• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pemberian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemberian. Papar semua catatan

11 Jun 2021

Rebat e-hailing RM20 ke pusat pemberian vaksin bermula 1 Julai

 

Seramai 50,000 individu di negeri ini bakal menerima rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin terutamanya warga emas menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 individu di seluruh negeri itu membabitkan peruntukan RM1 juta.


"Inisiatif ini bagi menggalak dan memudah cara mereka yang akan menerima vaksin di Selangor terutamanya warga emas.


"Kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan syarikat 'e-hailing' Grab dengan menyediakan pemberian rebat sebanyak RM20 bagi perkhidmatan e-hailing yang memesan pengangkutan untuk tujuan perjalanan mendapatkan suntikan vaksin.


"Kerajaan negeri juga melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyelaras bantuan pengangkutan bagi mereka yang berada jauh dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau mengalami kesukaran logistik.


"Bantuan ini akan diutamakan bagi kawasan luar bandar dan tidak mempunyai capaian pengangkutan awam atau 'e-hailing' dan inisiatif ini akan bermula 1 Julai ini," katanya dalam pengumuman khas Pakej Kita Selangor 2.0 menerusi fblive hari ini.


Selain itu, katanya, menerusi Pakej Kita 2.0 juga kerajaan negeri juga


menyediakan bantuan bakul makanan serta kit penilaian di rumah (Home Assessment Tool) di mana setiap satu yang mengandungi pelitup muka KN95, termometer, oximeter, ubat-ubatan dan kit ujian air liur (Saliva Test Kit).


"Ini akan membantu pesakit yang sedang kuarantin untuk menilai keadaan kesihatan mereka dengan bantuan petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melalui aplikasi SELangkah.


"Ini akan meringankan beban dan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan PKD serta pada masa sama mengaplikasikan elemen 'Support' dalam rangka kerja FTTIS yang dianjurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


"Bakul makanan dan kit penilaian di rumah ini akan diagihkan oleh PKM di mana kerajaan negeri memperuntukkan RM 1.25 juta bagi tujuan ini," katanya.


Beliau berkata, inisiatif kit penilaian di rumah ini adalah langkah bagi


mengurangkan kes 'Brought In Dead' (BID) di Selangor dan disediakan kepada mereka yang dikesan positif melalui ujian saringan yang dilaksanakan.


Ambil vaksin akan terima rebat pengangkutan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/06/825913/ambil-vaksin-akan-terima-rebat-pengangkutan