Syabas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)!!
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pasukannya merampas dadah terbabit dalam sebuah kontena dan menahan dua suspek masing-masing seorang lelaki warga asing berumur 55 tahun dan wanita tempatan 40 tahun.
Beliau berkata, dalam operasi jam 1 tengah hari 4 Jun lalu, pihaknya mengesan ketibaan kontena terbabit di Pelabuhan Klang dari sebuah negara Asia Selatan.
"Pasukan kita membuat penggeledahan disebabkan keadaan kontena itu yang mencurigakan sebelum menemui paket-paket serbuk susu unta dan kambing kononnya keluaran tempatan yang mengandungi serbuk, disyaki dadah jenis ketamin berat kasar 2,500 kilogram.
"Siasatan lanjut mendapati, kontena berkenaan dieksport keluar dari Malaysia pada hujung tahun lalu dengan diisytiharkan sebagai produk sama iaitu susu kambing dan unta," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan di sini, pada Selasa.
Dadah 2.5 tan bernilai RM100 juta dirampas dalam bungkusan susu kambing, unta
Pautan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dadah-2-5-tan-bernilai-rm100-juta-dirampas-dalam-bungkusan-susu-kambing-unta-246364