Beberapa tahun kebelakangan pelaburan matawang kripto menjadi fenomena baru dunia dan di Malaysia matawang kripto Bitcoin agak ke depan berbanding matawang lain. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan bahawa entri kali ini agak berat dan terdapat banyak teks.
Pelbagai persoalan timbul berkenaan pelaburan Bitcoin pada suatu ketika sehingga menarik perhatian dan diulas secara terperinci oleh SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan dalam artikel Bayan Linnas Siri Ke-153: Hukum pengguanaan matawang Bitcoin. Anda boleh baca kupasan terperinci dengan mengklik link pada tajuk artikel.
Kesimpulannya, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.