• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kompaun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kompaun. Papar semua catatan

28 Mei 2021

Cadangan kompaun dan penalti individu gagal hadir janji temu vaksin Covid-19 akan dibincang

 

Cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagaimanapun langkah mengenakan penalti terbabit dan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19, dilihat hanya boleh diambil selepas pendekatan sukarela atau usaha pendaftaran menerusi pelbagai saluran termasuk MySejahtera dan secara bersemuka, dilaksanakan sepenuhnya.



Ketika ini, katanya, maklumat perlu disampaikan kepada masyarakat bahawa vaksin itu diberikan secara percuma melalui pelaksanaan berfasa.


Selain itu, beliau berkata, kerajaan melalui JKJAV sudah mempunyai jadual penghantaran vaksin daripada syarikat pengeluar terbabit.


"Kementerian Kesihatan (KKM) bertanggungjawab memperoleh vaksin dan kita ada jadual penghantaran daripada calon vaksin yang kita sudah 'procure'.


"Ia membabitkan vaksin AstraZeneca daripada kemudahan COVAX, Pfizer daripada kemudahan pembekalan di Belgium dan syarikat itu sendiri, serta Sinovax melalui Pharmaniaga secara 'fill and finish'.


"Kita juga sedang menunggu pembekalan vaksin daripada Cansino, Gamaleya dan Sputnik V.


"Kita yakin pemberian vaksin akan lebih rancak apabila mendapat lebih banyak bekalan bermula Jun serta Julai depan seperti diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin," katanya pada sidang media yang diadakan secara maya, hari ini.


BH hari ini melaporkan Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, serta Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, mencadangkan supaya individu yang tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin tanpa alasan munasabah, dikenakan penalti atau kompaun.


Jacob dipetik berkata, tindakan golongan itu secara langsung mengganggu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sekali gus menyebabkan negara lewat mencapai sasaran imuniti kelompok.


Dr Sharifa Ezat pula mengesyorkan penalti bermula dari RM200 dikenakan bagi setiap kali gagal menghadiri janji temu di PPV.


Berdasarkan maklumat dilaporkan sebelum ini, bilangan individu tidak menghadiri janji temu di PPV membabitkan beberapa negeri telah mencecah jumlah berpuluh ribu.


Cadangan kompaun, penalti tidak hadir suntik vaksin diteliti

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/821333/cadangan-kompaun-penalti-tidak-hadir-suntik-vaksin-diteliti

18 Mac 2021

Kerajaan tawar diskaun kompaun bagi kesalahan bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

 

Kabinet hari ini bersetuju menetapkan Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun Di Bawah Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Di Bawahnya yang berkuatkuasa hari ini, yang antaranya menawarkan diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu atau syarikat dikenakan kompaun tertentu di bawah Akta 342 dan sekiranya membayar dalam tempoh seminggu atau dari hari pertama hingga hari ketujuh dari tarikh kompaun dikeluarkan, secara automatik mendapat diskaun 50 peratus.



"Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750," katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, di sini, hari ini.


Takiyuddin berkata, sekiranya kompaun dibayar antara hari kelapan hingga hari ke-14, individu atau syarikat layak mendapat diskaun 25 peratus namun jika sudah melebihi 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, tiada diskaun akan ditawarkan.


Beliau berkata, kerajaan pada masa sama turut mempertimbangkan rayuan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), B40, pelajar dan berpenyakit kronik, untuk mendapat pengurangan kompaun melebihi nilai diskaun ditawarkan.


"Dengan keluarnya Garis Panduan ini yang bermula hari ini, seumpamanya mereka disaman hari ini, mereka ada satu minggu kalau nak (diskaun) 50 peratus.


"Mulai hari ini, mereka yang dah kena saman sebelum ini boleh bayar dalam masa seminggu (untuk dapat diskaun 50 peratus)," katanya.


Takiyuddin berkata, di bawah Garis Panduan itu kesalahan ditetapkan dengan tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan normal, nilai kompaun sewajarnya dikenakan adalah mengikut kategori.


Kategori tinggi ialah kesalahan yang menyebabkan penularan tinggi atau impak jangkitan kepada komuniti dalam skala besar; sederhana adalah kesalahan menyebabkan penularan tinggi tetapi tidak memberi impak besar jangkitan kepada komuniti; manakala normal adalah kesalahan yang boleh menyebabkan risiko rendah dan tiada kesan kepada komuniti.


"Contoh di bawah kesalahan kategori satu atau tinggi, pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tentang wujudnya penyakit berjangkit.


"Contohnya doktor swasta tidak memaklumkan kepada KKM (Kementerian Kesihatan) ada pesakit yang positif Covid-19 mendapatkan rawatan di fasilitinya, kita cadangkan dikompaun RM5,000," katanya.


Bagi kesalahan kerana mengunjungi kelab malam termasuklah perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam, individu boleh dikompaun RM10,000 manakala pemegang lesen atau pemilik premis pula dikenakan kompaun RM50,000.


Beliau berkata, contoh kesalahan di bawah kategori sederhana pula adalah, apabila seseorang memasuki tempat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, yang boleh dikenakan kompaun RM3,000.


