• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kuala lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuala lumpur. Papar semua catatan

19 Mei 2021

PKP Penuh di Kuala Lumpur dan Selangor putuskan rantaian jangkitan Covid-19

 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh perlu dilaksanakan terhadap Selangor dan Kuala Lumpur, susulan kes COVID-19 semakin meningkat dan tidak menampakkan tanda penurunan dalam masa terdekat.


Pakar kesihatan awam dan virologi berpendapat, pelaksanaan PKP yang ketat adalah jalan keluar terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mengelakkan PKP terpaksa dilaksanakan secara berulang-ulang.



Ahli Kumpulan Penasihat, Rangka Kerja Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Geneva, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata PKP penuh seperti PKP pertama yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu perlu dilaksanakan di Lembah Klang, membabitkan sebahagian Selangor dan Seremban serta Kuala Lumpur.


Pakar kesihatan awam itu mencadangkan, PKP itu dilaksanakan selama sebulan dan disemak semula selepas itu, sebelum dilaksanakan selama sebulan lagi jika penurunan kes tidak berlaku seperti yang disasarkan.


"Langkah ini adalah bagi memastikan sindrom PKP bersiri ini tidak berulang. Prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan perlu sama dengan PKP pertama iaitu semua sektor mesti ditutup.


"Selain itu, sempadan negara, negeri dan daerah juga perlu dikawal ketat bagi mengelakkan kegiatan merentas kawasan," katanya kepada BH, hari ini.


Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan PKP penuh di Selangor jika usaha sedia ada masih gagal mengekang lonjakan kes COVID-19 di negeri itu, selain pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.


Hari ini, sebanyak 4,865 kes baharu COVID-19 dilaporkan, dengan Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,743 kes.


Dr Lokman Hakim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, menyarankan kerajaan mengkaji data peningkatan kes di Selangor termasuk sama ada ia disebabkan peningkatan aktiviti pengesanan kes.


"Jika aktiviti pengesanan kes meningkat, peningkatan kes patut dijangka. Kemudian, adakah kita berpuas hati dengan tahap pengesanan sekarang?


"Kadar positif ujian harian harus kurang daripada lima peratus (sebaik-baiknya tiga peratus). Jika kadar lebih lima peratus dan kita sudah di tahap sekarang bererti ia bahaya kerana banyak lagi kes di luar sana yang belum dikesan.


"Selain itu, kerajaan juga perlu mengkaji keupayaan kemudahan kesihatan, khususnya Pusat Kuarantin, wad COVID-19 dan unit rawatan rapi (ICU).


"Daripada situ, jika kerajaan mendapati beban jangkitan yang belum dikesan masih tinggi dan banyak lagi yang tidak terkesan serta keupayaan kesihatan sudah tepu, maka PKP yang ketat amat wajar dilaksanakan," katanya.


Selain itu, Dr Lokman Hakim menegaskan, kerajaan juga mesti mengambil beberapa langkah lain dengar segera termasuk menyediakan pasukan bantuan makanan kepada mereka yang terkesan jika PKP penuh dilaksanakan, bagi meyakinkan rakyat mereka tidak akan terputus keperluan asas.


Selain itu, menambah keupayaan anggota barisan hadapan Kawalan Penyakit Program Kesihatan Awam sekurang-kurangnya tiga kali ganda keupayaan ketika ini terutama di Lembah Klang dan bandar utama lain sama ada melalui pewujudan jawatan tetap, kontrak, pinjaman dari agensi lain, mobilisasi anggota serta penggemblengan sukarelawan.


"Sehebat dan secanggih mana pun kepakaran dan hospital kita, jika barisan hadapan kesihatan awam lumpuh, seluruh sistem kesihatan negara akan lumpuh.


"Sudah terlalu banyak retorik mengatakan kita akan mengukuhkan kesihatan awam tapi hakikatnya tidak. Apa guna bilangan katil ICU bertambah tetapi pesakit terus juga bertambah tanpa kawalan? Harapkan rakyat patuh SOP semata-mata tidak adil jika kerajaan tiada usaha meningkatkan pengesanan kes," katanya.


Selangor, Kuala Lumpur perlu PKP penuh

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818105/selangor-kuala-lumpur-perlu-pkp-penuh

16 Mei 2020

Pos barang dari kelantan ke Kuala Lumpur sampai dalam masa 1 jam

Terima kasih Firefly Airlines !!๐Ÿ˜

Baru ambo tahu boleh pos barang dengan Fifefly. 1 jam dah smpai KL.

Adik ambo ni dudk KL, dio call ko umi ambo nak mkn ketupat palas, nok sekut rayo, nok lada solok, nok kueh kelate๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜…. Nok suruh ata KL. Nok pos ke KL rasanya lepas raya baru sapa.haha


Kita try guna khidmat Firefly, ambo pun baru tahu. Senang dan jimat masa. Harga pun takde la mahal sangat. Boleh tengok resit dalam gambar deh. Berat barang ambo pos 5.2kg jugak.

Kalau anda semua nk gunakan khidmat Firefly dalam masa seminggu sebelum raya ni, very recommended!


Langkah-langkahnya mudah je :

1. Mula-mula adik saya call Firefly Centre tanya. Centre kata boleh pos barang.
2. Cek dekat laman web Firefly untuk dapatkan jadual penerbangan dari destinasi anda ke tempat tujuan.
3. Sediakan barang-barang untuk dihantar
4. Terus ke kaunter Firefly dan isi form utk pengeposan.
5. Timbang, bayar dan check in barang. Ada nombor tracking flight dia akan tampal dekat kotak.
6. 1jam je barang sampai.
7. Pengirim dan penerima akan menerima mesej dari Firefly apabila barang selamat berlepas dan tiba ke destinasi.
8. Adik saya sedia menunggu di airport utk ambik barang.



Mudah, murah dan jimat masa!
Hanya RM21.20 untuk 5.2kg.

Berbaloikan!๐Ÿคฉ

Kredit : Hazalina Hamzah
Pautan : https://www.facebook.com/hazalina.hamzah.1/posts/1203300116688768