• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kkm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kkm. Papar semua catatan

16 Mei 2021

KKM saran tidak ambil Ivermectin untuk rawat dan cegah Covid-19

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil produk Ivermectin untuk tujuan rawatan dan pencegahan Covid-19.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hal ini berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan dan pencegahan Covid-19.



Menurutnya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.


"Untuk makluman, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan ataupun sebagai pencegahan Covid-19.


"Perkara ini dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent Covid-19 bertarikh 3 Mei 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, selain itu, European Medicines Agency (EMA) juga mengambil pendekatan yang sama iaitu belum mencadangkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 susulan tiada data klinikal yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk itu dalam merawat atau mencegah Covid-19 sebagaimana kandungan artikel yang bertajuk EMA Advises Against Use of Ivermectin for the Prevention or Treatment of Covid-19 Outside Randomised Clinical Trials pada 22 Mac 2021.


"Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 dalam kajian/percubaan klinikal sahaja berdasarkan penjelasan dalam artikel yang bertajuk WHO Advises That Ivermectin Only Be Used to Treat Covid-19 Within Clinical Trials pada 31 Mac lalu.


"Oleh itu, memandangkan penularan wabak Covid-19 semakin meningkat di Malaysia, KKM tiada halangan untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin bagi tujuan percubaan klinikal sahaja di Malaysia," katanya.


Beliau berkata, KKM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik Covid-19 dengan memberikan perhatian penuh kepada rawatan dan pencegahan Covid-19 yang diluluskan untuk kegunaan rakyat di negara ini.


"Pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah yang paling efektif pada masa ini untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia," katanya.


KKM nasihatkan orang ramai usah ambil Ivermectin bagi rawatan Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/706604/kkm-nasihatkan-orang-ramai-usah-ambil-ivermectin-bagi-rawatan-covid-19

11 Mei 2021

Kerajaan sedia guna vaksin Covid-19 Sinovac


Negara sedia menggunakan lebih 500,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeSciences Sdn Bhd.


Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Pharmaniaga dijangka membekalkan sejumlah 180,000 dos minggu ini.



Beliau berkata, sejumlah 450,000 dos lagi dijangka tersedia pada 18 Mei ini.


Katanya ia kini sedang melalui ujian oleh Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).


"Vaksin yang dibekalkan secara 'fill-and-finish' akan mula digunakan bermula bulan ini," katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di sini, tadi.


Khairy berkata, negara akan menerima bekalan seterusnya vaksin keluaran Pfizer-BioNTech 259,740 dos bulan ini.


Beliau berkata, sebanyak 197,730 dos akan tiba pada 19 Mei diikuti sebanyak 44,460 dos pada 20 Mei sebelum 17,550 dos lagi akan tiba sehari kemudian.


"Termasuk dengan angka ini, jumlah dos vaksin Pfizer yang sudah dan akan kita terima sehingga 21 Mei adalah 2,490,930 dos.


"Bagi vaksin AstraZeneca, ketibaan bekalan kedua adalah dijadualkan pada 20 Mei 2021 dan yang ketiga pada 1 Jun 2021 dengan jumlah sebanyak 615,120 dos sekali penghantaran," katanya.


Sementara itu, Khairy berkata, setiap tiga daripada setiap vaksin Covid-19 yang sudah tiba di negara ini, telah digunakan.


Justeru, beliau sekali lagi menafikan kadar vaksinasi negara adalah rendah.


"Untuk makluman kadar penggunaan vaksin di Malaysia untuk waktu ini adalah 75 peratus. Sememangnya, kami ingin meningkatkan lagi kadar ini ke 80 peratus, tetapi sudah pastinya kami tidak boleh pergi lebih tinggi daripada peratusan ini kerana perlunya simpanan untuk dos kedua sebelum tibanya bekalan vaksin seperti dijadualkan," katanya.


Beliau berkata ketika ini, proses vaksinasi dijalankan selama enam hari seminggu dan ia akan ditingkatkan kepada tujuh hari seminggu sebaik bekalan vaksin Covid-19 meningkat dengan ketibaan lebih banyak bekalan vaksin di masa depan.


Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta mana-mana individu yang mengalami kesan samping yang teruk selepas menerima vaksin Covid-19 untuk tampil mendapatkan rawatan dengan segera.


Beliau berkata, bahagian farmasi di KKM akan merekodkan semua laporan serta aduan yang diterima melalui aplikasi MySejahtera.


