• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pengarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengarah. Papar semua catatan

18 Apr 2021

Ketua Pengarah Kesihatan gesa penerima vaksin Covid-19 patuh semua langkah kesihatan awam dan SOP

 

Seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti COVID-19.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih dari dua minggu selepas dos kedua dan 31 kes lagi dijangkiti kurang dari dua minggu.


Beliau berkata, ia jelas menunjukkan langkah kesihatan awam termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilaksanakan kerana COVID-19 masih boleh dijangkiti walaupun selepas melengkapkan vaksinasi, namun dengan gejala kurang serius.



"Seramai 142 kakitangan kesihatan pula dijangkiti selepas dos pertama, namun mereka yang dijangkiti itu mempunyai gejala kurang teruk," katanya di Facebook, di sini, hari ini.


Melalui perkongsian grafik di Facebooknya itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada 426 kakitangan kesihatan yang mengambil vaksin, 244 atau 57 peratus tidak dikesan dijangkiti COVID-19 selepas selesai program vaksinasi.


Pada masa sama, beliau berkata, mereka yang sudah menyelesaikan program vaksinasi tidak boleh mengambil ringan semua langkah kesihatan awam dan SOP.


"Meskipun vaksin memberikan sinar untuk kita melawan COVID-19, namun jangan kita membuat kesilapan dengan mengambil mudah langkah berjaga-jaga.


"Ini kerana tiada yang selamat sehingga semuanya selamat. Semua diminta untuk terus mematuhi langkah kesihatan awam 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran daripada KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).


"Selain itu, elakkan 3C iaitu jauhi kawasan sesak (crowded), kawasan sempit (confined) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (close)," katanya.


Sementara itu, dalam muat naik di akaun Twitternya, Noor Hisham menjelaskan definisi vaksinasi lengkap adalah hanya selepas dua minggu seseorang itu menerima suntikan dos terakhir atau dos kedua.


Sehingga Khamis lalu, seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, seramai 671,589 individu menerima dos pertama sehingga Khamis lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini adalah 1,105,890.


40 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 selepas selesai vaksinasi

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/807772/40-kakitangan-kkm-dijangkiti-covid-19-selepas-selesai-vaksinasi

5 Mac 2021

Ketua Pengarah Kesihatan sahkan tiada Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dijual secara dalam talian di Malaysia

 

Iklan jualan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech secara dalam talian yang kini tular di media sosial adalah palsu, tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum iklan penjualan vaksin berkenaan yang dikesan kononnya dijual dalam talian.



Namun begitu, katanya, bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM setakat ini mendapati iklan berkenaan adalah palsu.


"Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM serta melalui unit forensik siber serta kerjasama dengan pihak berwajib tempatan lain dan antarabangsa Interpol sememangnya sentiasa memantau keadaan semasa dan penjualan vaksin di dalam talian.


"Vaksin yang sudah pun diberikan pendaftaran bersyarat, hanya boleh dibekalkan pihak kerajaan dan pihak dibenarkan oleh kerajaan," katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19, hari ini.


Beliau berkata, selain hakikat vaksin berkenaan tidak dijual di negara ini, pihak KKM dimaklumkan banyak vaksin tiruan sudah berada di pasaran.


Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan hanya menerima vaksin daripada KKM dan sumber boleh dipercayai.


"Kita melihat sekarang ini Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memberikan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19.


"Syaratnya ialah dibekalkan oleh kerajaan atau tempat sudah dikenalpasti kerajaan termasuk hospital swasta," katanya.


Vaksin Covid-19 dijual dalam talian adalah palsu - KP Kesihatan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/680629/vaksin-covid-19-dijual-dalam-talian-adalah-palsu-kp-kesihatan

20 Ogo 2020

Neelofa letak jawatan Pangarah Bebas bukan Eksekutif Air Asia

 

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017. Pelantikan itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya gembira dan mengalu-alukan pelantikan berkenaan.

"Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital."

"Neelofa juga adalah seorang yang sangat pintar, muda dan bebas - menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia."

"Reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami." katanya.


AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Pautan : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2017/12/360862/airasia-lantik-neelofa-pengarah-bebas-bukan-eksekutif


Terkini AirAsia Bhd telah mengumumkan aktres dan pengacara televisyen (TV), Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya. 


AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos lalu, daripada Neelofa, hari ini.


Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan 'komitmen peribadi lain' sebagai alasan peletakan jawatan beliau.


Neelofa letak jawatan pengarah Airasia

Pautan : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/08/722899/neelofa-letak-jawatan-pengarah-airasia

25 Sep 2010

“Sosilawati tidak dirogol!”

KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

BAWA...kenderaan polis membawa suspek keluar dari ladang milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.