• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label mumia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mumia. Papar semua catatan

4 Apr 2021

Perbarisan Emas Firaun pemindahan mumia raja dan permaisuri berusia lebih 3,000 tahun

 

Perarakan besar-besaran bagi memindahkan 22 mumia dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di bandar raya ini, diadakan malam tadi.


Dikawal ketat pihak keselamatan, kenderaan khas yang membawa mumia itu melalui perjalanan sekitar bandar raya ini sejauh tujuh kilometer dari Muzium Mesir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir yang baharu.



Laluan konvoi membawa puluhan mumia diraja itu melalui jalan raya yang dipasang dengan lampu dan sepanduk bagi acara yang digelar Perbarisan Emas Firaun, sekali gus menarik perhatian penduduk bandar raya ini.


Mumia yang dipindahkan terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun.


Setiap satu akan diletakkan di dalam kapsul berisi gas nitrogen untuk perlindungan dan kereta yang direka khas untuk memastikan keselamatan dan kestabilan setiap mumia.


Perarakan itu adalah antara usaha bagi menarik pelancongan di Mesir setelah jumlah pelawat merosot dari 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta tahun lalu.


"Dengan rasa bangga, kita menantikan kedatangan raja dan permaisuri firaun untuk ditempatkan di rumah baharu.


"Rakyat dapat menyaksikan tamadun unik dan sejarah kebanggaan negara kita," ciap Presiden, Abdel Fattah al-Sisi di Twitter. - AFP


Perarakan besar-besaran pindah mumia firaun di Kaherah

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/04/803279/perarakan-besar-besaran-pindah-mumia-firaun-di-kaherah

5 Feb 2021

Arkeologi temui mumia berlidah emas

 

Sekumpulan ahli arkeologi Mesir-Dominika yang menjalankan misi cari gali di Alexandria menemui mumia berusia sekitar 2,000 tahun lalu dengan lidah keemasan, baru-baru ini.


Penemuan mumia itu disahkan oleh pihak berkuasa Mesir kepada AFP, Rabu lalu.


"Misi itu menemui 16 kuburan di kuil Taposiris Magna yang terletak di sebelah barat Alexandria dekat utara Mesir," demikian kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Antikuiti Mesir berhubung penemuan itu.



Menerusi kenyataan sama, kementerian itu memaklumkan teknik pengebumian digunakan secara meluas pada zaman Yunani dan Rom.


"Terdapat beberapa mumia dalam kubur berkenaan yang tidak terpelihara dengan baik tetapi mempunyai saduran emas pada bahagian lidahnya.


"Emas diletakkan di mulut si mati kerana dipercayai supaya mereka dapat bercakap pada 'hari kebangkitan' nanti," katanya.


Sementara itu, ketua misi cari gali, Kathleen Martinez berkata, dua daripada mumia ditemui menarik perhatian kumpulan penyelidik.


"Salah satunya mempunyai pembalut dan bahagian kadbod bersama lapisan kain linen yang dilekatkan, disadur dan dicat pada keseluruhan badan mumia selain dihiasi dengan dengan patung Osiris, dewa kematian Mesir.


"Satu lagi mumia memiliki mahkota yang dihiasi dengan tanduk dan ular tedung serta kalung bersama loket dalam bentuk kepala helang yang mewakili dewa Horus, putra Isis dan Osiris," katanya.


Sementara itu, Ketua Antikuiti Alexandria, Khaled Abu al-Hamd berkata, pasukan misi berkenaan turut menemui topeng pengebumian wanita dan mahkota emas.


dan lapan topeng marmar.


Misi itu diadakan di sebelah barat Alexandria selama beberapa tahun dalam usaha mencari makam legenda, permaisuri Ptolemaic Cleopatra, meskipun terdapat keraguan dalam kalangan kalangan arkeologi mengenai kemungkinan kewujudannya di kawasan itu.


Kerajaan purba Ptolemaic berasal dari Yunani dan memerintah Mesir antara 323 dan 30 sebelum Masihi sebelum Rom mengambil alih pemerintahan dengan Cleopatra menjadi pemerintah terakhirnya. Agensi


Mumia berlidah keemasan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/afrika/2021/02/671444/mumia-berlidah-keemasan