• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label matematik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label matematik. Papar semua catatan

25 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 3)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 3

Fungsi If(berganda-ganda) tidak dapat dielakkan bagi pengguna tahap pertengahan disebabkan beberapa keputusan perlu diambilkira dalam mengendalikan sekumpulan data.

Terdapat dua lagi fungsi yang boleh digunakan untuk mengelakkan if(berganda-ganda) tetapi hanya terhad kepada dua keadaan/syarat.

If(and) digunakan sekiranya melibatkan 2 syarat mesti dipenuhi dan if(or) bagi salah satu syarat perlu dipenuhi.

24 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 1)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 1

Setelah menguasai Bahagian 1 dan Bahagian 2 operasi matematik/formula, saya beranggapan anda telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran ke tahap pertengahan.

Seterusnya kita akan membuat operasi fungsi logik " if()". Sebenarnya kita telah mempelajari fungsi logik secara tidak langsung dalam modul Conditional Formatting.


Jika sel A1 lebih besar dari sel B1, warnakan sel B1
if(A1>B1,warnakan B1,sekiranya lebih kecil tiada tindakan)

lebih kurang macam tu la maksudnya..

23 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Operasi matematik (Bahagian 2)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Asas)

Operasi Matematik / Formula
Bahagian 2

Di bahagian ini kita akan pelajari menggunakan formula secara lebih mendalam. Kita juga akan mempelajari dua perkara yang saya tidak masukkan dalam posting Bahagian 1 iaitu penjumlahan dan purata.

Sengaja saya tidak masukkan kerana beranggapan adalah lebih baik kita cover dalam bahagian yang lain agar mudah difahami.

Penjumlahan
Sebelum ini kita belajar untuk mendapatkan jumlah, kita perlu taip

=A1+A2+...

Cuba bayangkan sekiranya kita ada data lebih dari 10 sel atau 50 sel.
Alternatifnya ialah dengan menggunakan formula berikut;

=sum(A1:A20) 

Tutorial Microsoft Excel 2016 Operasi matematik (Bahagian 1)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Asas)

Operasi Matematik/Formula
Bahagian 1

Sebagaimana telah diterangkan dalam tutorial sebelum ini, klik di sini. Terdapat dua cara untuk memanggil data pada sel iaitu dengan mengklik pada sel atau menaip koordinat.

Kali ini, kita akan belajar cara membuat operasi matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Sepertimana kita ketahui operasi matematik adalah seperti berikut;


A + B = C

Sebaliknya bagi excel, ada sedikit perbezaan yang mungkin akan mengelirukan.


Sel C = Sel A + Sel B

Jadi apa saja formula di dalam Excel akan bermula dengan simbol " = " terlebih dahulu.

15 Mei 2010

lelaki paling bijak dunia tolak hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta)

gambar orang yang bijak tu

ST PETERSBURG – Walaupun memenangi hadiah wang sebanyak AS$1 juta (RM3.3 juta) kerana menyelesaikan masalah matematik paling sukar sejak 100 tahun lalu, hadiah itu ditolak bulat-bulat oleh pakar matematik Rusia, Dr Grigory Perelman (gambar).

Bukan sahaja hadiah, lelaki berkenaan turut menolak gelaran manusia paling bijak di dunia yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak memerlukan hadiah. Apa yang saya miliki sudah mencukupi,” kata Perelman berhubung tawaran oleh Institut Matematik Clay di Cambridge, Negeri Massachusetts iaitu sebuah institut berprestij dari Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Dia yang berusia 44 tahun, diberikan hadiah itu kerana berjaya menyelesaikan masalah geometri sukar yang dinamakan Poincar conjecture.