Menurut Wikipedia, kokain atau kokaina ialah alkaloid tropana berhablur yang diperoleh dari daun-daun koka. Ia adalah perangsang sistem saraf pusat dan pembantut selera yang menghasilkan apa yang diperihalkan sebagai perasaan sangat gembira dan pertambahan tenaga.
Walaupun paling biasa digunakan secara rekreasi untuk kesan ini, kokaina ialah anestesia topikal yang digunakan untuk pembedahan mata, tekak, dan hidung. Kokaina boleh mengakibatkan ketagihan psikologi, dan pemilikan, penanaman, serta pengedarannya untuk kegunaan bukan perubatan atau kegunaan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan adalah haram di hampir-hampir semua negara di dunia.
Melalui carian, Cochrane memberi ulasan bahawa pengguna kokain memainkan peranan dalam penyebaran penyakit berjangkit seperti AIDS, hepatitis dan batuk kering, dan juga dalam jenayah, keganasan dan pendedahan ubat neonatal.
Kita terus ke berita yang dipaparkan di ruangan utama myMetro, kokain seberat 12 tan bernilai RM2.4 bilion dirampas dalam OP Eagle di Butterworth, Bayan Lepas dan Padang Serai, Kedah 10 September lalu.
Sumber : myMetro 21 September 2019
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, aktiviti penyeludupan dadah didalangi sindiket antarabangsa itu menggunakan Malaysia sebagai lokasi transit sebelum bahan terlarang itu dihantar ke negara lain.