• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label khinzir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khinzir. Papar semua catatan

24 Jan 2022

Daging buaya jadi alternatif atasi kekurangan bekalan daging khinzir

 Daging buaya mendapat permintaan tinggi di Thailand selepas harga daging khinzir melambung tinggi disebabkan kekurangan bekalan.


Harga daging babi yang menjadi makanan utama dalam diet rakyat Thailand, meningkat berikutan selesema babi Afrika yang melanda seluruh negara.



Kekurangan bekalan makanan itu dijangka berlarutan selama berbulan-bulan.


Penternak buaya, Wichai Rungtaweechai, 65, yang menternak 10,000 buaya di wilayah Nakhon Pathom berkata, situasi itu membuatkan dia tidak tahu bagaimana hendak memenuhi permintaan tinggi kerana sering dikunjungi pelanggan baharu hampir setiap hari.


"Sebelum ini, saya menjual kulit buaya untuk industri fesyen dengan sebahagian dagingnya dieksport untuk restoran makanan eksotik.



"Namun, kebelakangan ini ramai pembekal makanan dan restoran datang kepada saya mencari daging buaya untuk dibeli.


"Kini, jualan daging buaya saya meningkat kepada lebih 100 kilogram (kg) setiap hari berbanding hanya 20 kg pada minggu sebelum ini," katanya kepada South China Morning Post.


Sementara itu, Ketua Jabatan Kesihatan, Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata, daging buaya boleh menjadi sumber protein yang baik apabila daging babi mahal.


Namun katanya, orang ramai harus berwaspada kerana memakan daging mentah atau kurang masak tidak selamat dan membahayakan kesihatan.


Harga daging babi kini mencecah sekitar 200 baht (RM25.44) sekilogram berbanding daging buaya hanya 66.92 baht (RM8.51).


Untuk mengurangkan tekanan harga, Thailand menyekat eksport babi hidup, selama tiga bulan, pada 6 Januari lalu.


Pada 2021, Thailand menghasilkan 18 juta khinzir untuk pasaran domestik dan perdana menteri memberi jaminan ia mencukupi untuk memenuhi permintaan.


Daging buaya jadi alternatif

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/01/803102/daging-buaya-jadi-alternatif

11 Jan 2022

Penerima jantung khinzir guna teknologi pengubahsuaian genetik stabil

 

Pesakit warga Amerika Syarikat (AS) yang menjalani pemindahan jantung khinzir menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik, berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari pembedahan.


Pembedahan kendalian sepasukan pakar dari Universiti Perubatan Maryland itu adalah yang pertama seumpamanya, menggunakan jantung khinzir menerusi teknologi pengubahsuaian jujukan genetik.



Sekiranya terbukti berjaya, saintis menaruh harapan jantung khinzir berupaya membantu menangani isu kekurangan organ penderma.


Pakar bedah, Dr Bartley Griffith, yang bertanggungjawab di sebalik pembedahan bersejarah itu berkata jantung khinzir berpotensi untuk merungkai masalah kekurangan penderma organ, memandangkan mereka lazimnya terpaksa menunggu lama bagi mendapat peluang menerima organ baharu.


"Kita melakukan proses ini dengan berhati-hati, tetapi optimistik bahawa pembedahan yang pertama seumpamanya ini bakal memberikan pilihan baharu yang penting kepada pesakit pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.



Bagi pesakit berusia 57 tahun, David Bennett dari Maryland, pembedahan pemindahan jantung itu adalah pilihan terakhir baginya.


"Ia situasi hidup mati atau menjalani pemindahan ini. Saya nak terus hidup. Saya tahu peluang tipis, tetapi ini saja pilihan yang tinggal," katanya sehari sebelum pembedahan, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan universiti berkenaan.


Bagi meneruskan pembedahan yang masih dalam fasa kajian itu, Universiti Perubatan Maryland memperoleh kebenaran kecemasan daripada Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) AS, pada penghujung tahun lalu menerusi program penyelidikan.


"FDA gunakan data kajian khinzir untuk membenarkan pemindahan organ terhadap pesakit jantung tahap terakhir yang tidak mempunyai pilihan lain," kata Dr Muhammad Mohiuddin, yang mengetuai program xenotransplan Universiti Perubatan Maryland.


Berdasarkan perangkaan dari organdonor.gov, kira-kira 110,000 rakyat AS ketika ini dalam senarai menunggu sebagai penerima organ dan lebih 6,000 pesakit dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat menerima organ.


Khinzir sejak sekian lama menjadi potensi pemindahan organ kerana mempunyai organ yang sangat berpadanan dengan manusia.


Jantung khinzir contohnya, ketika disembelih, mempunyai saiz bersamaan dengan jantung lelaki dewasa.


Organ lain daripada khinzir ketika ini dalam fasa kajian untuk tujuan penggantian organ manusia, termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru.


Usaha pemindahan organ khinzir ke manusia sebelum ini gagal berikutan perbezaan genetik yang akhirnya menyebabkan mengundang risiko jangkitan virus atau penolakan sistem tubuh badan.


Saintis berjaya merungkai masalah itu dengan menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik yang menyingkirkan genetik berbahaya. - REUTERS


Penerima organ jantung khinzir stabil, semakin sembuh

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2022/01/910125/penerima-organ-jantung-khinzir-stabil-semakin-sembuh