• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label mahal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahal. Papar semua catatan

19 Jul 2021

Creme de Ia Creme Pommes Frites kentang goreng termahal di dunia berharga RM841

 

Satu hidangan kentang goreng dijual pada harga AS$200 (kira-kira RM841) di sebuah restoran sejak Jumaat lalu.


Itu harga kentang goreng termahal di dunia dijual Serendipity3 yang diiktiraf sebagai kentang goreng termahal di dunia oleh Guinness World Records.



Hidangan itu diperkenalkan sempena Hari Kentang Gitend Dunia diberi nama Creme de Ia Creme Pommes Frites.


Cef eksekutif korporat, Frederick Schoen-Kiewert, berkata, dia teruja dan tidak dalam menggambarkan kegembiraan apabila melalui pengalaman sedemikian.


"Selepas dibuka semula, kami mahu menjadikan restoran ini kembali meriah.


"Kami anggap ini masa paling sesuai untuk memperkenalkan sesuatu yang menarik untuk memeriahkan semula New York," kata Pengarah Kreatif, Joe Calerdone.


Acara pengiktirafan itu dibuat Guinness World Records, baru-baru ini.


"Hari ini saya berbangga untuk mengiktiraf rekod dunia kentang goreng termahal di dunia kepada Serendipity3," kata Kaitlin Vesper.


Schoen-Kiewert berkata, resipi berkenaan mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang dibekalkan pembekal barangan berkualiti tinggi.


"Kami harap peluang ini boleh memperkenalkan bahan yang jarang digunakan setiap hari.


"Kami menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti buah trufel, minyak trufel, krim serta sos keju selain menggunakan kentang Chipperbeck," katanya.


Kentang itu kemudian digoreng dengan lemak angsa tulen dari barat daya Perancis.


Selepas siap digoreng, kentang itu kemudiannya akan digaul bersama garam trufel dari Guerande, Perancis.


Ia kemudian akan dihidang dengan Crete Senesi Pecorino Tartufello yang diperbuat daripada susu biri-biri daeu Volterra dan Miniato, Itali.


Kentang goreng RM841!

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/07/732267/kentang-goreng-rm841

13 Jul 2021

The Golden Boy burger termahal di dunia berharga RM25,000

 

Harga AS$6,000 (kira-kira RM25,000) untuk sebiji burger dinamakan sebagai The Golden Boy.


Itu harga yang perlu dibayar bagi mereka yang berkeinginan merasai burger termahal di dunia.



Burger berkenaan dibuat menggunakan 100 peratus daging wagyu, kaviar Beluga, ketam gergasi dan pelbagai bahan premium menjadikan harganya melambung.


Menu berkenaan dicipta Robbert Jan de Veen yang juga pemilik restoran Dutch De Daltons.


Dia kemudian melayari internet dan menemui artikel berkaitan burger termahal sebelum ini dengan harga AS$5,000 (kira-kira RM24,000) yang dibuat di sebuah restoran pada 2011.


Ia dilihat sebagai sesuatu yang menarik untuk dicuba, sebelum dia membuat keputusan untuk menawarkan burger lebih mahal daripada itu.


Burger yang dihasilkan juga hanya memfokuskan untuk dihabiskan seorang saja, berbanding jumlah yang ramai seperti sebelum ini.


Burger termahal sebelum ini dihasilkan dengan berat 350 kilogram (kg) yang mengandungi daging dan pelbagai bahan lain.


"Saya berfikir untuk menghasilkan burger termahal tapi hanya untuk dimakan seorang individu saja.


"Itu memperlihatkan burger yang dihasilkan paling mahal," katanya.


Katanya, sepanjang pandemik, operasi restorannya terhenti seketika sehingga di menjadi tertekan.


"Saya berasa tertekan dengan keadaan ini dan apa yang akan berlaku dengan industri restoran selepas ini," katanya kepada The National.


Dia kemudiannya membuat keputusan untuk mencipta burger termahal di dunia dan semua hasil jualan disumbangkan kepada pihak yang terjejas akibat pandemik berkenaan.


Selepas pelbagai cubaan dibuat, dia bagi menghasilkan resipi terbaik dengan kombinasi yang sesuai untuk membolehkan burger itu menjadi burger termahal di dunia.


Burger RM25,000!

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/07/729898/burger-rm25000

6 Apr 2021

Kopi najis burung jacu dari Brazil termahal di dunia dijual RM4000 sekilogram

 

KOPI burung jacu adalah sejenis kopi yang sangat jarang ditemui. Kopi ini dikatakan antara yang termahal di dunia kerana diperbuat daripada biji kopi yang telah dicerna dalam perut burung tersebut.


