• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertama. Papar semua catatan

8 Mei 2021

Vietnam lapor kematian pertama penerima vaksin AstraZeneca akibat reaksi alahan anafilaksis

 

Kementerian Kesihatan melaporkan seorang pekerja kesihatan wanita berusia 35 tahun maut selepas menerima vaksin AstraZeneca, kematian pertama dikaitkan dengan vaksin itu di Vietnam.


Wanita berasal dari wilayah Selatan An Giang itu meninggal dunia sehari selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 pertamanya, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan sambil menambah wanita berkenaan meninggal dunia akibat reaksi alahan yang dikenali sebagai anafilaksis.



"Ini adalah kes yang sangat jarang terjadi dalam pengambilan vaksin COVID-19," kata kementerian itu.


Seramai 750,000 orang di negara itu sudah divaksin sejak kerajaan memulakan kempen vaksinasi pada awal Mac, menurut kementerian terbabit. Ia membabitkan penggunaan vaksin jenis AstraZeneca.


Vietnam sebelum ini menerima pujian kerana berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 menerusi pelaksanaan ujian saringan yang pantas serta program kuarantin yang ketat dan berpusat.


Kematian yang berlaku pada Jumaat, ketika negara itu sedang menghadapi wabak berkenaan sejak awal minggu lalu, dengan penularan secara meluas berlaku di banyak bahagian negara, termasuk ibu kota Hanoi.


Kementerian melaporkan, sebanyak 47 jangkitan baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 3,137 kes dengan 35 kematian di negara itu. - Agensi


Vietnam lapor kematian pertama dikaitkan vaksin AstraZeneca

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/05/814856/vietnam-lapor-kematian-pertama-dikaitkan-vaksin-astrazeneca

3 Mei 2021

Rumah cetakan 3D pertama Eropah ambil masa 120 jam untuk disiapkan

 

Sepasang kekasih menjadi penghuni sulung rumah cetakan tiga dimensi (3D) pertama Eropah yang terletak di Belanda, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Elize Lutz dan Harrie Dekkers berpindah masuk ke rumah unik dengan keluasan 94 meter itu yang daripada luar kelihatan seperti sebuah batu besar dan bertingkap.



Kediaman tersebut merupakan projek kerjasama antara dewan perbandaran, Universiti Teknikal Eindhoven dan syarikat pembinaan Project Milestone.


“Semasa melihatnya buat pertama kali, bentuk rumah yang aneh mengingatkan saya kepada sesuatu yang pernah dilihat semasa kecil,” kata Lutz yang menyewa rumah tersebut bersama pasangannya, Dekkers dengan harga £700 (RM3,960) sebulan.


Biarpun kelihatan seperti rumah binaan biasa, rumah tersebut sebenarnya menggunakan teknologi canggih dan dicetak di sebuah kilang berdekatan.


Proses mencetak rumah itu menggunakan konkrit yang mempunyai kepekatan seperti ubat gigi yang mempunyai banyak lapisan.


Cetakan lapisan pada rumah itu memberikan tekstur bergaris pada bahagian dinding dalam serta luar rumah dan hanya mengambil masa selama 120 jam atau lima hari untuk disiapkan.


Menurut Profesor Universiti Teknikal Eindhoven, Theo Salet, teknik cetakan rumah 3D boleh mengurangkan bahan yang diperlukan untuk membina sesebuah rumah dan mengelakkan pembaziran bahan mentah. -Agensi


Rumah cetakan 3D pertama di Eropah

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/03/rumah-cetakan-3d-pertama-di-eropah/

1 Apr 2021

Lagu pertama terbitan Syahmi Sazli Gewe Ku Ore Kelate beserta Lirik


Syahmi Sazli Production telah menerbitkan lagu pertama nyanyian Emie Sukma dan salah seorang pelakon di bawah Syahmi Sazli Production iaitu Sai Kamal.


Pada pandangan saya yang takde pengetahuan mengenai ilmu muzik ni..

Lagu ni agak ringan dan sayup-sayup dan terbuai-buai bila dengar bait-bait lagu yang disampaikan. Ececee..hahaa..

Terbaik Syahmi!!

 


Semalame tidur tok leno

Teringat terbaye rupo

Si rupawan baru jupo

Gewe Kelate kito


Dirimu yang sederhano

Bagiku teristimewo

Satu dale sejuto

Hatiku dah jatuh cinto


Halus bahaso tutur dan kato

Sejuk pandang di mata

Jelingan manjo yang mempesona

Buat hati tergoda


Tok jemu meme tok jemu

Bilo memandang wajahmu

Sehari tidok bertemu

Hati ku rindu selalu


Kalulah sungguh hok abe kato

Ku yakin mu lelaki setio

Kalulah johoh adik terimo

Bimbing ku sapa syurgo


Halus bahaso tutur dan kato

Sejuk pandang di mata

Jelingan manjo yang mempesona

Buat hati tergoda


Tok jemu meme tok jemu

Bilo memandang wajahmu

Sehari tidok bertemu

Hati ku rindu selalu



Jangan lupa subscribe youtube Emie SukmaSari

25 Mac 2021

Tweet pertama twitter dijual RM12 juta

 

Tweet pertama dimuat naik di Twitter dijual pada harga AS$2.9 juta (kira-kira RM12 juta).


