• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis. Papar semua catatan

4 Jun 2021

Belanja RM87,658 beli ayam kfc rai tetamu majlis perkahwinan

 

Sepasang suami isteri yang juga  penggemar menu makanan segera,  Kentucky Fried Chicken (KFC), membelanjakan wang sebanyak  £15,000 (RM87,658) bagi membeli hidangan Bargain Buckets KFC untuk dijamu kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Daily Records semalam.


Elliot dan Jessica Caswell-James memberitahu, mereka berkongsi satu menu ayam goreng tersebut semasa janji temu pertama 12 tahun lalu.


Semenjak  itu, pasangan tersebut akan makan KFC pada setiap minggu.



Bagi meraikan hari bahagia mereka, pasangan tersebut memberikan bakul berisi juadah KFC yang ditempah khas bersama barangan cenderahati lain kepada semua tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka tahun lalu.


Jessica juga mendedahkan bahawa semasa mengandungkan  anak perempuan mereka, Eva, dia mengidam untuk makan KFC.


“Semasa hamil, saya sangat mengidam untuk makan kepak pedas KFC bersama sos selepas memastikan ia benar-benar selamat untuk dimakan ibu hamil,” kata Jessica.


Mereka yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama menang satu pertandingan anjuran KFC dan dinobatkan sebagai peminat KFC paling setia di Britain oleh rangkaian restoran makanan segera popular itu.


Pasangan tersebut yang berasal dari Tipton, dekat Birmingham, menerima hadiah berupa lawatan ke cawangan KFC pertama yang terletak di Kentucky, Amerika Syarikat.


“Saya sangat teruja apabila menerima e-mel daripada KFC yang menyatakan bahawa kami menang pertandingan itu.


“Saya rasa ia sangat lengkap. Kami makan KFC semasa hari perkahwinan dan teruja untuk melawat restoran KFC pertama di dunia, belajar tentang sejarahnya dan mengambil gambar,” kata Jessica. -Agensi


Pengantin belanjakan RM87,658 sajikan ayam KFC kepada tetamu

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/06/03/pengantin-belanjakan-rm87658-sajikan-ayam-kfc-kepada-tetamu/

29 Mac 2021

Polis buka kertas siasatan pematuhan SOP majlis perkahwinan Neelofa

 

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).



Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.


"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.


Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.


Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.


Polis siasat majlis nikah Neelofa

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/688819/polis-siasat-majlis-nikah-neelofa

29 Feb 2016

75 ekor kambing dipecat selepas enam minggu bekerja dengan majlis perbandaran

Dengan membaca tajuk sahaja mampu mengundang pelbagai persepsi. Ini bukan lawak yang dibuat-buat dan ia benar-benar terjadi di Salem. Program ini dilihat seolah-olah dibuat tanpa melakukan kajian terperinci sebelum pelaksanaannya.

Kedengaran agak bagus tetapi tanpa pemantauan yang berterusan dan rapi ia pasti memeningkan kerana sudah lumrah binatang tidak berakal. Ia menjadi pengajaran yang cukup mahal kerana majlis perbandaran terpaksa membelanjakan sebanyak RM115,973.

Ikuti petikan berita di bawah dan untuk berita penuh, sila klik link.

Sekumpulan kambing yang dibeli majlis perbandaran untuk memakan sejenis pokok yang tumbuh liar di sebuah taman popular di sini, dipecat serta-­merta selepas didapati makan secara sembarangan tumbuhan di taman itu sekali gus meningkatkan kos operasi sebanyak lima kali ganda.

Menurut Majlis Perbandaran Salem, peningkatan kos sebanyak lima kali itu menyamai kos melantik seorang pereka landskap.
 

7 Feb 2016

Najib hadir majlis kahwin anak Ahmad Maslan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa hampir sejam pada majlis pernikahan anak perempuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di Presint 10, di sini, semalam.

 Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba jam 10.55 pagi disambut Ahmad dan isteri Datin Noraini Sulaiman serta kenamaan lain.

 Najib dan isteri turut diperkenalkan kepada pasangan mempelai, Nurul Izzatul Shahirah Ahmad dan Ahmad Haqimi Iskandar Ariffin Iskandar masing-masing berusia 22 tahun, selain menyertai makan beradab bersama pengantin dan keluarga kedua-dua pengantin.

16 Jan 2012

Majlis fatwa haramkan bank susu ibu

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa cadangan penubuhan bank susu ibu adalah haram.
Ini kerana tindakan itu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.


18 Nov 2011

Pasangan kahwin pada 11.11.2011 jam 11.11 bercerai kerana hantaran perkahwinan

DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

SHAWKAT ALI KHAN duduk di sebelah isterinya, Farzana Yasmin dalam majlis perkahwinan di Borguna, Bangladesh pada 11.11.2011.

Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.

Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.

"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.

Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.