Berkeluasan 50 hektar, Camocim Estate adalah salah satu ladang kopi terkecil di Brazil tetapi masih berjaya beroleh keuntungan yang lumayan ekoran keunikan kopi jacu.



Perusahaan kopi unik itu bermula pada awal tahun 2000 apabila Henrique Sloper de Ara├║jo menyedari ladangnya dipenuhi burung jacu iaitu spesies burung terancam dan dilindungi di Brazil.


Burung-burung itu sangat gemar memakan tanaman kopi dan sangat menyukai kopi organik yang ditanam di ladang Henrique Sloper.


Pada mulanya, lelaki itu ingin mengusir burung-burung tersebut dari ladang tetapi ternyata tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikannya. Burung Jacu hakikatnya dilindungi secara ketat oleh undang-undang, maka dia tidak dapat menyakitinya dengan cara apa pun.


Keadaan itu sungguh membingungkannya sehinggalah tiba-tiba tercetus idea yang membawa keuntungan berlipat ganda dalam perusahaan kopinya.


Mengimbau usia remajanya, dia yang suka meluncur ombak sering ke Indonesia dan dari situ dia diperkenalkan dengan kopi luwak yang merupakan salah satu kopi yang unik.


Justeru, dia berfikir sekiranya Indonesia dapat menghasilkan kopi daripada najis musang, maka perkara sama dapat dilakukan dengan burung jacu.


“Saya sedar, ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan pada peringkat awal sehingga saya hampir berputus asa. Cabaran terbesar adalah untuk meyakinkan pemetik kopi bahawa mereka perlu melakukan kerja di luar kebiasaan iaitu mengutip najis burung yang mengandungi biji kopi,” katanya.


Sehubungan itu, Henrique Sloper menjadikan pekerjaan itu seolah-olah pemburuan harta karun apabila pekerja diberikan gaji lumayan untuk mengumpul najis burung dipenuhi biji kopi tersebut.


Jelasnya, mengumpul najis burung jacu adalah proses yang sangat sukar. Ini kerana, selepas itu, pekerja perlu membersihkan biji kopi daripada najis burung dengan menggunakan tangan, lalu mengeluarkan bijian kopi itu daripada kulit pelindungnya.


Proses yang kurang menyenangkan inilah yang telah menjadikan kopi jacu lebih mahal berbanding kopi-kopi lain.


Henrique Sloper kemudian memberi penghargaan kepada burung jacu kerana telah menganugerahkannya kopi terbaik.


“Burung-burung jacu ini hanya memilih kopi yang terbaik untuk dimakan. Berbeza dengan kopi luwak yang dicerna musang, biji kopi yang masuk ke dalam sistem pencernaan burung jacu bergerak pantas dan tidak terdegrasi oleh protein haiwan atau asid perut,” ulasnya.


Hasilnya, kopi jacu yang dipanggang dan dibancuh itu mempunyai rasa yang sangat unik dan lazat. Justeru, tidak hairanlah kopi jacu antara yang termahal di dunia dan dijual pada harga AS$1,000 (RM4,070) sekilogram.


Kopi najis burung jacu bernilai tinggi

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/03/07/kopi-najis-burung-jacu-bernilai-tinggi/?utm_source=dable

19 Mac 2021

Madu Centauri termahal di dunia dijual RM50,000 sekilogram

 

Sekali imbas, Madu Centauri sama seperti madu lebah lain yang pernah kita lihat.


Namun, mungkin tidak ramai yang mengetahui madu yang dihasilkan di Turki madu paling mahal di dunia.


Guinness World Records melaporkan Selasa lalu madu itu memecah rekod madu paling mahal di dunia berharga 8,700 Pound Sterling (kira-kira RM50,000) untuk sekilogram.



Ia diambil dari gua yang terletak pada ketinggian 2,500 meter dari paras laut, jauh dari penempatan penduduk dan koloni lebah lain. Ia mempunyai tekstur lebih hitam dengan rasa pahit.


Madu Centauri juga mempunyai khasiat yang tinggi seperti magnesium, potasium, fenol, flavonoid, dan antioksidan.


Kandungan itu terhasil daripada tanaman herba di sekeliling gua yang menjadi makanan lebah di situ.


Penghasilan madu berkenaan juga mengikut kaedah khusus untuk menjaga lebah bagi memastikan kualiti terbaik dan ia sangat berbeza dengan kaedah konvensional.


Ia menjadikan madu itu lebih sukar dihasilkan terutamanya lebah berkenaan berada di altitud tinggi.


Berbanding madu lain yang biasanya dituai dua hingga tiga kali setahun, ia hanya dituai sekali saja bagi mendapatkan madu yang cukup serta menjaga lebah.


Sampel madu itu juga dihantar ke Institut Makanan Turki untuk pengesahan nilai serta kualiti campuran.


