• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasir. Papar semua catatan

8 Jul 2021

Istana pasir tertinggi di dunia setinggi 21.16 meter

 

Istana pasir tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 20 meter dan seberat hampir 5,000 tan siap dibina di sebuah bandar tepi pantai di Blokhus, Denmark.


Berukuran 21.16 meter tinggi, istana baharu itu mengatasi istana dibina di Jerman pada 2019 yang memegang rekod Guinness World Records pada ketinggian 17.66 meter.



Sebanyak 4,860 tan pasir digunakan bagi membina struktur berupa piramid.


Perekanya, Wilfred Stijger yang dibantu 30 pengukir pasir terbaik dunia, menampilkan kuasa coronavirus ke atas dunia sejak awal pandemik bermula.


Di puncak binaan istana pasir itu dipaparkan model virus memakai mahkota.


"Ia mengatur kehidupan kita di mana-mana," kata Stijger.


Istana pasir tertinggi di dunia dibina di Denmark

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/07/836938/istana-pasir-tertinggi-di-dunia-dibina-di-denmark

3 Jun 2021

Cara atasi masalah lalat bertelur dalam pasir kucing

 

Lalat bertelur dalam pasir kucing merupakan fenomena biasa bagi pemilik kucing yang sangat sibuk seperti saya. Sekiranya anda juga turut mengalami masalah ini, percayalah anda seorang yang "sangat sibuk". Hahaa..


Dalam satu artikel di laman web Goldenmaze bertajuk Kenapa ada belatung di pasir kucing? Ada dibincang berkenaan isu ini dan antara petikannya adalah seperti di bawah.


"Pemilik kucing yang tidak disiplin membersihkan pasir kucing bisa memicu datangnya lalat. Pasir kucing yang lembab dan masih ada kotoran kucing mengundang kedatangan lalat untuk bertelur. Terlebih kalau kamu beli pasir organik. Tidak butuh waktu lama, telur lalat akan menetas menjadi belatung. Telur lalat yang menetas akan menjadi belatung yang menjijikkan dan memenuhi pasir kucing. Belatung ini akan makan dari sisa kotoran kucing yang tidak dibersihkan."


OK sekarang kita dah tahu kenapa lalat bertelur dalam pasir kucing. Puncanya..tidak disiplin membersihkan pasir kucing. Hahaa..inilah saya dan anda yang mengalami masalah ini. Ya, kita golongan yang "sangat sibuk".


Turut dikongsi beberapa tips untuk mengatasi masalah ini dan antaranya ialah;

1. Membersihkan najis kucing sekerap mungkin (rekomen setiap hari).

2. Membersihkan bekas najis kucing secara menyeluruh (rekomen min seminggu sekali bagi yang mempunyai lebih dari 1 kucing).

3. Memastikan pasir kucing sentiasa kering/tidak lembap (ulasan terperinci di bawah).


Cara memastikan pasir kucing sentiasa kering/tidak lembap;

1. Bersihkan dulu bak pasir secara menyeluruh menggunakan desinfektan atau air hangat dan sabun cuci piring. Pastikan bak pasirnya sudah dicuci dan dibilas hingga bersih ya agar tidak ada sabun yang menempel.

2. keringkan bak pasir kucing hingga benar-benar kering. Kalau tidak, pasir yang kamu gunakan akan menjadi lembab.

3. Gunakan koran atau kertas di bagian dasar. Kamu bisa menyobek-nyobek kertas tersebut dan memilinnya menjadi seperti kerikil.

4. Tuangkan pasir yang biasanya kamu gunakan sebanyak ¼ kotak.

5. Gunakan karbon aktif atau baking soda untuk menyerap bau. Taburkan tipis saja dan tahapan ini optional. Jika kamu sudah menggunakan pasir yang dilengkapi penyerap bau, maka kamu tidak perlu lapisan ini.

6. Lapisan paling atas adalah pasir yang kamu pilih dan isi sebanyak ¼ kotak.


Kamu faham enggak?? Hahaa..

Saya kagum dengan pemilik laman web, blogger dari negara jiran. Kenapa?

Terkadang info yang sangat bermanfaat seperti ini dari Malaysia agak sukar ditemui.

bak = bekas pasir

koran = surat khabar

memilin = memintal/gumpal


Selamat mencuba buat anda dan saya.


Berbalik kepada Si Milo, kerap kali dia akan mengeow dan dorong saya ke bahagian belakang rumah, berdekatan kawasan bekas pasirnya. Saya ingatkan entah apa la yang dikomplennya. Sekarang baru saya tau...dia suh bersihkan bekas pasirnya. Hahaa..iye saya seorang yang "sangat sibuk".


Namun AWAS..sekiranya anda jumpai cacing pita dalam pasir kucing semasa mengikuti step2 di atas. Mohon segera bawa kucing anda ke klinik untuk rawatan lanjut atau dibagi makan ubat cacing.



UPDATE :
Setakat 8-Jun, tiada lagi masalah lalat berkeliaran sekitar potting box dan pasir kucing lagi. Nampaknya bersihkan najis kucing setiap hari sangat efisien. Nasib baik saya tak berapa "sangat sibuk" kebelakangan ni. Hahaa..