• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label kuat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuat. Papar semua catatan

19 Apr 2021

Penerima punyai sistem imun badan kuat alami kesan sampingan vaksin Covid-19 lebih ketara

 

Orang muda dan wanita dilaporkan mungkin berdepan kesan sampingan lebih ketara selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19 kerana mempunyai sistem imun lebih kuat.


Kesan sampingan yang biasa dialami termasuk sengal-sengal pada tangan, demam, pening dan keletihan.


Namun, ia tidak bermakna vaksin Covid-19 kurang berkesan pada mereka yang tidak mengalami kesan sampingan berkenaan, menurut pakar.



Penolong Profesor Hsu Li Yang, naib dekan kesihatan global di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Nasional Singapura (NUS), Saw Swee Hock berkata, kesan sampingan yang sering dialami seperti sakit lengan, sengal-sengal pada otot, demam, pening kepala dan keletihan adalah hasil kereaktifan, manifestasi fizikal sistem imun yang bertindak balas terhadap vaksinasi.


"Tiada kaitan secara langsung antara ketiadaan atau kehadiran kesan sampingan reaktifogenik dengan keberkesanan vaksin.


"Jadi, mereka yang tidak mempunyai kesan sampingan juga masih dilindungi oleh vaksin itu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian Singapura.


Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di Hospital Gleneagles, Dr Ling Li Min berkata, kesan sampingan seperti demam dan sengal-sengal adalah tanda baik bahawa tindak balas imun berfungsi.


"Namun, keberkesanan vaksin pada orang tua belum dapat dikaji dengan baik setakat ini.


"Secara teori, ini bermakna vaksin kurang berkesan pada orang yang lebih tua kerana kekurangan sel T yang ada dalam tubuh mereka untuk bertindak balas terhadap vaksin," katanya.


Sel T adalah sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk menghapuskan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, lapor The Straits Times.


Katanya, ia tidak bermakna warga tua tidak perlu mendapatkan vaksin, sebaliknya patut mendapatkan perlindungan dengan vaksin.


"Disebabkan sistem imun mereka yang semakin menua, (warga tua) mempunyai kemungkinan lebih tinggi mengalami simptom teruk, dimasukkan ke unit jagaan rapi atau mati jika dijangkiti," katanya.


Menurutnya, kajian di Britain menunjukkan bahawa bagi mereka yang berusia 80 tahun ke atas, vaksin Pfizer mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 86 peratus dalam mencegah jangkitan simptomatik Covid-19 lebih 14 hari selepas dos kedua.


Dalam percubaan Pfizer, mereka yang berusia antara 18 dengan 55 tahun melaporkan mengalami kesan sampingan seperti demam, keletihan, sakit kepala dan sakit di bekas tempat suntikan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 56 tahun ke atas.


Vaksin Moderna juga menunjukkan trend serupa dengan mereka berusia 18 hingga 64 tahun melaporkan kesan sampingan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 65 tahun ke atas.


Dalam kedua-dua percubaan itu, kesan sampingan lebih kerap dilaporkan selepas suntikan kedua.


Sementara itu, di Singapura, doktor berkata, mereka merawat segelintir pesakit setiap minggu yang mengalami reaksi vaksin, di mana orang muda lebih cenderung mengalami kesan sampingan yang ketara.


Doktor keluarga di Mission Medical Clinic, Dr Leong Choon Kit berkata, beliau berjumpa sekitar satu pesakit setiap hari bagi reaksi vaksin, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan pendidik yang berusia antara 20-an dan 30-an.


Katanya, beliau jarang berjumpa warga emas yang mengalami kesan serupa.


Kesan sampingan vaksin ketara jika sistem imun kuat

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/04/696766/kesan-sampingan-vaksin-ketara-jika-sistem-imun-kuat

7 Feb 2012

4 lelaki masuk hospital lepas ambil ubat kuat tenaga batin

tentu ada yang berfikir 3 4 kali nak beli ubat kuat tenaga batin 'haram' (tiada kelulusan daripada kementerian kesihatan).

mungkin ada yang membatalkan terus niat untuk mencuba ubat tenaga batin lepas baca entri ini.

bukan bermaksud untuk menakut-nakutkan, hanya sekadar berkongsi.


SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai mengenai beberapa kejadian serius akibat mengambil produk haram untuk menambah rangsangan seks.