• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label nelayan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nelayan. Papar semua catatan

5 Okt 2021

Nelayan temui muntah ikan paus bernilai RM5 juta

 

Seorang nelayan di Thailand bakal bergelar jutawan segera apabila menemui 'muntah' ikan paus yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.2 juta (RM5 juta).


Narong Phetcharaj pergi ke pantai ketika melihat objek aneh di pantai Niyom di wilayah Surat Thani, selatan Thailand.


Portal The National News melaporkan dia kemudian menjumpai ambergris bersaiz besar.



Objek itu dipercayai dimuntahkan paus sperma dan dijangka dapat dijual dengan harga hingga AS$40,000 (RM167,000) sekilogram.


Phetcharaj menemukan ambergris seberat 30 kilogram dan dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.2 juta.


Kumpulan nelayan itu kemudian membawa 'muntah' itu kepada pakar di Universiti Prince of Songkla yang mengesahkannya sebagai ambergris.


Batu itu dihasilkan oleh ikan paus selepas memakan sejumlah besar sefalopod seperti sotong dan ia terhasil disebabkan tidak dicerna sepenuhnya.


Bahagian itu bergerak ke usus ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun.


Ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut.


Baunya ketika basah sangat busuk tetapi selepas mengering ia mengeluarkan aroma manis dan tahan lama, menjadikannya ramuan paling dicari dalam industri minyak wangi.


"Tidak ada penduduk kampung yang pernah melihat atau menyentuh ambergris sebenar dan itulah sebabnya semua orang gembira.


"Saya sangat teruja, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya merancang untuk menjual ambergris ini kerana saya sudah menerima sijil untuk membuktikan ia benar.


"Sekiranya saya dapat harga yang baik, saya akan berhenti bekerja sebagai nelayan dan mengadakan pesta untuk rakan saya," kata Petcharaj.


Objek itu disebut harta karun laut dan diibaratkan seperti 'emas terapung.'


'Emas terapung' RM5 juta

pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/10/762694/emas-terapung-rm5-juta

21 Jul 2020

Gamat Malaysia jadi buruan nelayan Vietnam


Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut dan teripang di sesetengah tempat.

Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan ubat bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan Melayu.

Gamat
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gamat



Dalam pada itu, terdapat banyak lagi jenis spesies gamat. Secara umumnya, ia adalah spesies yang tidak bertulang dan mempunyai tubuh badan yang lembut. Kepelbagaian bentuk silinder yang dimilikinya adalah menyerupai tumbuhan daratan mentimun, maka tidak hairanlah ia digelar mentimun laut. Berikut merupakan antara spesies-spesiesnya:

  • Holothuria scabra
  • Holothuria spinifera 
  • Holothuria fuscogilva
  • Actinopyga mauritiana
  • Apostichopus japonicus
  • Parastichopus californicus 
  • Thelenota ananas
  • Acaudina molpadioides

Haiwan ini boleh membesar daripada beberapa millimeter sehingga mencapai saiz melebihi dua meter panjang. Ia terdiri daripada pelbagai kombinasi warna seperti hitam, putih, merah atau biru. Dalam pada itu, ia mempunyai taburan habitat yang luas di seluruh dunia termasuk di perairan Malaysia seperti di Pulau Langkawi dan Pulau Tioman.

Menurut kajian, ia mengandungi protein yang sangat tinggi iaitu sekitar 55% di samping pelbagai lagi nutrien yang lain seperti mucopolysaccharides dan saponin. Manakala, kandungan lemak di dalamnya pula adalah sangat rendah. Selain itu juga, ia turut mengandungi vitamin E yang terkandung dalam cecair badannya yang mempunyai aktiviti antioksida yang berfungsi dalam sistem pertahanan. Ini mampu mengurangkan risiko individu daripada dijangkiti penyakit sekali gus mengekalkan kesihatan tubuh badan.


Selain itu, kajian awal juga menunjukkan bahawa ia mengandungi nutrien yang boleh berfungsi sebagai antibakteria, antifungus, antikanser atau antiradang. Ini menunjukkan bahawa haiwan ini mempunyai kegunaan yang meluas dan tidak hanya terhad kepada penyelesaian masalah kulit dan kesihatan yang umum sahaja.

Gamat: Hidupan Laut yang Kaya Khasiat
Pautan : https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/pemakanan/manfaat-gamat/#gref


Kini gamat merupakan satu komoditi yang bernilai tinggi dan dipasarkan begitu meluas. Industri gamat telah lama wujud dan sehingga kini permintaan gamat masih tidak dapat dipenuhi oleh sumber tempatan.


Pendaratan gamat menyumbang sebahagian daripada jumlah pendaratan perikanan tangkapan negara.  Industri  gamat telah menjadi satu aktiviti komersial di Malaysia seperti industri pembuatan farmaseutical, kosmetik, ubat-ubatan dan makanan tambahan.

Gamat merupakan spesies baru yang bernilai tinggi yang mula diberi tumpuan dalam RMKe-10. Bagaimanapun, teknologi pembenihan gamat masih di peringkat R&D dan ternakan belum berkembang dengan baik disebabkan bekalan benih yang terhad. Pada masa ini, ternakan gamat masih tertumpu di negeri Sabah dan Langkawi, Kedah.


Untuk ternakan, sistem kandang di laut (pen culture), kolam atau sistem pen dalam kolam boleh digunakan. Di Malaysia, tiada hatceri tempatan yang mengeluarkan benih gamat untuk tujuan komersial. Sebagai langkah permulaan, Jabatan Perikanan sedang menjalankan penyelidikan pembenihan gamat di Hatceri Gamat Sementara di Bukit Malut, Langkawi.

Gamat
Pautan : https://www.dof.gov.my/index.php/pages/view/2374



Disebabkan kebaikan dan khasiat yang boleh diperolehi dari gamat. Ia mula mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia bahkan negara - negara jiran. Bukti yang jelas ialah beberapa siri penangkapan nelayan Vietnam yang memaauki perairan negara secara haram sejak beberapa tahun kebelakangan.

Berikut adalah merupakan beberapa sedutan akhbar online yang melaporkan penangkapan nelayan dari Vietnam.

Nelayan Vietnam 'kaut' gamat dicekup
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/602466/nelayan-vietnam-kaut-gamat-dicekup
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 6:55 PM

9 ditahan curi gamat [METROTV]
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413450/9-ditahan-curi-gamat-metrotv
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 1:17 PM

Pencuri gamat
Pautan : https://www.hmetro.com.my/node/204210
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 7:18 AM

Tahan nelayan asing ambil gamat
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/01/107753/tahan-nelayan-asing-ambil-gamat
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 7:08 AM

APMM tahan nelayan Vietnam
Pautan : https://www.hmetro.com.my/node/34452
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 2:09 PM


Kesemua kes di atas disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta bagi pemilik bot dan tekong serta tidak melebihi RM100,000 bagi awak-awak atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

24 Feb 2012

nelayan tangkap udang karang seberat 12.3kg

Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat sini tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan.

Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu pada Jumaat lalu.

Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.

Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram.

Haiwan itu diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.