• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label lebih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lebih. Papar semua catatan

18 Mei 2021

11 negeri catat kadar kebolehjangkitan R-naught (Rt) COVID-19 lebihi purata kebangsaan

 

Sebanyak 11 negeri dan wilayah mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 melebihi purata kebangsaan semalam.


Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook awal pagi tadi menunjukkan, nilai Rt Malaysia mencatat sedikit peningkatan kepada 1.06 semalam berbanding 1.05 kelmarin, namun 11 negeri mencatat Rt antara 1.08 hingga 1.26.



Pahang mencatatkan Rt tertinggi semalam dengan 1.26, disusuli Kedah (1.24), Perak (1.22), Terengganu (1.22), Putrajaya (1.16), Negeri Sembilan (1.16), Selangor (1.14), Johor (1.13), Melaka (1.12), Pulau Pinang (1.09) dan Kuala Lumpur (1.08).


Tiga negeri pula mencatat Rt terendah semalam iaitu Sabah (0.93), Kelantan (0.93) dan Sarawak (0.97), manakala Labuan dan Perlis masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes baharu.


Nilai R0 merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin besar nilai itu, semakin tinggi kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.


Sebagai contoh, jika nilai R0 adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.


Data dikongsi Dr Noor Hisham juga menunjukkan, trend kes harian ketika ini sedikit menurun berbanding sebelum ini, namun jumlah kes harian dicatatkan sejak tujuh hari lalu masih tinggi, iaitu antara 3,700 hingga lebih 4,800.


Kes harian mula mencatat lebih 3,000 sejak 28 April lalu, sebelum mula mencecah lebih 4,000 pada 7 Mei lalu.


Berdasarkan trend semasa penularan pandemik itu di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan kes harian berisiko menghampiri 9,000 sehari menjelang awal bulan depan jika Rt kebangsaan meningkat kepada 1.2.


Kebolehjangkitan COVID-19 di 11 negeri melebihi purata kebangsaan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/817933/kebolehjangkitan-covid-19-di-11-negeri-melebihi-purata-kebangsaan

17 Mei 2021

Hukuman lebih berat VVIP dan selebriti langgar SOP Covid-19

 

Sejak akhir-akhir ini kes membabitkan Instafamous atau selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang wabak COVID-19 menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat yang kebanyakannya mahu hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah.


Adakah hukuman denda sahaja memadai bagi memberi pengajaran kepada golongan ini dan bakal pesalah lain?

Anggota polis tetap menjalankan tugas di sekatan jalan raya walaupun hujan lebat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Hari Raya Aidilfitri keempat bagi mengawal aktiviti rentas negeri ketika tinjauan di Plaza Tol Gombak semalam. - Foto BERNAMA

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli berpendapat hukuman ringan yang dikenakan kepada golongan itu boleh memberikan impak atau persepsi buruk masyarakat umum terhadap sistem perundangan negara memandangkan golongan berkenaan adalah tokoh masyarakat.


"Setiap tingkah laku serta sahsiah mereka mempengaruhi pengikut atau peminat mereka. Oleh yang demikian, perlu satu hukuman lebih berat dikenakan untuk menyampaikan mesej bahawa tidak ada dwistandard dalam menjatuhkan hukuman," katanya kepada Bernama.


Menurutnya, amat wajar jika hukuman yang dijatuhkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan supaya rakyat lebih yakin golongan ini tidak menikmati "keistimewaan" daripada pihak berkuasa.


Tegasnya tindakan sedemikian juga akan membuatkan masyarakat berfikir banyak kali sebelum melakukan kesalahan sama.


Adi Zulkarnain menjelaskan sesuatu hukuman yang dikenakan bertujuan memberi pengajaran kepada pesalah dan juga orang awam agar mereka tidak melakukan perbuatan yang sama.


Pada 20 April lalu, seorang selebriti Instagram, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed dan suaminya Azharique Shah Abdul Jalil masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati memberi maklumat bertulis palsu kepada polis untuk merentas negeri.


Selebriti Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor pula dikenakan kompaun RM20,000 atas kesalahan melanggar SOP penganjuran majlis perkahwinan serta merentas negeri, manakala suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail dikompaun RM10,000 kerana turut sama melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.


Pada 4 Mei, seorang lagi Instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya membabitkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru–baru ini.


Pendirian sama turut diluahkan peguam Siti Nor Syahidah Ismail yang berpendapat bahawa hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas selebriti kerana masyarakat berpotensi meniru tindakan itu sehingga menyebabkan mereka tidak mengendahkan perintah pihak berkuasa.


"Kadangkala masyarakat akan memandang Instafamous sebagai VVIP, orang yang sentiasa terlepas daripada sebarang bentuk hukuman seperti yang sepatutnya dikenakan kepada orang awam.


"Sedangkan impak perbuatan mereka itu mungkin menyebabkan kesusahan kepada orang ramai. Perlu diingat 'nobody is above the law' dan impak perbuatan mereka ini seolah-olah mereka VVIP yang mana apabila membuat salah tetapi seperti tiada tindakan tegas," katanya. – BERNAMA


Ingkar SOP: Cukupkah sekadar denda kepada Instafamous, selebriti?

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/817469/ingkar-sop-cukupkah-sekadar-denda-kepada-instafamous-selebriti

18 Apr 2021

Jumlah kematian dunia disebabkan jangkitan Covid-19 lepasi angka 3 juta

 

Angka kematian COVID-19 global melebihi tiga juta ketika negara dunia berlumba melaksanakan program inokulasi secara besar-besaran.


India umpamanya masih berjuang menangani peningkatan mendadak kes coronavirus walaupun negara itu adalah pengeluar utama vaksin di dunia.


Virus yang muncul pada akhir 2019 di Wuhan, China itu kini sudah menjangkiti 140,430,379 mangsa dan mengorbankan 3,010,133 nyawa di 219 negara di seluruh dunia serta mengakibatkan ekonomi global terjejas teruk.


New Delhi, menjalani perintah berkurung hujung minggu ini ketika negara kedua paling ramai penduduk di dunia itu berdepan lebih 200,000 kes jangkitan harian.


Di Jepun, peningkatan kes menimbulkan kebimbangan Sukan Olimpik yang ditunda tahun lalu kerana wabak mungkin akan dibatalkan.


Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, dalam pertemuan pertamanya dengan Presiden AS, Joe Biden, berkata kerajaannya mendengar nasihat pakar dan melakukan yang terbaik untuk menganjurkan temasya terbabit Julai ini.


Persiapan juga sedang dibuat untuk mengadakan acara sukan global lain seperti Piala Dunia di Qatar tahun depan, namun semuanya bergantung kepada keadaan semasa yang dipengaruhi pandemik COVID-19.


Negara Teluk itu sedang berunding dengan pembuat vaksin untuk memastikan semua peminat yang menghadiri Piala Dunia 2022 di negara itu disuntik vaksin. - AFP


Kematian global COVID-19 melebihi 3 juta

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/04/807763/kematian-global-covid-19-melebihi-3-juta