• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pengiktirafan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengiktirafan. Papar semua catatan

8 Ogo 2021

CePSWaM Pentauliahan dan kemaskini maklumat EiMAS NRCEP

 

Orang yang berwibawa (OYB).

Inilah gelaran anda setelah mendapat pentauliahan CePSWaM.


Bersama email keputusan pensijilan CePSWaM, anda akan menerima User ID dan password untuk login ke laman web EiMAS NRCEP. Sekiranya anda menghadapi kesulitan untuk login mengunakan User ID dan password yang telah diberikan. Anda boleh klik Retrieve lost password dan password baru akan dihantar ke alamat email anda.



Setelah berjaya login, perkara pertama yang perlu anda buat ialah mengemaskini profil anda dengan mengklik My Profile. Seterusnya mengemaskini maklumat pada tab certification bagi tujuan permohonan kad OYB.


Dalam masa sebulan, anda akan menerima surat keputusan pensijilan CePSWaM, sijil kompetensi dan juga kad OYB anda.



Sebelum Pandemik Covid-19, pihak EiMAS akan mengadakan Majlis Pentauliahan Orang Yang Berwibawa. Saya amat berharap majlis ni diadakan selepas pandemik berakhir bagi batch 2020 dan 2021, sempat la merasa konvo kali kedua. Hahaa..




Terkini, terdapat seramai 4,882 CePSWaM yang mendapat pentauliahan daripada EiMAS. Maklumat terperinci anda boleh diakses di laman web EiMAS NRCEP bagi tujuan verifikasi dan sebagainya.


Dalam topik berikutnya, kita akan sentuh mengenai mata CPD (Pembangunan Profesional Berterusan) yang perlu dikumpul setiap tahun untuk kekal sebagai OYB CePSWaM.