• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label penuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penuh. Papar semua catatan

3 Jul 2022

Paxlovid keluaran Pfizer Inc tunggu kelulusan penuh

 

Pfizer Inc sedang mendapatkan kelulusan penuh daripada Amerika Syarikat (AS) bagi rawatan antiviral COVID-19 secara oral, Paxlovid, yang kini tersedia di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA).


Pfizer berkata, mereka menyerahkan Permohonan Ubat Baharu bagi Paxlovid kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat AS untuk rawatan COVID-19 terhadap orang divaksinasi dan tidak divaksinasi yang berisiko tinggi untuk mengalami penyakit teruk.



Memetik anggaran daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, Pfizer berkata ia akan meliputi 50 peratus hingga 60 peratus daripada penduduk AS, secara asasnya konsisten dengan ubat semasa EUA.


Kelulusan penuh itu bermakna Pfizer akan mempunyai pilihan untuk menjual Paxlovid di pasaran terbuka seperti ubat-ubatan lain, bergantung sama ada kerajaan AS memutuskan untuk berhenti membeli ubat itu atau menyediakannya secara percuma di seluruh negara.


Pakar strategi penjagaan kesihatan di Morningstar, Karen Andersen, berkata, melalui kebenaran itu, syarikat juga mungkin mempunyai lebih kawalan ke atas pendidikan kepada orang ramai melalui iklan atau cara untuk meningkatkan penggunaan.



Dalam ujian klinikal Pfizer, rawatan dua ubat yang diambil selama lima hari bermula sejurus selepas permulaan simptom COVID-19, mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian sebanyak 88 peratus kepada pesakit dewasa yang tidak dimasukkan ke hospital dan berisiko tinggi.


Data daripada kajian di Israel awal bulan ini pula menunjukkan Paxlovid mengurangkan kemasukan ke hospital dan kadar kematian COVID-19 pada pesakit yang divaksinasi dan tidak divaksinasi berumur 65 tahun ke atas.


Bagaimanapun, ia didapati tidak dapat mencegah penyakit teruk di kalangan orang dewasa yang lebih muda.


Menurut data daripada Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, lebih daripada 1.6 juta Paxlovid sudah digunakan di AS. - AFP


Pfizer Inc tunggu kelulusan penuh AS bagi jualan Paxlovid

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2022/07/971776/pfizer-inc-tunggu-kelulusan-penuh-bagi-jualan-paxlovid

21 Mei 2021

Pelaksanaan PKP Penuh perlu pakej bantuan untuk rakyat

 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh jika perlu dilaksanakan sekali lagi perlu disertakan pakej bantuan untuk rakyat dan peniaga kecil, sama seperti dua PKP yang dilaksanakan sebelum ini.


Pakej bantuan atau rangsangan ekonomi berkenaan tidak semestinya meningkatkan hutang kerajaan, sebaliknya boleh diberikan dengan kerjasama bank dan organisasi berkaitan, selain dilakukan secara bersasar.


Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata tidak dapat dinafikan PKP penuh akan membawa kesan negatif kepada ekonomi, namun ia kemungkinan harus dilakukan bagi membendung penularan kes dan memastikan sistem kesihatan negara tidak lumpuh.

Anggota polis memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya Jalan Gelang Patah-Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

"Justeru, antara perkara yang boleh dilakukan adalah pihak bank memberi bantuan moratorium bersasar kepada peminjam individu dan peniaga yang mengalami kesukaran membayar komitmen bulanan.


"Bank masih mampu memberi moratorium kerana bank masih mencatatkan keuntungan.


"Selain itu, pemilik bangunan juga harus memberikan moratorium sewa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi moratorium atas cukai taksiran," katanya kepada BH, hari ini.


Sejak kebelakangan ini, beberapa pihak mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan PKP penuh dengan turut membabitkan penutupan sektor ekonomi antaranya di Selangor, susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda penurunan.


Hari ini, Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi sejak COVID-19 dilaporkan di negara ini pada Februari tahun lalu, iaitu 6,806 kes, mengatasi 6,075 kes yang dilaporkan semalam.


Sejak negara dilanda COVID-19 dan PKP dilaksanakan sebelum ini, kerajaan sudah memperkenalkan enam pakej bantuan untuk membantu rakyat dan peniaga yang terjejas berikutan penutupan sektor ekonomi serta pengecilan operasi perniagaan, yang menyebabkan sebahagian rakyat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.


Pakej berkenaan adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin PKS, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).


Selain itu, Ahmed Razman berkata, kerajaan juga boleh memberi bantuan dalam bentuk baucar atau kredit kepada individu dan peniaga untuk membeli barangan serta perkhidmatan asas.


"Organisasi yang menerima baucar atau kredit ini kemudian boleh mendapatkan rebat apabila mereka memfailkan tuntutan cukai daripada kerajaan.


