• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parti. Papar semua catatan

16 Jul 2020

Usul gubal akta antilompat parti diluluskan


Berita wakil rakyat keluar dari parti politik yang diwakilinya semasa memenangi pilihanraya seakan sudah tidak menarik minat rakyat. Perkara ini telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lepas.


Terdapat cadangan dari parti tertentu beberapa tahun yang lepas agar kerajaan menggubal undang-undang mengelak wakil rakyat meletak jawatan sewenang-wenangnya bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang disifatkan parti itu sekadar permainan politik pihak berkepentingan.

Kenapa?

"Sebab wakil rakyat yang menang atas nama satu parti, dia dianggap khianat kepada pengundi kalau dia lompat parti dan kita harap kerajaan boleh gubal peraturan untuk sekat mana-mana ahli Parlimen yang menang untuk lompat parti."

Syor gubal undang-undang kosong kerusi, lompat parti
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/09/473311/syor-gubal-undang-undang-kosong-kerusi-lompat-parti

Cadangan di atas dibuat selepas keputusan PRK Parlimen Port Dickson akan diadakan selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi berkenaan.


Lebih kurang sebulan kemudian selepas cadangan di atas, pihak SPR telah memberi ulasan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpandangan setiap rakyat bebas berpersatuan selaras dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Liew Vui Keong, berkata hak kebebasan untuk berpersatuan turut terpakai keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1992.

“Kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan undang-undang daripada pelbagai pihak.


“Bagaimanapun, berhubung cadangan untuk menggubal undang-undang anti lompat parti, SPR berpandangan setiap rakyat bebas berpersatuan,” katanya.


Tiada keperluan gubal undang-undang anti lompat parti
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/487224/tiada-keperluan-gubal-undang-undang-anti-lompat-parti


Terbaru Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah meluluskan usul mendesak Parlimen menggubal akta bagi menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen melompat parti tanpa alasan munasabah.

Speaker, Ng Suee Lim, berkata menerusi usul berkenaan, DUN Selangor bersetuju jika ada wakil rakyat melompat parti, mereka perlu mengosongkan kerusi dimenangi bagi membolehkan rakyat memilih semula wakil rakyat baharu.

"Kalau ikutkan sebagai ADUN termasuk saya sendiri, memang selama ini sesiapa pun yang dipilih menerusi pilihan raya dan apabila mereka lompat parti, khianat dan sebagainya tanpa alasan munasabah rakyat pasti akan marah.

"Kita tidak ada hak untuk menggubal undang-undang kerana ia adalah kuasa Parlimen dan hari ini kita hanya mengemuka usul untuk menggesa dan mendesak akta antilompat parti digubal.


"Semua setuju yang mana ADUN atau Ahli Parlimen yang melompat parti perlu mengosongkan kerusi bagi menghormati mandat rakyat.

DUN Selangor lulus usul gubal akta antilompat parti
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/07/711707/dun-selangor-lulus-usul-gubal-akta-antilompat-parti


Sebagai salah seorang pengundi yang berdaftar, saya turut bersetuju dengan cadangan agar satu akta yang berkaitan digubal agar kes sebegini tidak berlarutan. Hukuman yang sesuai dalam fikiran saya adalah bersifat limitasi / pengehadan / pembatasan yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat. 

Penalti tidak dapat menjadi calon wakil rakyat dalam pilihanraya berikutnya serta tidak dibenarkan memegang jawatan dalam kerajaan dalam tempoh tertentu dilihat sebagai salah satu cadangan yang perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan sekiranya usul yang telah dibawa diterima untuk dibahaskan.

12 Jul 2020

Pemuda 30 tahun meninggal dunia lepas hadiri Parti 'Eksperimen' Covid-19


Idea ‘parti Covid-19’ semua orang berkumpul bersama untuk melihat sekiranya virus itu benar dan sekiranya ada yang dijangkiti.

Siapa sangka “parti Covid-19” yang dihadiri bersama rakan-rakan menjadi yang terakhir dalam hidupnya.

Itulah luahan rasa seorang pesakit berusia 30 tahun yang meninggal dunia di Hospital Methodist di San Antonio, Texas di Amerika Syarikat (AS).


“Saya fikir saya telah buat kesilapan. Saya ingatkan ia main-main, tapi tidak,” kata-katanya yang terakhir sebelum meninggal dunia.

Menurut laporan ABC News, Dr Jane Appleby menerusi kenyataan berkata, pesakit berkenaan memberitahu jururawat mengenai parti tersebut, yang dikatakan dianjurkan oleh seseorang yang menghidap Covid-19.

“Ideanya adalah semua orang berkumpul bersama untuk melihat sekiranya virus itu adalah benar dan sekiranya ada yang dijangkiti,” kata Appleby.


Pemuda maut selepas sertai ‘parti Covid-19 menyangka ia sekadar main-main!
Pautan : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/12/pemuda-maut-selepas-sertai-parti-covid-19-menyangka-ia-sekadar-main-main/


Covid-19 pernah digambarkan sebagai haiwan buas yang lapar. Jadi teruskan mengamalkan amalan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan menggunakan penutup muka semasa di luar rumah.