• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelajar. Papar semua catatan

8 Dis 2021

20 pelajar terlibat kematian Abrar Fahad dihukum mati


Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 20 penuntut universiti kerana pembunuhan kejam pada 2019 yang membabitkan pemuda mengkritik kerajaan di media sosial.


Mayat Abrar Fahad, 21, ditemui di asrama universitinya beberapa jam selepas dia menulis hantaran di Facebook yang menyelar Perdana Menteri Sheikh Hasina kerana menandatangani perjanjian perkongsian air dengan India.




Mangsa dipukul dengan kayu pemukul kriket dan objek tumpul lain selama enam jam oleh 25 penuntut yang juga ahli Liga Awami, sayap pelajar bagi Liga Chhatra Bangladesh (BCL).


"Saya gembira dengan keputusan ini. Saya harap hukuman dapat dijalankan segera," kata bapa Fahad, Barkat Ullah yang ditemui di luar mahkamah.


Pendakwa raya Abdullah Abu berkata, baki lima lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.


Semua tertuduh yang dihukum mati berusia antara 20 hingga 22 tahun dan mengikuti pengajian di universiti elit, Universiti Teknologi dan Kejuruteraan Bangladesh bersama Fahad.


Peguam mewakili tertuduh dilapor akan mengemukakan rayuan.


20 pelajar universiti Bangladesh dihukum mati

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/12/786291/20-pelajar-universiti-bangladesh-dihukum-mati

28 Feb 2016

Video pelajar perempuan IPT persenda zikir viral di Facebook

Video ini telah dimuatnaik di laman facebook MyGosip.com.

 Tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku tetapi melalui pengamatan video ini dirakam oleh pelajar IPT.

Ini berdasarkan kad pelajar pada baju mereka. Berkemungkinan besar mereka adalah pelajar yang masih di minggu orientasi dan sedang berlatih untuk persembahan penutup.

Kebarangkalian mereka terdiri daripada kumpulan atau persatuan kebudayaan juga wujud berdasarkan kepada lenggok tangan dan pergerakan yang tersusun.

Saya mengambil sikap positif bahawa video ini dirakam untuk suka-suka dan tidak bertujuan untuk mempersendakan zikir.



simieY:

22 Feb 2016

Bapa maut dibelasah guru dan tukang masak pertahan anak minta nasi tambah

Hanya kerana meminta nasi tambah semasa waktu rehat, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dibelasah dengan teruk oleh tukang masak di sebuah sekolah di India baru-baru ini.

 Lebih malang lagi, bapa kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Mohamed turut maut dibelasah sekumpulan guru selepas mangsa mempertahankan tindakan anak­nya, Kasheeda.

19 Feb 2016

Mat Bangla kantoi rogol pelajar tingkatan 1 di siber cafe

Lelaki warga Bangladesh bermandi darah selepas dibelasah orang awam yang berang dengan tindakannya merogol remaja perempuan berusia 13 tahun di tandas pusat siber di Taman Sri Rampai, di sini, semalam.

Dalam kejadian 10.30 malam, mangsa menemani ayahnya ke pusat siber sebelum dia ditarik oleh warga asing berusia 30 tahun itu ke dalam tandas di pusat siber berkenaan.

Menurut sumber, anak bongsu daripada tiga beradik itu diraba di bahagian kemaluan sebelum dirogol. Katanya, mangsa dipaksa diam sebelum kehilangannya disedari bapanya.

"Bapa mangsa yang menyedari anak tiada terus ke tandas dan mengetuk pintu sebelum mendapati lelaki Bangladesh itu merogol anak perempuannya.

3 Jun 2013

Pengetua rakam video Gangnam Style pelajar capai sasaran dalam peperiksaan

Seorang pengetua, Jeff Hughes menghasilkan video muzik Oppa Gangnam Style untuk para pelajarnya, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Hughes yang merupakan pengetua di Sekolah Tinggi Penketh di sini menghasilkan video muzik itu selepas dia berjanji kepada para pelajarnya.

Dia berjanji akan melakukan aksi yang sama seperti Psy di dalam video muzik jika para pelajarnya mencapai sasaran dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Am Pendidikan Menengah. 

Hughes membuat janji itu di hadapan para pelajarnya dalam satu perhimpunan. Bagi meraikan pencapaian cemerlang para pelajarnya, Hughes dan 50 orang gurunya menghasilkan semula muzik video tersebut.

1 Dis 2010

pelajar 15 tahun tawan 24 tebusan

GREEN BAY (Wisconsin): Seorang pelajar 15 tahun bersenjatakan pistol menawan 23 pelajar lain dan seorang guru selama lima jam di Sekolah Menengah Marinette di Wisconsin sebelum menembak dirinya apabila polis menyerbu bilik darjah berkenaan.
SEORANG pelajar yang menjadi tebusan, Austin Biehl, menceritakan pengalaman kepada media.

Penyerang remaja itu dirawat di hospital berhampiran dan keadaannya dilaporkan tenat, namun tebusan tidak diapa-apakan, menurut pihak berkuasa di Marinette, tempat insiden itu berlaku pagi kelmarin.
Ketua polis Marinette, Jeff Skorik menyatakan laporan awal di laman rangkaian sosial sekolah itu yang mengatakan beberapa pelajar dicederakan dalam serangan itu tidak benar.

22 Okt 2010

pelajar kolej gagal dikesan

IPOH: Seorang pelajar wanita kolej kejururawatan swasta di sini, Balqis Azman, 18, dilaporkan hilang sejak 30 September lalu.

Balqis Azman

Ibunya, Noorlela Abd Rahman, 37, berkata anaknya dipercayai hilang selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping.

Katanya, dia hanya menyedari kehilangan anaknya selepas mahu menjemput Balqis di rumah sewanya di Kampung Boyan, Taiping 4 Oktober lalu.

Beliau berkata, pengurusan kolej berkenaan di Kawasan Perindustrian IGB, di sini memaklumkan Balqis pulang sendirian dari Taiping pada hari berkenaan.

“Bagaimanapun, Balqis tidak pulang ke rumah kami di Kampung Kepayang, Fair Park di sini. Saya dan suami, Azman Sulaiman juga gagal menghubungi telefon bimbit Balqis,” katanya di sini, semalam.

Noorlela berkata, kali terakhir dia bertemu Balqis ketika menghantar anaknya di rumah sewa di Kampung Boyan pada 13 September lalu.

1 Sep 2010

Nasib lima pelajar UM dituduh lakukan khianat ditentukan 24 September ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 24 September ini bagi memutuskan sama ada lima pelajar Universiti Malaya (UM) yang didakwa melakukan khianat dan menceroboh universiti itu pada Jun tahun lalu, diarah membela diri atau dilepaskan daripada pertuduhan.


Hakim Rozana Ali Yusuff menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin dan peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mengetuai barisan pihak pembelaan selesai mengemukakan hujahan.


25 Ogo 2010

disamun dan disuntik cecair

IPOH: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, bukan saja menjadi mangsa samun seorang lelaki tidak dikenali, malah turut disuntik sejenis cecair yang tidak diketahui hingga menyebabkannya terlantar di hospital sejak seminggu lalu.

Lebih membimbangkan, doktor kini memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti cecair yang disuntik lelaki terbabit.

Berdasarkan pemeriksaan awal dan ujian darah, doktor mengesahkan mangsa tidak dijangkiti jangkitan seperti virus, hepatitis atau HIV, namun pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dan menjalankan ujian darah kali kedua dalam tempoh tiga bulan lagi.