• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pelacur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelacur. Papar semua catatan

20 Feb 2016

1000 pelacur ugut bogel beramai-ramai bantah rancangan kerajaan

Lebih 1,000 pelacur di Kalijodo mengancam untuk berbogel sebagai membantah rancangan kerajaan untuk mengusir penduduk dan meroboh kawasan berkenaan.

Seorang penduduk Kalijodo, Razman Arif Nasution berkata, sekiranya kerajaan meneruskan rancangan untuk merobohkan kawasan berkenaan penduduk termasuk pelacur akan membuat bantahan.

 Kalijodo adalah kawasan setinggan di Jakarta Tengah yang terkenal dengan aktiviti pelacuran, arak dan judi. “Ada lebih 1,000 pelacur di sini dan mereka tidak malu lagi serta sedia berbogel untuk membantah pengusiran ini,” katanya.


13 Feb 2012

pengetua disiasat langgan pelacur di internet

Seorang pengetua di sebuah sekolah ternama di republik ini bersama beberapa penjawat awam kanan disiasat kerana melanggan pelacur daripada sindiket maksiat di Internet, menurut laporan media tempatan.

Penjawat awam itu disyaki apabila Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis (PID) melakukan beberapa serbuan terhadap sindiket maksiat akhir Disember lalu, lapor akhbar Shin Min.


Senarai nama pelanggan sindiket yang didedahkan antara bukti yang dirampas dalam serbuan bersar-besaran itu.

10 Feb 2012

guru besar mati semasa langgan pelacur dengan harga RM17

Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52 tahun, dijumpai mati di dalam sebuah bilik bersama seorang pelacur di sebuah rumah pelacuran di Kediri, Jawa Timur, petang semalam.

Ketua Polis Kendiri Komisioner Adjutan, Wayan Winata berkata, “Kami tidak tahu sebab kematiannya. Kami masih menyiasat kes itu.”

Wayan berkata, Sugiono baru berurusan dengan pelacur yang bernama Titik Andayani, 27 dan setuju untuk membayar Rp50,000 (RM17) untuk khidmatnya.

Mereka menempah sebuah bilik di rumah kepunyaan seorang lelaki, Samiran, 48.

“Pelacur itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah keluar dari bilik air,” katanya.


Penghuni rumah pelacuran itu kemudian menelefon doktor dari klinik kesihatan awam Ngasem, tetapi gagal menyelamatkan Sugiono.

“Kami sudah siasat tempat kejadian dan tidak menemui bukti (yang mungkin dapat menjadi punca kematiannya), seperti pil dadah atau rangsangan,” katanya.

31 Jan 2012

statistik pelacur wanita tempatan meningkat 70%

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1,060 orang pada 2010 kepada 1,801 orang pada tahun lalu.

Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan kaum Cina merekod jumlah seramai 333 orang diikuti Melayu (213 orang), India (83 orang) dan lain-lain kaum (430 orang).

Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah dan cepat selain kepincangan dalam institusi kekeluargaan merupakan punca utama menyumbang kegiatan pelacuran membabitkan wanita tempatan.