"Dengan cara ini, kerajaan tidak perlu menambah hutang untuk melaksanakan pakej rangsangan fiskal yang terkini," katanya.


Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata jika PKP penuh perlu dilaksanakan, ia hanyalah jalan terakhir yang boleh diambil bagi membendung penularan kes COVID-19 yang semakin kritikal dan perlu dilakukan secara bersasar.


"Jika beberapa kawasan akan dikenakan PKP yang lebih ketat, bantuan daripada kerajaan juga perlu disediakan untuk mengurangkan beban mereka, terutama golongan rentan dan mereka yang bekerja dalam sektor tidak rasmi, yang tidak mempunyai pendapatan tetap serta stabil.


"Begitu juga bagi mereka yang berada dalam perindustrian kecil dan sederhana (PKS) serta industri yang masih lagi terjejas teruk seperti pelancongan, penerbangan, dan hospitaliti," katanya.


Irwan Shah berpandangan, PKP penuh seperti yang dilaksanakan pada Mac lalu tidak memberikan penyelesaian yang menyeluruh dalam konteks memastikan keluk jangkitan dapat terus dilandaikan.


"Selepas kes jangkitan dapat diturunkan dengan kos ekonomi yang sangat tinggi, ia kemudian meningkat semula. Apa yang pasti, apabila model PKP yang pertama dilaksanakan semula, sektor ekonomi akan terjejas teruk dan ramai rakyat akan hilang pekerjaan serta sumber pendapatan, selain usaha pemulihan ekonomi akan terjejas.


"Pada ketika ini pun, ramai lagi rakyat dan peniaga yang masih lagi belum pulih sepenuhnya akibat pelaksanaan dua PKP sebelum ini," katanya.


Pada masa sama, beliau turut meminta rakyat mengubah sikap dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) secara lebih serius, selain usaha kerajaan dalam meningkatkan lagi kapasiti ujian saringan, pengesanan kontak dan proses pengasingan.


"Ini bagi saya lebih baik daripada kerap kali membuka dan menutup pergerakan rakyat dengan pelaksanaan PKP serta pelbagai versi PKP berkenaan," katanya.


PKP penuh perlu disertakan pakej bantuan - Pakar ekonomi

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818833/pkp-penuh-perlu-disertakan-pakej-bantuan-pakar-ekonomi

2 Mei 2021

Permohonan 260000 slot janji temu vaksin AstraZeneca penuh selepas 3 jam setengah dibuka

 Permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca ditutup kira-kira jam 3.20 petang tadi selepas semua tarikh janji temu ditempah.


Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata, individu yang layak bagaimanapun masih boleh membuat tempahan janji temu menerusi senarai menunggu.



Katanya, tempahan slot senarai menunggu akan dibuka untuk tempoh beberapa jam, sebelum keseluruhan sistem pendaftaran menerusi vaksincovid.gov.my ditutup.


"Semua slot (janji temu bagi mendapatkan suntikan) AstraZeneca sudah ditempah.


"Maaf kerana berlaku beberapa kepincangan di peringkat awal dan ada yang terpaksa mengemaskini proses berulang kali.


"Kita akan mula memaklumkan pengesahan tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera atau secara khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya menerusi akaun Twitter, @Khairykj, hari ini.


Sistem permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca sesak sejak mula dibuka kepada orang ramai pada jam 12 tengah hari tadi.


Antara isu disuarakan pemohon ialah kesukaran mendapatkan slot janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas tertentu yang dipercayai paling dekat dengan tempat kediaman masing-masing.


Malah, ada yang mengeluh terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat menembusi sistem permohonan dan disahkan sebagai bakal penerima suntikan pelalian dari United Kingdom itu.


Permohonan mendapatkan 260,000 janji temu suntikan vaksin AstraZeneca dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur.


Vaksin AstraZeneca 'laris'

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/812997/vaksin-astrazeneca-laris

12 Okt 2010

mohon asrama penuh guna laman web KPM

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mahu membuat permohonan untuk mendaftarkan kemasukan anak mereka ke asrama penuh melalui sistem atas talian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta melayari laman web rasmi kementerian itu di www.moe.gov.my.


Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KPM berkata, ibu bapa tidak digalakkan menggunakan enjin pencarian bagi melayari laman web berkenaan sebaliknya disaran menggunakan alamat laman web rasmi kementerian berkenaan.

“Sehingga kini laman web rasmi kami masih aktif, pengguna hanya perlu melayari www.moe. gov.my bagi membuat permohonan dan bukan ke laman web www.emoe.gov.my kerana ia tidak lagi digunakan.


“Bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan, mereka tidak digalakkan menggunakan enjin pencarian kerana ia akan menghubungkan pelayar ke laman web www.emoe.gov.my dan akan tertera perkataan ‘sistem sedang dikemaskini’,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.