• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label lidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lidah. Papar semua catatan

5 Feb 2021

Arkeologi temui mumia berlidah emas

 

Sekumpulan ahli arkeologi Mesir-Dominika yang menjalankan misi cari gali di Alexandria menemui mumia berusia sekitar 2,000 tahun lalu dengan lidah keemasan, baru-baru ini.


Penemuan mumia itu disahkan oleh pihak berkuasa Mesir kepada AFP, Rabu lalu.


"Misi itu menemui 16 kuburan di kuil Taposiris Magna yang terletak di sebelah barat Alexandria dekat utara Mesir," demikian kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Antikuiti Mesir berhubung penemuan itu.



Menerusi kenyataan sama, kementerian itu memaklumkan teknik pengebumian digunakan secara meluas pada zaman Yunani dan Rom.


"Terdapat beberapa mumia dalam kubur berkenaan yang tidak terpelihara dengan baik tetapi mempunyai saduran emas pada bahagian lidahnya.


"Emas diletakkan di mulut si mati kerana dipercayai supaya mereka dapat bercakap pada 'hari kebangkitan' nanti," katanya.


Sementara itu, ketua misi cari gali, Kathleen Martinez berkata, dua daripada mumia ditemui menarik perhatian kumpulan penyelidik.


"Salah satunya mempunyai pembalut dan bahagian kadbod bersama lapisan kain linen yang dilekatkan, disadur dan dicat pada keseluruhan badan mumia selain dihiasi dengan dengan patung Osiris, dewa kematian Mesir.


"Satu lagi mumia memiliki mahkota yang dihiasi dengan tanduk dan ular tedung serta kalung bersama loket dalam bentuk kepala helang yang mewakili dewa Horus, putra Isis dan Osiris," katanya.


Sementara itu, Ketua Antikuiti Alexandria, Khaled Abu al-Hamd berkata, pasukan misi berkenaan turut menemui topeng pengebumian wanita dan mahkota emas.


dan lapan topeng marmar.


Misi itu diadakan di sebelah barat Alexandria selama beberapa tahun dalam usaha mencari makam legenda, permaisuri Ptolemaic Cleopatra, meskipun terdapat keraguan dalam kalangan kalangan arkeologi mengenai kemungkinan kewujudannya di kawasan itu.


Kerajaan purba Ptolemaic berasal dari Yunani dan memerintah Mesir antara 323 dan 30 sebelum Masihi sebelum Rom mengambil alih pemerintahan dengan Cleopatra menjadi pemerintah terakhirnya. Agensi


Mumia berlidah keemasan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/afrika/2021/02/671444/mumia-berlidah-keemasan

4 Feb 2016

Hukum potong lidah ganggu gadis

Pelawat yang mengunjungi Jordan perlu lebih berhati-hati apabila melihat gadis cantik.

Ini kerana mereka kemungkinan hilang lidah sekiranya mengganggu gadis biarpun hanya dengan perkataan.

Seorang lelaki tempatan baru-baru ini didapati bersalah oleh panel satu kabilah Badwi kerana mengganggu seorang gadis masyarakat itu di Aqaba, bandar di selatan Jordan.

Panel berkenaan menjatuhkan hukuman potong lidah ke atas lelaki itu.

Hukuman itu hampir dilaksanakan apabila keluarga lelaki itu berjaya mengumpul 40,000 dinar (RM237,000) dan membayarnya kepada mangsa pada saat akhir.