• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label peniaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peniaga. Papar semua catatan

19 Mac 2021

KPDNHEP cadang perkenal lesen khas perniagaan dalam talian bagi peniaga e-dagang bermula tahun depan.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan peniaga dalam talian (e-dagang) atau scammer bermula tahun depan.


Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi lesen itu, peniaga tertakluk kepada syarat lesen yang perlu dipatuhi manakala pengguna dapat melakukan pembelian tanpa ragu-ragu.



Katanya, sehingga tahun lalu sebanyak 355,676 syarikat dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kementerian kini dalam rangka cadangan melaksanakan lesen khas perniagaan berkenaan.


"Cadangan itu bakal mewajibkan setiap peniaga dalam talian untuk mendapatkan lesen khas berkenaan," katanya melalui satu kenyataan media selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Penganugerahan Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 di sini, semalam.


Sepanjang 2020, KPDNHEP merekodkan aduan berhubung masalah transaksi membabitkan 11,510 aduan.


Daripada jumlah itu, sejumlah 7,797 aduan membabitkan pengguna tidak menerima barang atau perkhidmatan ditawarkan.


Berbanding pada 2019, kementerian menerima sejumlah 5,415 aduan berhubung transaksi dalam talian dengan 3,821 daripadanya adalah kerana tidak menerima barang atau perkhidmatan ditawarkan.


Rosol berkata, Pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 itu perlu diadakan terlebih dahulu sebelum lesen khas itu dilaksanakan.


Katanya, kementerian dapat menguatkuasakan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang tidak beretika yang didapati melanggar Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.


"Berdasarkan statistik daripada Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) terdapat lebih 7,000 kes penipuan dalam talian yang dilaporkan pada tahun lalu.


"Melihat perkembangan ini, kementerian menyeru komuniti pengguna mengambil sikap lebih berhati-hati ketika berurusan di dalam talian.


"Penipuan transaksi dalam talian ini boleh dielak sekiranya pengguna membuat semakan nombor akaun bank peniaga sebelum melakukan pemindahan wang," katanya.


Beliau memberi reaksi terhadap pendedahan Harian Metro semalam berhubung peningkatan kes penipuan e-dagang di Malaysia yang meningkat hampir sekali ganda tahun lalu berbanding 2019.


Berdasarkan statistik didedah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, sebanyak 5,848 kes direkodkan sepanjang tahun lalu membabitkan kerugian lebih RM41 juta ditanggung mangsa jual beli e-dagang.


Peningkatan kes penipuan didakwa berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kebanyakan pengguna memilih kaedah pembelian atau jualan dalam talian.


Lesen khas bermula 2022

Pautan:https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/685705/lesen-khas-bermula-2022

9 Mac 2011

peniaga air dan penjaga letak kereta dipenjara dan sebat samun RM6 dan handphone

ALOR SETAR – Seorang peniaga air dan penjaga letak kereta masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyamun dompet berisi RM6 dan seunit telefon bimbit milik dua remaja di sini Oktober tahun lalu.
SYED ANUAR bertindak agresif dan cuba menendang jurugambar ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan ke atas Syed Anuar Syed Mohd. Arus, 39, manakala rakannya, Mohd. Fazry Mohamad, 26, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan.