• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pegawai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pegawai. Papar semua catatan

13 Apr 2021

Pegawai tertinggi kementerian pendidikan tinggi korban terbaru pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un

 

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan mengarahkan hukuman mati ke atas seorang pegawai tertinggi di kementerian pendidikan tinggi selepas gagal mengadakan panggilan video mencukupi dan sering mengeluh dengan bebanan kerja.


NY Post melaporkan pegawai berkenaan juga dikatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana tidak menyalurkan sumber dan bantuan mencukupi untuk menggerakkan kerja.



Pegawai itu yang dikenali sebagai Park berusia 50-an, dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya tidak tetap kementerian pendidikan tinggi bagi melaksanakan Akta Pendidikan Jarak Jauh, lapor Daily NK.


Tetapi penyelidikan oleh Jabatan Organisasi dan Bimbingan terhadap suruhanjaya itu menunjukkan bahawa Park gagal mencapai kemajuan nyata dalam menentukan hala tuju pembelajaran jarak jauh di negara ini.


Malah, ahli jawatankuasa suruhanjaya hanya berkumpul untuk mengkritik pemerintah, menurut pejabat berita yang berpusat di Korea Selatan.


"Suruhanjaya tidak tetap itu dibentuk pada Jun tahun lalu," kata sumber kepada Daily NK.


Park dilaporkan mengeluh kepada pegawai atasannya yang memberitahunya supaya diam dan jalankan saja tugas diberi.


"Tidak ada arahan dari Jawatankuasa Pusat, jadi diam sajalah," kata pegawai atasan itu.


Namun, Park dilaporkan terus meluahkan rasa tidak puas hatinya.


"Saya tidak faham mengapa (kerajaan) memilih untuk melaksanakan akta ini, menubuhkan suruhanjaya ini dan memanggil profesor yang sibuk dari tugas universiti mereka sedangkan mereka tidak memberi sebarang sumber.


"Walaupun kita memberi cadangan, mereka hanya memberitahu supaya kita menutup mulut.


"Jadi kita hanya berkumpul dan kemudian pulang ke rumah masing-masing ," kata Park kepada anggota suruhanjaya.


Suruhanjaya berkenaan terdiri daripada kira-kira 20 profesor yang mengadakan mesyuarat mingguan.


Siasatan dijalankan selepas Presiden Universiti Kim Il Sung, Ri Guk Chol kemudian mengetahui mengenai komen Park dan melaporkannya kepada jawatankuasa pusat.


"Semua orang tahu bahawa negara mengalami kesulitan, tetapi kerja tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana wujud individu seperti Park," katanya seperti dilaporkan.


Sementara itu, Mirror melaporkan Ri Guk Chol kini menerajui suruhanjaya berkenaan dan antara langkah awal yang diambil adalah untuk mengadakan persidangan video dengan lebih kerap.


Jong-un berang

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/04/693847/jong-un-berang