• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri. Papar semua catatan

10 Nov 2021

Fumio Kishida Perdana Menteri Jepun ke-101

 

Dewan Rakyat Jepun memilih Fumio Kishida sebagai Perdana Menteri ke-101 dengan majoriti 297 undi.


Di Jepun, seorang perdana menteri dipilih berdasarkan undi majoriti.



Setiap parti politik mencadangkan calonnya.


Kishida yang menerajui Parti Demokratik Liberal memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat pada 31 Okt, lapor Sputnik. - BERNAMA


Fumio Kishida dilantik Perdana Menteri Jepun ke-101

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/11/885845/fumio-kishida-dilantik-perdana-menteri-jepun-ke-101



Kishida daripada keturunan pemimpin politik Hiroshima, seorang yang lembut ketika berbicara, menewaskan ketua vaksin terkenal, Taro Kono dalam pilihan raya yang menyaksikan kemenangan kepada Parti Liberal Demokrat minggu lalu.


Beliau dengan mudah menang undi di Dewan Rakyat yang mana gabungan parti pemerintah LDP memperoleh majoriti tertinggi, dengan mendapat 311 undi berbanding 124 undi diperoleh pemimpin pembangkang, Yukio Edano.


Kishida dianggap sebagai ahli politik berpotensi dan mendapat sokongan yang baik dari partinya sendiri, LDP dan dijangka meneruskan agenda pemerintah sedia ada.


Fumio Kishida, PM baharu Jepun

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/10/872277/fumio-kishida-pm-baharu-jepun


15 Ogo 2021

Perdana Menteri akan serah surat letak jawatan selepas strategi bipartisan tidak dapat sambutan

 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.



Ketika mengesahkan tindakan itu, beliau berkata keputusan diambil Perdana Menteri itu adalah di antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, di sini, hari ini.


"Ya benar, peletakan jawatan... esok," katanya ringkas kepada BH.


Beliau ditanya sama ada Muhyiddin akan menawarkan peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.


Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata peletakan jawatan itu adalah jalan terakhir diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Kita bertanggungjawab dengan keadaan yang berlaku hari ini. Kita sudah usaha yang terbaik untuk memastikan pengurusan COVID-19 berjalan dengan baik dalam pergolakan politik yang melanda.


"Kita sudah sampai ke tahap tidak boleh buat apa-apa pun... yang terakhir ialah strategi bipartisan, namun tidak disambut. Jadi kita kena letak jawatan... kita sudah usaha yang terbaik untuk rakyat," katanya.


Terdahulu, beliau berkata, mesyuarat di Publika pagi tadi adalah antara Muhyiddin dengan Ahli Parlimen daripada BERSATU dan mereka yang menyokong Perikatan Nasional (PN).


'Muhyiddin maklum akan serah surat letak jawatan esok' - Mohd Redzuan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851500/muhyiddin-maklum-akan-serah-surat-letak-jawatan-esok-mohd-redzuan

24 Okt 2020

Perdana Menteri Korea Selatan arah siasatan kematian 32 orang terima suntikan vaksin influenza

 

Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun hari ini mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian 32 orang selepas menerima suntikan vaksin influenza, lapor Agensi Berita Yonhap.


Jumlah korban itu dicatatkan sehingga tengah malam Khamis, tetapi pihak berkuasa kesihatan setakat ini tidak menemui sebarang kaitan antara vaksin dengan kematian berkenaan.


"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," kata Chung ketika mesyuarat di ibu pejabat Pusat Keselamatan dan Pencegahan Bencana.


"Pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci mengenai kaitan vaksin dengan kematian dan membuat pengumuman terbuka berhubung perkembangan siasatan itu."


Beliau berkata, masyarakat masih takut walaupun pakar menafikan kes kematian itu mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin influenza.


"Saya meminta Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berunding dengan pakar dan melakukan yang terbaik untuk mengambil langkah-langkah proaktif dan segera menjelaskan mengenai keadaan itu supaya rakyat tidak takut dapatkan suntikan vaksin," tambahnya.


Semalam, kerajaan mengesahkan program imunisasi tetap akan dilaksanakan.


Korea Selatan menggesa rakyatnya termasuk remaja dan warga emas mendapatkan suntikan bagi mencegah dijangkiti demam selesema selain bertujuan mengekang kemungkinan munculnya "pandemik berkembar".


Ketakutan mengenai vaksin influenza mula tercetus pada Jumaat lalu apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di bandar pelabuhan barat Incheon meninggal dunia, dua hari selepas menerima suntikan berkenaan.


Kejadian serupa juga dilaporkan, kebanyakannya membabitkan warga emas. - BERNAMA


PM Korea Selatan arah siasatan menyeluruh

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/10/745478/pm-korea-selatan-arah-siasatan-menyeluruh

26 Feb 2020

Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 8

Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 8?
Persoalan ini terus tergantung sehingga lah ke hari ini. Sepertimana dinyatakan sebelum ni di entri Sesuatu untuk difikirkan bersama, Tun Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim sehinggalah Perdana Menteri yang seterusnya dilantik.

Siapa calon Perdana Menteri ke 8?
Terdapat pelbagai versi cerita yang telah disebarkan secara meluas melalui laman media sosial seperti facebook dan whatsapp. 
Kononnya shortlist calon dah konfirm. 

Namun saya tidak berminat untuk mengulas lanjut atau berkongsi perinciannya kerana dikhuatiri terdapat pelanggaran pada akta tertentu. Cukup sekadar tahu dan tidak menyebarkan..


Saya cuba mengelak dan sebolehnya tidak mahu membuat entri berkaitan politik. Apakan daya batin ni seakan-akan meronta-ronta. hahaaa...
Secara peribadi saya menganggap politik ini sebagai satu cabang seni yang ulung. Masakan tidak, pengamal politik yang berpengalaman dan bijak sesemangnya tahu bila masa perlu tegas dan bila masa perlu lebih bertoleransi, bila masa perlu menikus dan bila masa perlu menyinga, bila masa perlu mengikut dan bila masa perlu menentang. Apa yang perlu diketahui, saat anda melangkah ke dunia politik..anda bukan lagi orang yang sama. hahaa..

24 Jan 2012

Perdana Menteri Singapura harap kadar kelahiran pada tahun naga meningkat

SINGAPURA: :Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, dia bersungguh-sungguh berharap, rakyat Singapura dapat meningkatkan kadar kelahiran dalam tahun Naga ini.

Dalam satu kenyataan sempena Tahun Naga, Lee - bapa kepada empat orang anak - berkata, pertumbuhan keluarga merupakan “keutamaan terpenting” di mana kelahiran bayi rakyat Singapura diperlukan untuk mengekalkan identiti negara itu.
Katanya “Saya berharap bersungguh-sungguh ramai bayi dilahirkan pada tahun Naga ini. Keadaan ini penting untuk mengekalkan teras Singapura dalam masyarakat kita.

14 Dis 2010

Ahmadinejad pecat Menteri Luar Iran Manouchehr Mottaki

TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam memecat Menteri Luarnya, Manouchehr Mottaki dan tugasnya diambil alih oleh ketua pertubuhan tenaga atom, Ali Akbar Salehi selepas gagal mempertahankan dasar negara itu mengenai program nuklear.

Manouchehr Mottaki

Agensi berita rasmi IRNA bagaimanapun melaporkan setakat ini tiada alasan diberikan berikutan pemecatan Mottaki.
Mottaki, 57, seorang diplomat dilantik sebagai Menteri Luar pada Ogos 2005. Beliau kini dilaporkan berada di Senegal bagi lawatan rasmi.


16 Okt 2010

Bajet 2011: Berubah atau ketinggalan

KUALA LUMPUR: “Kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Kejayaan menuntut kepada perubahan dan perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan.”



Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penuh bersemangat ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, semalam yang menyaksikan rakyat daripada semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya.

“Bajet ini digubal penuh keazaman mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Ia mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia,” katanya.

11 Okt 2010

Hos TV ejek Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit letak jawatan

WELLINGTON: Seorang hos televisyen umum New Zealand meletak jawatan semalam selepas ejekannya ke atas nama seorang diplomat India mencetuskan satu bantahan perkauman diplomatik.

Pengacara kontroversi Paul Henry melepaskan jawatannya dengan Television New Zealand kerana ejekannya terhadap nama Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit.


Nama keluarganya bermaksud ‘orang yang menerima permulaan agama’ dan ia hanya boleh digunakan golongan Brahmin, kasta tertinggi di kalangan masyarakat India. Bagaimanapun, bagi pendengaran tidak biasa, ia disebut sama dengan sebutan bahasa Inggeris.