• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label mayat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mayat. Papar semua catatan

13 Mei 2021

Pasang jaring perangkap mayat hanyut disyaki positif Covid-19 di Sungai Ganges

 

Pihak berkuasa utara India memasang jaring di Sungai Ganges selepas puluhan mayat disyaki mangsa COVID-19 dihanyutkan di dalamnya.


Penemuan 71 mayat di bahagian Bihar menimbulkan kebimbangan virus itu akan sampai ke kawasan pedalaman India yang luas di mana dua pertiga penduduknya tinggal.


Penduduk tempatan berkata mayat itu dilepaskan ke sungai kerana mereka tidak dapat membeli kayu untuk upacara pembakaran selain terlalu banyak mayat perlu dikebumikan.


Seorang lelaki meratapi kematian anaknya akibat COVID-19 di New Delhi, sebelum beliau bersama sukarelawan perubatan menguruskan pengebumian. - Foto AFP

Menteri Sumber Air Bihar, Sanjay Kumar, dalam ciapan di Twitter, berkata jaring itu ditempatkan di sungai di sempadan negara dengan Uttar Pradesh dan rondaan turut ditingkatkan.


Katanya, pemerintah negara itu sedih dengan tragedi berkenaan di samping membahayakan Sungai Ganges kerana hasil siasatan mengesahkan ia adalah mayat mangsa yang maut antara empat hingga lima hari lalu.


Laporan akhbar turut menyatakan sebanyak 25 mayat ditemui di daerah Gahmar, Uttar Pradesh.


The Hindu memetik seorang pegawai polis tempatan, Hitendra Krishna, mengatakan terdapat barisan panjang di tempat pembakaran mayat di negeri di utara itu.


"Tidak mustahil dalam keadaan terburu-buru, mayat dibuang ke sungai begitu saja," kata .


Angka kematian rasmi COVID-19 di India melonjak lagi hari ini tetapi ramai pakar percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi.


Coronavirus ini merebak ke luar bandar di mana hospitalnya sedikit dan jauh jaraknya di antara mereka selain prosedur simpanan rekod yang teruk.


Sementara itu, di New Delhi, seorang lelaki berusia 56 tahun yang dijangkiti COVID-19 ditemui mati di tepi jalan di Shimla, Himachal Pradesh petang semalam.


Lapor The Indian Express, polis berkata mayat pesakit COVID-19 itu dijumpai berhampiran kawasan taman di Khalini kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan).


"Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke lokasi itu dan membawa lelaki tersebut ke Hospital IGMC di Shimla untuk pemeriksaan.


"Sebaik tiba di unit kecemasan hospital, doktor mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia sebelum dan mayatnya dibawa untuk bedah siasat dan disahkan positif COVID-19," kata pegawai dari Balai Polis Timur Shimla.


Berdasarkan siasatan awal polis, individu itu dikenal pasti sebagai Sarjeet Singh dan bekerja di Jabatan Kerja Raya India. - AGENSI


Jaring dipasang bagi perangkap mayat di Sungai Ganges

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/05/816411/jaring-dipasang-bagi-perangkap-mayat-di-sungai-ganges

3 Feb 2016

Pelakon makan telinga mayat kerana ketagihan dadah

Pelakon Perancis, Béatrice Dalle mengaku pernah makan telinga yang dipotong dari mayat di rumah mayat ketika dia dan rakannya yang ketagih dadah giat mencuri mayat untuk dijual kepada pelajar perubatan.

Béatrice, 51, pernah memainkan watak perempuan kanibal dalam filem Trouble Every Day pada 2001, dan baru-baru ini mengaku sebenarnya pernah menjamah daging manusia. “Ketika itu kami di dalam rumah mayat dan terlalu lapar kerana baru mengambil dadah.

13 Jan 2012

Askar AS kencing mayat militan Taliban

WASHINGTON 12 Jan. - Kor Marin Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan askar AS di Afghanistan dipercayai membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban yang disiarkan di YouTube dan laman web lain.
Gambar yang dipetik daripada video tidak bertarikh dalam YouTube menunjukkan tentera Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. - REUTERS
Dalam video itu, empat lelaki berpakaian seragam tempur celorong-celoreng kelihatan membuang air kecil ke atas mayat tiga pejuang Taliban.
Seorang daripada mereka secara bergurau berkata, 'selamat jalan, kawan', manakala seorang lagi membuat jenaka lucah mengenai mandi di bawah pancuran.

15 Nov 2011

Abu mayat diproses jadi manik

INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

29 Okt 2010

mayat budak perempuan berlipat dalam beg pakaian

AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.


Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.


Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


7 Okt 2010

buang mayat suami dalam semak belakang rumah

MELAKA – Polis menahan seorang wanita selepas mengesyaki dia bukan sahaja menyembunyikan kematian suaminya akibat sakit tua malah bertindak membuang mayat suaminya itu ke dalam semak dalam kejadian di Kampung Solok Pantai Batu 4, Batu Berendam di sini Sabtu lalu.
ANGGOTA polis mengusung mayat Abdul Halim yang dibuang oleh isterinya di dalam semak Kampung Solok Pantai, Batu Berendam semalam.

Wanita yang mengalami masalah mental berusia 45 tahun itu ditahan pagi semalam apabila rahsianya itu terbongkar selepas penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk terjumpa mayat Abdul Halim Manan, 70, yang disumbat di dalam plastik berwarna hitam.

Difahamkan, jarak antara rumah mangsa dengan kawasan pembuangan itu hanya 50 meter.

24 Ogo 2010

mayat melambung atas pokok

KUALA TERENGGANU – Hujan tiada, ribut pun tiada, namun sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini semalam tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut.

Rumah simpan mercun yang meletup di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah.

Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku.