• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label naik. Papar semua catatan

15 Sep 2022

Pinjaman PTPTN naik 100 peratus (M40 kategori M1)

 

Kerajaan menaikkan peratusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mahasiswa golongan M40 kategori M1 daripada 75 peratus kepada 100 peratus.


Serentak itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan kemudahan pinjaman komputer tiba kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40.



Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju memperluas Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di setiap universiti selepas mahasiswa dijadualkan menjalani semester baharu, bulan depan.


Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa golongan M40 kategori M1.


"Kalau dulu pinjaman (PTPTN) kepada (mahasiswa) M40 (kategori) M1 hanyalah 75 peratus sahaja. Saya ingin mengumumkan pinjaman M40 (kategori) M1 dinaikkan kepada 100 peratus.


"Seterusnya adalah untuk laptop, kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN golongan M40.


"Mahasiswa sekalian, banyak lagi yang akan diumumkan demi kepentingan anda semua. Marilah kita sama-sama berganding bahu dengan merealisasikan masa depan lebih gemilang untuk semua mahasiswa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini.


Pinjaman PTPTN dinaikkan 100 peratus bagi M40 (M1)

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1000502/pinjaman-ptptn-dinaikkan-100-peratus-bagi-m40-m1







23 Feb 2016

Tikus makan pelan naik taraf terowong bawah tanah sabotaj usaha kerajaan atasi masalah trafik

Usaha kerajaan Belgium untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu negara, terjejas gara-gara pelan asal bagi menaik taraf terowong bawah tanah dimakan oleh sekumpulan tikus lapar.

Malah menurut portal The Telegraph, kerajaan terpaksa menanggung kerugian daripada segi peningkatan kos pembaikan jalan termasuk terowong utama sejauh 300 meter yang menjadi punca kesesakan teruk di bandar Brussels.

Jelas laporan itu, satu suruhanjaya khas Parlimen telah ditubuhkan untuk meneliti keseluruhan jalan terowong sepanjang 11.4 kilometer yang sering ditutup akibat runtuhan konkrit dan kualiti binaan yang semakin merosot.