• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label penduduk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penduduk. Papar semua catatan

24 Ogo 2021

Robot Delta bantu penduduk jalani kuarantin Covid-19

 Penduduk kampung di Tembok Gede, Indonesia dan saintis tempatan menyerlahkan kreativiti dengan mencipta robot serbaguna yang berupaya menceriakan mereka yang menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.


Channel News Asia (CNA) Indonesia melaporkan ciptaan itu diberi nama robot Delta dan dihasilkan menggunakan perkakas elektrik dan keperluan rumah seperti periuk, kuali dan televisyen lama.



"Dengan varian Delta baru ini dan jumlah kes Covid-19 yang meningkat, saya nekad mencipta robot untuk melakukan kerja perkhidmatan awam.


"Antara tugas robot itu adalah menyembur pembasmi kuman, menghantar makanan dan memenuhi keperluan penduduk yang menjalani kuarantin," kata Aseyanto, 53, seorang ketua penduduk yang mengetuai projek itu.


Bahagian kepala robot diperbuat daripada periuk nasi dan ia dikendalikan oleh alat kawalan jauh dengan jangka hayat bateri selama 12 jam.


Robot Delta itu adalah salah satu daripada beberapa ciptaan di Kampung Tembok Gede yang mendapat pengiktirafan kerana penggunaan teknologi yang kreatif.


Ketika melalui rumah penduduk yang menjalani kuarantin, robot itu akan mengeluarkan bunyi suara 'Assalamulaikum' diikuti ucapan 'kiriman ada di sini, semoga cepat sembuh.'


"Proses mencipta robot Delta ini sangat mudah .


"Kami cipta menggunakan bahan terpakai yang ada di kawasan perumahan," kata Aseyanto.


Sementara itu, ahli pasukan yang juga pensyarah kejuruteraan berkata, komponen utama robot dihasilkan dengan kereta mainan terpakai.


Kampung Tembok Gede terletak di Surabaya, ibu negeri daerah Jawa Timur dan bandar kedua terbesar di Indonesia.


Indonesia setakat ini merekodkan lebih 3.68 juta kes Covid-19 dan lebih 108,000 kematian akibat virus itu.


Robot Delta

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/08/746181/robot-delta

5 Jun 2013

Penduduk Pulau Pinang buang 129 tan makanan sehari

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa sebanyak 129,769 tan makanan dibazirkan setiap hari oleh penduduk di negeri ini pada tahun lalu.

Presidennya S.M. Mohamed Idris (gambar kecil) berkata, ini berdasarkan kira-kira 45 peratus daripada 288.377 tan sisa pepejal yang dikutip Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari kawasan isi rumah setiap hari adalah sisa makanan.

Katanya, angka yang cukup besar itu menunjukkan sikap boros penduduk dan ia satu pembaziran yang melampau. “Jumlah itu tidak termasuk kira-kira 10 peratus daripada makanan bermasak di beberapa buah restoran dan syarikat katering yang dibuang setiap hari kerana tidak dimakan atau tidak habis.

“Kajian CAP juga mendapati kira-kira 10 peratus lagi makanan yang telah dipesan pelanggan di restoran tetapi tidak dimakan pula berakhir sebagai sisa makanan dan dibuang ke dalam tong sampah,” ujarnya. 

8 Nov 2010

patung gajah atas bumbung bangunan resahkan penduduk batu pahat

BATU PAHAT: Pembinaan patung gajah bersaiz besar di sebuah bangunan di Jalan Rahmat di sini sejak beberapa bulan lalu, menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan yang setiap hari menggunakan jalan berkenaan, menyebabkan mereka mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

PATUNG gajah gergasi atas sebuah bangunan di Jalan Rahmat menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Patung gajah setinggi kira-kira empat meter yang dibina di tingkat paling atas bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabat serta sebuah restoran itu, dikhuatiri menyebabkan mala petaka jika ia terjatuh dan menghempap pejalan kaki serta pengguna jalan raya lain.