Madu Centauri termahal di dunia

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/03/685713/madu-centauri-termahal-di-dunia

30 Ogo 2020

Double Diamond bernilai RM1.8 juta biri biri paling mahal di dunia

 

Seekor biri-biri baka Texel menjadi biri-biri paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga 368,000 euro (RM1.8 juta) dalam satu acara lelongan di Scotland.


Biri-biri diberi nama Double Diamond itu dijual di Jualan Texel Kebangsaan Scotland di Lanark, Khamis lalu.


Portal The Independent melaporkan biri-biri itu ditawarkan pada harga permulaan 10,500 euro (RM52,000).


Ia kemudian meningkat secara mendadak selepas proses pembidaan sengit antara pelbagai konsortium penternakan.



Menurut laman web Persatuan Biri-Biri Texel, tawaran terakhir dibuat tiga pembeli dengan menetapkan harga rekod baharu di United Kingdom dan dunia untuk seekor biri-biri.


Double Diamond yang dijual oleh Charlie Boden dari Cheshire adalah anak biri-biri dibiakkan menerusi teknik rawatan kesuburan in-vitro (IVF).


Jurucakap persatuan itu berkata, anak biri-biri itu dibiakkan menerusi pemindahan embrio. Selepas enam hari, embrio itu disuntik kepada ibu tumpang.


"Ini dilakukan untuk memanfaatkan kemajuan genetik dalam memastikan penghasilan baka terbaik," katanya.


Rekod biri-biri termahal yang pernah dijual sebelum ini adalah pada harga 231,000 euro (RM1.1 juta). dan biri-biri berusia lapan bulan itu dijual juga dalam acara lelongan di Lanark.


Dalam lelongan Khamis lalu, 19 ekor biri-biri terjual dengan harga lebih daripada 10,500 euro dan biri-biri termahal kedua dijual pada harga 68,250 euro (RM338,000).


Berasal dari pulau Texel di Belanda, baka biri-biri Texel sangat popular dalam kalangan petani Inggeris kerana dagingnya berkualiti tinggi.


Biri-biri RM1.8 juta

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/08/615352/biri-biri-rm18-juta

19 Ogo 2020

Tudung bawal dengan 7512 batu swarovski berharga RM100,000

 

Bawal Exclusive hari ini memperkenalkan tudung termahal di Malaysia berharga RM100,000 sehelai, sekali gus mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records.

Tudung bawal bersaiz 1.14 meter X 1.14 yang direalisasikan sendiri oleh Pasukan Rekaan Swarovski Austria itu ditaburi sebanyak 7,512 butir kristal mewah dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan oleh 12 pekerja.


Pengasas jenama itu, Haliza Maysuri, berkata tudung berkenaan adalah pemberian khas Swarovski kepada Bawal Exclusive kerana jenama itu menjadi antara pemborong terbesar di dunia.

"Kami dibawa ke sebuah majlis oleh Swarovski di Wattens, Austria pada Oktober, 2018 dan terpesona dengan kemewahan kristal yang dipertontonkan.

"Sejak itu, saya berjanji mahu membawa memori itu pulang ke Malaysia dan dinikmati oleh kesemua penggemar Bawal Exclusive. Tudung ini akan dipamerkan di butik di Puchong yang bakal dibuka tidak lama lagi," katanya dalam majlis pelancaran, di sini hari ini.

Katanya, menerusi pelancaran tudung dan butik mewah terbaharunya, Haliza berkata ia adalah lambang bahawa peniaga Islam juga mampu berjaya dan berdiri bersama jenama lain.

"Jangan takut untuk mengejar impian dan ia bermula dengan langkah pertama," katanya.


Tudung bawal Swarovski RM100,000 dipamerkan

Pautan : https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/2020/08/720975/tudung-bawal-swarovski-rm100000-dipamerkan

4 Apr 2016

Kebab paling mahal di dunia

Berapa harga kebab paling mahal yang pernah anda beli atau makan??
RM3?
RM10?
RM100?

Di London, Chef Onder Saham telah mencipta "kebab Diraja" dan jualnya dengan harga RM5,100. Ya..RM5,100 dan ini benar.

Kenapa ia dijual sampai begitu mahal.
Cuba perhatikan gambar kebabnya. Menyelerakan...


Menurut Onder, dia menggunakan daging, sayur minyak zaitun paling berkualiti di samping cuka yang dihasilkan 25 tahun lalu.

Dia juga mencabar untuk bayar lebih dari RM5,100 kepada sesiapa yang boleh buat kebab lebih balik darinya.

16 Feb 2012

harga bayi kulit cerah mahal di pasaran gelap

Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.

"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.

Beliau turut berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.

"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.