• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pengguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengguna. Papar semua catatan

15 Mei 2021

Pengguna dakwa akaun Facebook "like" page Jerusalem Prayer Team tanpa kebenaran

 

Sekitar jam 8 malam tadi, pengguna Facebook di Malaysia menjadi kecoh kerana terdapat dakwaan pihak Facebook telah secara rawak mensasarkan akaun pengguna untuk "like" Page Jerusalem Prayer Team tanpa kebenaran pengguna.


Page berkenaan dikatakan telah mengumpul sehingga 70 juta pengikut hanya dalam masa beberapa jam sahaja dan kejadian ini seakan satu perkara yang mustahil untuk dicapai.


Rata-rata pengguna dari Malaysia telah bertindak berkongsi dengan sahabat dan saudara mara yang terlibat agar mengambil tindakan sewajarnya. 


Snapshoot adalah seperti di bawah.






Persoalan siapakah dalangnya dan bagaimana pelanggaran ini terjadi masih belum terjawab??


Adakah akaun anda juga terlibat??


Kredit : Azie Surip


Update 17 May 2021 : 

Page Jerusalem Prayer Team telah dipadam dari Facebook.

22 Mac 2021

Meter Pintar TNB dan aplikasi MyTNB bantu pengguna kawal penggunaan elektrik

 

Gabungan penggunaan meter pintar bersama aplikasi MyTNB mampu membantu pengguna kediaman mengawal penggunaan elektrik sekali gus dapat mengelakkan pembaziran.


Pengarah Projek Advanced Metering Infrastructure (AMI) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Mohamed Ghous Ahmad berkata, hasil kajian dijalankan di Melaka pada tahun lalu mendapati, kesemua 24 peratus pengguna meter pintar di negeri itu yang memantau penggunaan elektrik di rumah melalui MyTNB dapat menurunkan kadar bil elektrik berikutan mereka mengubah tabiat penggunaan bagi menjimatkan elektrik.



"Meter pintar berfungsi sebagai jangka yang mengukur aliran tenaga elektrik dan menghantar maklumat penggunaan ke pusat penyimpanan data TNB setiap hari.


"Informasi penggunaan elektrik ini boleh diakses pengguna di MyTNB bagi membantu mereka merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan cekap serta cermat," katanya ketika ditemuramah Bernama baru-baru ini.


Untuk rekod, kerajaan memilih Melaka sebagai negeri pertama melaksanakan pemasangan meter pintar dengan lebih 360,000 dipasang sejak 2014 dan pemasangan meter berkenaan kini giat dilaksanakan di Lembah Klang.


Aplikasi MyTNB adalah aplikasi mudah alih percuma untuk menguruskan akaun elektrik pengguna TNB. Ia boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery, manakala portal MyTNB boleh dilayari di www.mytnb.com.my.


Sehingga Feb 2021, lebih 4.8 juta akaun pengguna berdaftar telah menggunakan aplikasi MyTNB.


Menurut Mohamed Ghous, pengguna yang tidak memiliki meter pintar juga boleh menjejak penggunaan tenaga masing-masing menggunakan aplikasi ini tetapi hanya secara bulanan.


Setakat ini, katanya, pemasangan meter pintar sudah melebihi 1 juta unit dan ia diteruskan kepada kesemua 9.1 juta pengguna di Semenanjung Malaysia menjelang 2026.


Katanya, pemasangan meter pintar yang lebih meluas ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pengguna ke arah mengubah tabiat penggunaan elektrik secara lebih cekap dan berhemah.


TNB adalah ejen pelaksana program pemasangan meter pintar bagi menyokong hasrat kerajaan memperkasa pengguna dan meningkatkan pendigitalan dalam kalangan rakyat. Ia dilaksanakan di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).


Kombinasi meter pintar, MyTNB bantu kawal penggunaan elektrik

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/686743/kombinasi-meter-pintar-mytnb-bantu-kawal-penggunaan-elektrik

1 Mac 2021

Facebook diarah bayar RM2.63 bilion selesai pertikaian kerahsiaan dengan 1.6 juta pengguna

 

Mahkamah mengarahkan Facebook membayar AS$650 juta (RM2.63 bilion) bagi menyelesaikan pertikaian kerahsiaan antara gergasi media sosial itu dengan 1.6 juta pengguna di sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS).


Hakim Persekutuan AS memberikan persetujuan akhir terhadap Facebook membabitkan pembayaran pertikaian kerahsiaan dengan pengguna di Illinois.


"Kami gembira dapat mencapai penyelesaian supaya dapat menangani perkara ini yang memberikan jalan terbaik buat komuniti dan pemegang saham," kata jurucakap Facebook melalui kenyataan kepada AFP.



Berdasarkan dokumen yang dilihat AFP, semalam, keputusan berkenaan dikeluarkan pada Jumaat lalu.


Wakil peguam Chicago, Jay Edelson menyaman Facebook pada 2015 dengan mendakwa syarikat gergasi media sosial itu mengumpulkan data biometrik secara tidak sah untuk mengenal pasti wajah yang melanggar undang-undang kerahsiaan Illinois 2008.


Pada akhir Januari tahun lalu, Facebook bersetuju membayar AS$550 juta (RM2.23 bilion) selepas gagal membatalkan tuntutan mahkamah yang difailkan pada 2018.


Bagaimanapun pada Julai lalu, hakim kes berkenaan, James Donato, memutuskan bahawa jumlah itu tidak memadai.


Ketika perbicaraan, Facebook didakwa melanggar undang-undang Illinois dengan menyimpan data biometrik iaitu imbasan digital pada wajah individu untuk menyokong fungsi penandaan wajah tanpa persetujuan pengguna.


Pada 2019, Facebook mengetengahkan fungsi pengecaman wajah sebagai pilihan sahaja.


Menurut Donato, keputusan itu penting dan mewakili kemenangan besar buat pengguna.


"Ia adalah penyelesaian terbesar bagi pelanggaran kerahsiaan," katanya dengan menyatakan plaintif akan menerima pampasan sekurang-kurangnya AS$345 (RM1,399) seorang. - AFP


Facebook diarah bayar AS$650 juta penyelesaian pertikaian kerahsiaan pengguna

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/03/791283/facebook-diarah-bayar-as650-juta-penyelesaian-pertikaian-kerahsiaan

24 Jan 2012

Air Asia disaman suruhanjaya pengguna Australia kerana caj tersembunyi

AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman web.

Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain.

5 Nov 2010

saman ekor aniaya pengguna

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan saman ekor dilihat tidak mampu meningkatkan kesedaran pengguna untuk mematuhi peraturan lalu lintas, sebaliknya hanya membuatkan pengguna merasakan diri mereka dianiaya.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki Ismail berpendapat, saman ekor adalah saman yang tidak adil kerana dikeluarkan tanpa pengetahuan pengguna.


“Saman yang diambil dengan cara menyorok ini dilihat seperti hendak menganiaya, bukannya memberikan kesedaran kepada pengguna dan ini sangat tidak adil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.