Menurutnya, KKM juga mengumpul rekod aduan yang dikemukakan penerima apabila mereka menerima rawatan di hospital.


"Dengan kes kesan samping serius, kami dapati mereka tidak memerlukan rawatan di hospital yang berpanjangan.


"Kami merayu kepada penerima jika mereka memerlukan rawatan di hospital, jangan tunggu di rumah," katanya.


Rakyat Malaysia akan mula guna vaksin Sinovac

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/704662/rakyat-malaysia-akan-mula-guna-vaksin-sinovac

2 Mei 2020

Hempedu beruang penawar Covid-19

Sekarang kita telah berada dalam Fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa perutusan YB Perdana Menteri sempena Hari Buruh semalam, beliau telah menggantikan PKP dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Semestinya terdapat beberapa kelonggaran telah diberi kepada aktiviti tertentu.

Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa virus Covid-19 telah bermutasi dan menjadi semakin ganas dan dahsyat. Ini merupakan berita yang tidak ingin kita dengar sementelahan vaksin / penawar masih belum ditemui.
Covid-19: Virus bermutasi lebih ganas [METROTV]
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/572756/covid-19-virus-bermutasi-lebih-ganas-metrotv

Bercakap tentang penawar Covid-19, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dilaporkan mengesyorkan penggunaan hempedu beruang dalam rawatan terhadap pesakit Covid-19 yang kritikal. 



Ini jelas akan menyebabkan harga organ itu melonjak tinggi dan menarik perhatian pemberu haram. Di Malaysia terdapat kira-kira 500 ekor spesies beruang madu (ursus malayanus) susulan usaha berterusan pihak Perhilitan membasmi kegiatan pemburuan haram.

Begitulah ceritanya...

26 Apr 2020

Cara cek dan bayar bil elektrik sepanjang PKP

Terdahulu Tenaga Nasional Malaysia (TNB) telah menyumbang sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu menambah bekalan perubatan yang semakin berkurangan, terutama di institusi perubatan dan kesihatan negara yang menjadi barisan hadapan negara dalam menangani koronavirus baharu (Covid-19).

Tambahan sumbangan RM10 juta telah diluluskan dan akan disalurkan ke beberapa hospital lain di seluruh negara. TNB turut menyediakan sumbangan tambahan berjumlah RM150 juta bagi menyokong usaha terbaru kerajaan membantu rakyat menerusi pemberian rebat elektrik berperingkat.

Hampir 90 peratus pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menerima rebat 15 hingga 50 peratus secara automatik bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan rebat tertinggi sebanyak 50 peratus diterima kumpulan B40.

Di bawah rebat berperingkat terbabit, tiga juta pengguna domestik (penggunaan bulanan bawah 200kWh) akan menerima rebat 50 peratus, manakala 1.5 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh) menerima rebat 25 peratus dan 2.2 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh) menerima rebat 15 peratus.


Rebat elektrik ini akan disubsidi secara bersama oleh kerajaan, TNB serta dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

TNB hulur sumbangan RM150 juta
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559364/tnb-hulur-sumbangan-rm150-juta

Sepanjang tempoh PKP, TNB tidak akan membuat bacaan meter dan penghantaran bil elektrik dari rumah ke rumah.

Jadi, cara untuk cek dan bayar bil menggunakan portal myTNB seperti yang telah dikongsi di says.com.


Tiada Bil Elektrik Bercetak Sepanjang PKP, Ini Cara Untuk Anda Cek Bil TNB Secara Online
Pautan : https://says.com/my/seismik/tiada-lagi-bil-elektrik-bercetak-sepanjang-pkp-ini-cara-anda-cek-bil-tnb-secara-online


Cara kedua adalah dengan menggunakan aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store. 



Cara ketiga adalah dengan bertanya terus kepada admin laman page TNB Careline.
Disarankan kepada yang mempunyai kesulitan untuk menggunakan cara pertama dan kedua.
TNB Careline
Pautan : https://www.facebook.com/TNBCareline/

Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan
secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB
berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April

hingga 30 September 2020. 

Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara
automatik seperti jadual di bawah: 
Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.
Contoh : Sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.


DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19

Berkenaan dengan cara pembayaran. Anda boleg membuat pembayaran terus melalui portal atau aplikasi myTNB. Pilihan lain seperti pembayaran melalui website akaun (pembayaran bil atas talian & JOMPay) dan terbaru menggunakan aplikasi e-wallet.
Begitulah ceritanya....