• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pemandu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemandu. Papar semua catatan

25 Apr 2021

Pemandu kancil kuning disaman dan kereta disita

 

Polis hari ini mengesahkan telah mengeluarkan satu saman atas kesalahan tiada lesen memandu terhadap pemandu kereta Perodua Kancil yang tular menerusi aplikasi TikTok kerana tiada bumbung.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu kereta berkenaan disaman pukul 1 pagi ketika memandu kereta berwarna kuning itu di Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur.


“Semakan lanjut mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan dan tayar depan kanan juga pecah.



“Pemandu berusia 47 tahun dan berasal dari Raub, Pahang itu kemudiannya menunjukkan sebuah lagi kereta kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin belakang kiri pecah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya dan ia juga membahayakan kepada pengguna lain.


Katanya, kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE


Pemandu kancil kuning tidak berbumbung disaman

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/04/25/pemandu-kancil-kuning-tidak-berbumbung-disaman/

27 Jul 2020

Hukuman gantung lesen pemandu mabuk minimum 7 tahun wajar


Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Bacaan kali pertama Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu dibuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan dewan kali ini.

Saya merupakan antara rakyat Malaysia yang menantikan perkhabaran ini. Terdahulu saya pernah mengulas bahawa hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas pemandu mabuk yang telah menyebabkan kecederaan serta kematian. Hukuman ini secara jelas bukanlah bersifat rasis semata.

Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk bukan isu rasis
Pautan : https://www.simiey.info/2020/05/hukuman-lebih-berat-kepada-pemandu.html


Berikut adalah antara pindaan yang telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama;
1. Hukuman penjara bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun, serta denda minimum RM50,000 sehingga RM100,000.

2. Sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara diperuntukkan selama tempoh tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000.

3. Pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun daripada tarikh sabitan dan tidak kurang 7 tahun bagi pemandu yang menyebabkan kecederaan.

4. Had alkohol yang ditetapkan iaitu 22mg alkohol dalam 100ml nafas; 50mg alkohol dalam 100ml darah atau 67mg alkohol dalam 100ml air kencing.

Pemandu mabuk: Hukuman penjara dinaikkan sehingga 15 tahun
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/94165/BERITA/Nasional/Pemandu-mabuk-Hukuman-penjara-dinaikkan-sehingga-15-tahun

Semoga tindakan yang lebih tegas ini dapat menyelamatkan lebih banyak jiwa dari terkorban akibat kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk.

31 Mei 2020

Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk bukan isu rasis


Individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.


Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.



Berita Harian Online telah melaporkan pada 29 Januari 2020 bahawa kabinet telah bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Anthony Loke Siew Fook, berkata akta sedia ada akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Cadangan itu akan dibincangkan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi membincangkan dari sudut perundangan. Kajian itu akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi kedua pada Jun atau Julai ini.



Hukuman lebih berat bagi pemandu mabuk
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/650931/hukuman-lebih-berat-bagi-pemandu-mabuk

Setelah peralihan kuasa, tidak dapat dipastikan apa progress bagi usaha bekas Menteri Pengangkutan ini sama ada terberhenti begitu sahaja.


Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong juga telah dilaporkan oleh myMetro pada 13 Februari 2020 berkata, pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurut beliau, kerajaan menyerahkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mengubal akta berkenaan kerana ia di bawah kementeriannya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Secara prinsipnya Kerajaan bersetuju dengan penggubalan akta itu kerana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal.

Pemandu mabuk bakal dipenjara 20 tahun
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/544353/pemandu-mabuk-bakal-dipenjara-20-tahun


Isu pemandu mabuk juga turut diulas oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guang Eng dan dilaporkan oleh Berita Harian Online pada 15 Februari 2020. Katanya, individu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian, dicadang untuk dikenakan denda sehingga RM100,000.

Selain itu kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu dengan hukuman penjara bagi pesalah berkenaan turut ditingkatkan kepada 20 tahun, berbanding 10 tahun ketika ini. Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) ini bagi mereka yang telah menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk.


Pemandu mabuk sebabkan kematian bakal dipenjara 20 tahun, denda RM100,000
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/655852/pemandu-mabuk-sebabkan-kematian-bakal-dipenjara-20-tahun-denda


Dari ketiga-tiga petikan adakah anda masih lagi fikir ini isu rasis.
Rasis mengikut tafsiran umum ialah persepsi dan tindakan yang menidakkan hak bangsa atau kumpulan lain untuk mendapatkan perkhidmatan, peluang atau layanan disebabkan mereka tidak sealiran dengan kumpulan yang memberi sama ada dalam aspek keturunan, bangsa, agama dan budaya.

Isu pemandu mabuk adalah merupakan isu keselamatan kerana apabila anda memandu dalam keadaan mabuk, anda secara tidak sedar akan bertindak diluar pertimbangan akal.
Beberapa kes kemalangan yang berlaku kebelakangan ini mengakibatkan kematian dan tindakan dari segi pencegahan dan hukuman lebih setimpal adalah diperlukan.


Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Perdana Menteri berkata, arahan itu sebagai maklum balas kepada keresahan rakyat mengenai kes kemalangan akibat pemandu mabuk yang mana statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun ini sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia. Perkara itu sangat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan dalam tempoh lima bulan tahun ini menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu.



PM arah pinda akta hukuman lebih berat pemandu mabuk
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694479/pm-arah-pinda-akta-hukuman-lebih-berat-pemandu-mabuk



Semoga solusi segera bagi permasalahan ini dapat dicapai dan seterusnya mengelakkan kejadian serupa di masa hadapan.

9 Mei 2020

PROTON bagi kad minyak percuma dan diskaun sehingga RM1,500 kepada pemandu e-hailing

Berikutan beberapa kelonggaran yang telah diberikan sepanjang tempoh PKPB, diharap para pemandu teksi dan e-hailing dapat menarik nafas lega dan dapat menggunakan sepenuhnya peluang untuk mendapatkan yang semaksima mungkin.

Namun begitu, langkah keselamatan yang ditetapkan seperti penjarakan sosial (social distancing) perlu dipatuhi sepanjang masa dan pemandu juga diminta memakai topeng muka.



COVID-19: Pengangkutan awam dihadkan masa operasi
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668320/covid-19-pengangkutan-awam-dihadkan-masa-operasi



Terbaru syarikat pengeluar kereta nasional, PROTON telah menawarkan kad minyak percuma bernilai RM500 atau diskaun bernilai RM500. Bakal pembeli yang mempunyai lesen e-hailing PSV turut akan menerima rebat sehingga RM1,500 bagi model terpilih.

Kepada pemandu atau bakal pemandu e-hailing tak kiralah full time atau part time. Anda seharusnya tidak melepaskan peluang ini. Dan tawaran ini hanya sah hingga hujung tahun ni..

PROTON tawar kad minyak percuma kepada pembeli kereta e-hailing
Pautan : https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2020/05/687092/proton-tawar-kad-minyak-percuma-kepada-pembeli-kereta-e-hailing

Begitulah ceritanya...

22 Feb 2016

Video pemandu lori berang langgar kereta halang laluan di Pasar Nibong Tebal

Video ni telah di muatnaik di laman facebook Malaysian Crime Watch.

Rata - rata bersetuju dengan tindakan pemandu lori tersebut yang dilihat sebagai pengajaran kepada pemilik kenderaan yang suka meletakkan kenderaan di atas jalan raya.