"Kesalahan kerana enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 15 pula dikompaun RM4,000," katanya.


Bagi kesalahan di bawah kategori normal, Takiyuddin berkata adalah seperti pekerja, pelanggan atau pembekal, yang tidak memakai pelitup muka, di mana kompaun ditetapkan ialah RM1,500.


Takiyuddin berkata, kesalahan seperti gagal mendaftar masuk premis sama ada menggunakan MySejahtera atau buku pendaftaran dan gagal pastikan penjarakan fizikal, juga boleh dikompaun RM1,500.


Beliau berkata, bagi contoh kesalahan membabitkan syarikat pula, kegagalan pemegang lesen atau pemilik premis mematuhi waktu operasi, kompaun yang ditetapkan ialah RM10,000.


"Dalam suasana negara mengalami pandemik Covid-19, kita perlu undang-undang untuk mengawal, bukan untuk menghukum.


"KKM dah arah pegawai mereka, pihak polis pun dah arah pegawai mereka, supaya tindakan saman dan kompaun diambil sebagai langkah terakhir, selepas teguran dan nasihat dibuat," katanya.


Dalam pada itu, Takiyuddin berkata Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP yang dianggotai polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan bermula selewatnya 1 April ini, bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.


"Pasukan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan SOP dalam kalangan rakyat, dan memberi nasihat dan teguran sebelum mengeluarkan kompaun kepada yang ingkar," katanya.


Kerajaan tawar diskaun kompaun di bawah kesalahan Akta 342

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/685114/kerajaan-tawar-diskaun-kompaun-di-bawah-kesalahan-akta-342

25 Jul 2020

Ejen Gelang Covid-19 buat pernyataan mengelirukan dikompaun RM50000


Sekiranya anda seorang yang aktif melayari laman sosial Facebook, mungkin anda pernah terlihat seseorang menjual gelang yang didakwa dapat melindungi si pemakai daripada Covid-19.
Dah macam tangkal!! 


Laman Lobak Merah telah mengulas secara lanjut berkenaan seorang 'akak' yang telah mengklaim perkara di atas sebelum ni dan menurutnya, rata-rata netizen menolak akan kesahihannya perkara ini.

"Macam getah rambut je" - [Video]
Ada Yang Jual Gelang Covid-19, Katanya boleh lindungi Diri Dari Virus? Pautan : https://lobakmerah.com/macam-getah-rambut-je-video-ada-yang-jual-gelang-covid-19-katanya-boleh-lindungi-diri-dari-virus/




Laman Cari.com.my turut mengulas tentang berita viral ini 2 bulan lepas. Penulis juga turut menyarankan agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan lambakan ubat -ubat dan produk di pasaran. 

Tak Perlu Ubat Atau Suplemen, Pakai Gelang Je Boleh Lindungi Dari COVID-19
Pautan : https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=54166&fbclid=IwAR2hCc9A3i3VqCOifkapG0pJ-1oU_FF11YqUS3l2k-oCSNtVnbkTWp_tIXE


Terkini laman berita Berita Harian telah menyiarkan perintah kompaun sebanyak RM50000 yang telah dikenakan ke atas seorang ejen syarikat jualan langsung. Beliau didapati telah membuat penyataan mengelirukan dengan mempromosikan gelang yang didakwa mampu mencegah wabak COVID-19 di laman Facebook miliknya.
Mungkinkah orang yang sama??


Menurut Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu dibuat hasil aduan orang ramai selepas penjualan gelang berharga RM580 itu tular di platform media sosial berkenaan.

"Penalti bagi kesalahan ini adalah di bawah Seksyen 25, Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan, didenda tidak lebih RM 100,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.


"Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak lebih RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iskandar Halim berkata, KPDNHEP serius dalam memastikan pengguna tidak terpedaya dengan promosi atau penyataan mengelirukan mengenai kegunaan sesuatu produk.


"Selain itu, semua pihak yang menjual dan mempromosikan produk diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan," katanya.



Sudah ada yang terbeli ke??

18 Jan 2016

DBKL bagi diskaun kompaun trafik sepanjang Februari sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 pada 1 Februari ini, orang ramai berpeluang menikmati diskaun kompaun trafik serendah RM30 yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hingga hujung Januari ini. 



Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, kempen Jom Bayar Saman itu menetapkan kadar rata RM50 dan RM30 diberikan kepada pesalah trafik membabitkan kereta dan motosikal. 

21 Sep 2010

kompaun RM500, penjara jika didapati bersalah biak Aedes

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengenakan hukuman lebih berat, termasuk kompaun sehingga RM500 bagi kesalahan pertama atau penjara terhadap pemilik premis perniagaan dan kediaman yang didapati melakukan kesalahan berulang dengan membiarkan premis mereka menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hukuman itu dilaksanakan berikutan peningkatan kes denggi sebanyak 14 peratus atau 4,448 kes sehingga 18 September lalu, berbanding 31,085 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Beliau berkata, tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 itu membolehkan pemilik premis yang melakukan kesalahan berulang didakwa di mahkamah berbanding ketika ini, mereka hanya dikenakan kompaun minimum tanpa dihadapkan ke mahkamah.