Hantaran just setting up my twttr (baru selesai membuka akaun Twitter saya) itu dimuat naik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey, pada 21 Mac 2006.


Ia dijual kepada seorang CEO syarikat yang berpangkalan di Malaysia selepas tweet itu dilelong bagi tujuan amal.



BBC melaporkan, pembeli yang berpangkalan di Malaysia dan dikenali sebagai Sina Estavi itu menganggap pembelian tweet itu seperti membeli lukisan Mona Lisa.


Ia dibeli menggunakan mata wang kripto ether yang menjadi saingan kepada bitcoin.


Tweet itu dijual sebagai token non-fungible (NFT) kepada Sina Estavi yang juga ketua eksekutif teknologi Bridge Oracle.


NFT adalah sijil digital unik yang menyatakan siapa yang ada foto, video atau sebarang bentuk media dalam talian lain.


Setiap NFT adalah unik dan menjadikannya tidak dapat ditiru.


NFT menjadi sangat popular tahun ini, dengan karya seni digital yang mahal juga dijual dengan cara sama.


Dorsey mengatakan dia menukar wang kripto itu menjadi bitcoin dan kemudian menyumbangkannya ke dana Give Directly's Africa Response.


"Ini bukan sekadar tweet!" Estavi menyiarkan di Twitter.


"Saya fikir bertahun-tahun kemudian orang menyedari nilai sebenar tweet ini, seperti lukisan Mona Lisa."


Tweet ringkas Dorsey dijual melalui lelongan di platform dalam talian bernama Valuables, yang dimiliki syarikat berpusat di Amerika Syarikat, Cent.


Di bawah peraturan platform berkenaan, Dorsey menerima 95 peratus daripada hasil penjualan utama, sementara Cent menerima lima peratus.


Tweet pertama dijual RM12 juta

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/687751/tweet-pertama-dijual-rm12-juta


14 Jan 2021

Kes kematian pertama pesakit Covid-19 di China selepas 8 bulan

 

China melaporkan kes kematian akibat COVID-19 hari ini, kes pertama dalam tempoh lapan bulan ketika negara itu berusaha membendung lonjakan kes dan bersedia menerima pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Wilayah di China sebahagian besarnya berupaya mengawal penularan jangkitan menerusi pelaksanaan perintah berkurung yang ketat dan ujian saringan besar-besaran, bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengalami peningkatan kes terutama di bahagian utara negara itu.


Sebanyak 138 jangkitan baharu direkodkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini, angka harian tertinggi sejak Mac tahun lalu.




Tiada perincian mengenai kematian terbaru oleh pihak berkuasa kesihatan, kecuali kejadian dilaporkan di wilayah Hebei, di mana kerajaan meletakkan beberapa bandarnya di bawah perintah berkurung.


Minggu lalu, pihak berkuasa melancarkan ujian saringan besar-besaran dan menutup rangkaian pengangkutan, sekolah dan perniagaan di ibu kota Hebei, yang terletak di Shijiazhuang, pusat wabak terbaharu negara itu.


Negeri jirannya, Xingtai yang mempunyai penduduk seramai tujuh juta orang, juga diletakkan di bawah perintah berkurung sejak Jumaat dan begitu juga di bandar Langfang yang mempunyai lima juta penduduk.


Sementara itu semalam, Heilongjiang yang terletak di timur laut mengisytiharkan darurat dan mengeluarkan arahan kepada 37.5 juta penduduknya supaya tidak meninggalkan wilayah itu kecuali mempunyai urusan penting.


Kematian itu berlaku ketika China bersedia menerima kedatangan pasukan pakar dari WHO, yang akan memulakan penyelidikan terhadap asal usul wabak COVID-19.


Tiada kematian baharu dilaporkan di Tanah Besar China sejak Mei tahun lalu, dengan jumlah kematian rasminya berjumlah 4,635 orang. - AFP


COVID-19: China rekod kematian pertama dalam tempoh 8 bulan

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/776077/covid-19-china-rekod-kematian-pertama-dalam-tempoh-8-bulan

25 Apr 2020

Renungan Ramadhan Malam Pertama

Renungan Ramadhan 1

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen kepada solat terawih.

26 Jan 2012

dinosaur bersayap Archaeopteryx burung pertama di dunia berbulu hitam

PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.

Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.

Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.

GAMBAR menunjukkan spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx.

"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS. - AFP