• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pehatian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pehatian. Papar semua catatan

28 Apr 2021

Punca peningkatan kes sporadik Covid-19 perlu perhatian pihak kerajaan

 

Enam faktor dipercayai menjadi punca peningkatan kes sporadik COVID-19 yang tidak diketahui puncanya, hingga menjadi penyumbang utama lonjakan kes harian bagi empat bulan pertama tahun ini.


Pakar kesihatan awam, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata pertambahan jangkitan sporadik itu mungkin kerana ada kelemahan dalam siasatan kes oleh Kementerian Kesihatan (KKM).



Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) itu berkata, kelemahan siasatan kes termasuk pengesanan kontak tidak sempurna, kajian epidemiologi tidak lengkap dan komuniti berisiko tidak atau lambat disiasat serta diuji.


Selain itu, katanya, ia mungkin berpunca daripada siasatan tidak lengkap atau lambat kerana kekangan jumlah anggota, atau terdapat kelemahan dalam sistem maklumat kes untuk tujuan siasatan kes dan epidemiologi.


"Selain itu, ramai yang dijangkiti tetapi tidak tahu atau sedar mereka dijangkiti, yang akhirnya menjadi punca jangkitan kepada orang lain.


"Apabila tidak tahu dijangkiti, mereka bebas bergerak ke mana-mana di dalam negeri, yang membuka ruang untuk mereka menjangkiti orang lain.


"Ramai tak tahu mereka dijangkiti kerana tidak diuji. Bilangan ujian mungkin banyak, tetapi tidak mencukupi atau menepati sasaran, atau ia sukar diperoleh kerana isu kos serta logistik.


"Ketidakpatuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) juga turut menyumbang, tetapi perkara yang disebutkan tadi adalah faktor utama," katanya kepada BH, hari ini.


Dr Lokman Hakim menyifatkan lonjakan jangkitan sporadik itu amat bahaya jika langkah mengatasi kelemahan dalam siasatan kes tidak diatasi segera.


"Macam kita sedang berperang. Kita tak tahu di mana musuh berada, tetapi ramai daripada kita kena tembak. Kalau tak tahu lokasi musuh, macam mana nak hapuskan mereka," katanya.


Berhubung tiga negeri dengan penduduk berkepadatan tinggi iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Johor yang mencatatkan kes sporadik tertinggi, Dr Lokman Hakim berkata, siasatan kes sempurna akan memastikan semua kontak yang sepatutnya dikesan dan diuji, akan diketahui.


"Siasatan sempurna akan pastikan ujian menyeluruh komuniti perlu dilakukan atau tidak, sekali gus tidak terhad kepada kontak rapat sahaja kerana prinsip utama kawalan ialah kesan semua kes yang dijangkiti, termasuk tidak bergejala dengan cepat dan asingkan mereka segera," katanya.


Sehubungan itu, felo Akademi Perubatan Malaysia itu menyarankan KKM segera memperbaiki kualiti siasatan kes dan epidemiologi, termasuk menambah keupayaan sumber, serta memperkemas pengurusan kes, kontak dan komuniti berisiko.


Selain itu, katanya, KKM perlu mempertingkatkan akses kepada diagnosis, selain memperkemas komunikasi risiko kerana masih ada yang menetap di kawasan panas tidak faham kenapa SOP diwujudkan dan perlu dipatuhi.


"Tekankan tanggungjawab sosial untuk lakukan ujian jika bergejala atau terdedah (pada kes positif) serta patuhi arahan kuarantin dan tidak berada dalam khalayak, pergi kerja atau sekolah jika bergejala," katanya.


Enam punca peningkatan kes sporadik

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/811338/enam-punca-peningkatan-kes-sporadik