posting di Facebook beliau, ia menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan generasi Y, Z dan Alpha (huraian kategori generasi di posting berikutnya yer) yang lahir selepas telefon pintar (smartphone) mula dikeluarkan dan digunapakai secara meluas.


15 Feb 2020

Kitar hidup rama-rama bermula dari telur

Sebagai kesinambungan kepada entri sebelum ni iaitu Kitar hidup seekor burung bermula daripada telur pada Jun 2010.

Hari simieY tambah lagi satu entri berkaitan dan rama-rama menjadi pilihan.

Sebagaimana kita tahu, semua orang sukakan rama-rama terutamanya kanak-kanak dan simieY mengambil kesempatan ni untuk masukkan gambar kitaran hidup rama-rama bermula daripada telur sehinggalah menjadi rama-rama yang amat cantik.

simieY cuba buat entri yang seringkas mungkin dan untuk penerangan tentang proses-proses di bawah boleh rujuk di Butterfly Life Cycle / Butterfly Metamorphosis

13 Feb 2020

Kisah Empat Isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia mencintai isteri ke-4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan, sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya.

Pria ini juga mencintai isterinya yang ke-3. ia sangat bangga dengan sang isteri dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik ini kepada semua temannya. Namun ia juga selalu kuatir kalau isterinya ini lari dengan pria lain.

Begitu juga dengan isteri ke-2. Sang pedagang sangat menyukainya karena ia isteri yang sabar dan penuh pengertian. Kapan pun pedagang mendapat masalah, ia selalu minta pertimbangan isteri ke-2 nya ini, yang selalu menolong dan mendampingi sang suami melewati masa2 sulit.

5 Feb 2020

Pelaburan matawang kripto Bitcoin

Beberapa tahun kebelakangan pelaburan matawang kripto menjadi fenomena baru dunia dan di Malaysia matawang kripto Bitcoin agak ke depan berbanding matawang lain. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan bahawa entri kali ini agak berat dan terdapat banyak teks.

Pelbagai persoalan timbul berkenaan pelaburan Bitcoin pada suatu ketika sehingga menarik perhatian dan diulas secara terperinci oleh SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan dalam artikel Bayan Linnas Siri Ke-153: Hukum pengguanaan matawang Bitcoin. Anda boleh baca kupasan terperinci dengan mengklik link pada tajuk artikel.

Kesimpulannya, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.