• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pertengahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertengahan. Papar semua catatan

7 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Pivot Table (Bahagian 2)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Pivot Table
Bahagian 2

Kita telah pelajari cara membuat pivot table di bahagian 1. Pada bahagian ini, kita akan mula membuat analisis ke atas jadual yang telah dibuat. Sebelum tu, terdapat satu langkah penting perlu saya terangkan.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada data asal, anda perlu refresh data pada tab Analysis. Tab Analysis hanya akan muncul apabila mana-mana bahagian dalam pivot table diklik. Sekiranya Refresh diklik, hanya data pivot table pada worksheet kita bekerja akan diupdate. Semua worksheet pada fail akan diupdate sekiranya Refresh All diklik.

Terdapat 2 cara untuk membuat graf bagi data dari pivot table iaitu dengan menggunakan format yang telah ditetapkan oleh Microsoft Excel atau dengan membuat format sendiri seperti jadual biasa. Graf dengan format jadual biasa mempunyai sedikit kelonggaran berbanding format yang telah ditetapkan.

6 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Membuat Pivot Table (Bahagian 1)

Microsoft Excel (Tahap Pertengahan)

Membuat Pivot Table
Bahagian 1

Pivot table merupakan salah satu feature Microsoft Excel yang sangat berguna. Dengan menggunakan pivot table kita dapat mengektrak set data yang besar dan besar.

Pivot table menjadi pilihan saya bagi setiap data yang telah direkod kerana semua data ini akan diproses bagi tujuan pembentangan bulanan jabatan.

2 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup hlookup (Bahagian 2)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

vlookup dan hlookup
Bahagian 2

Sedikit ulangkaji, di dalam Bahagian 1 kita telah membezakan keputusan daripada pemilihan true atau 1 dan false atau 0. kita boleh memilih sama ada menaip perkataan atau menggunakan nombor.

Boleh dikatakan majoriti penggunaan vlookup dan hlookup akan menggunakan false kerana kita akan membanding nilai sebenar ke atas julat data.

Dalam modul bahagian 2, kita akan mempelajari secara terperinci penggunaan vlookup. Saya juga akan menunjukkan trick untuk membuat senarai nama menggunakan data validation.


Sila tonton video di bawah untuk melihat contoh penggunaan vlookup.

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 1)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Penggunaan fungsi vlookup dan hlookup
Bahagian 1

Pada bahagian ini kita akan belajar cara menggunakan vlookup terlebih dahulu. Sengaja saya asingkan modul vlookup dan hlookup serta pecahkan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pembelajaran.

vlookup secara ringkasnya bermaksud memanggil data yang disusun secara menegak di dalam jadual. Manakala hlookup pula data disusun secara melintang.


Untuk menggunakan fungsi vlookup, formatnya adalah seperti berikut;


=vlookup(lokasi data rujukan,julat data, nombor lajur,format)
=vlookup(A1,A2:B3,3,0)


"True" atau "1" 
Range lookup biasanya dalam susunan menaik daripada atas ke bawah.
Vlookup akan memberikan nilai baris terakhir dengan nilai julat lebih kecil dan sama dengan " <= " nilai rujukan.
Jika tiada baris yang memenuhi kriteria, #N/A akan diberikan.


"False" atau "0" 
Range lookup boleh berada dalam urutan apa pun.
Vlookup akan memberikan nilai dari baris pertama dengan nilai rujukan sama " = "dengan nilai pada jadual.Jika tiada baris yang memenuhi kriteria, #N/A akan diberikan.

Lihat video di bawah untuk melihat cara menggunakan vlookup.


28 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 6)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

Conditional Formatting (Performatan Bersyarat)
Bahagian 6

Setelah menguasai modul fungsi if() sehingga tahap pertengahan, kita akan meneruskan pembelajaran tahap seterusnya bagi conditianal formatting.

Pilihan terakhir dalam tetingkap New Rule ialah "Menggunakan formula untuk menentukan sel mana untuk diformat".

Sebenarnya tahap kesukaran bagi pelajaran ini adalah pertengahan tetapi saya akan meneruskan dengan Manage Rules dalam modul ini. Jadi, adalah lebih baik dimasukkan terus ke dalam tahap tinggi.

Tetapan lalai (default) bagi sel adalah berkunci, $A$1 sekiranya anda mengklik pada sel yang mahu diformat. Conditional formatting boleh disalin semula seperti formula biasa yang dikenakan pada sel, tapi harus diingat anda perlu membuang simbol kunci terlebih dahulu di Manage Rules.

26 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 4)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 4

Ini merupakan bahagian terakhir bagi tahap pertengahan bagi modul fungsi if().

Selepas menguasai kesemua bahagian modul ini, anda sudah boleh meneruskan dengan pembelajaran Conditional Formatting tahap tinggi.

Sedikit ulangkaji, sebelum ini kita telah mempelajari asas fungsi if(). Seterusnya fungsi if() berganda, serta berganda-ganda dan if(and) dan if(or).

Selain daripada modul conditional formatting tahap tinggi, anda juga sudah boleh meneruskan dengan modul fungsi vlookup dan hlookup.

Di bahagian ini, kita akan belajar cara mengunci sel rujukan dan saya rangkumkan dalam modul if() agar anda dapat memahami dengan jelas cara penggunaannya.

25 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 3)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 3

Fungsi If(berganda-ganda) tidak dapat dielakkan bagi pengguna tahap pertengahan disebabkan beberapa keputusan perlu diambilkira dalam mengendalikan sekumpulan data.

Terdapat dua lagi fungsi yang boleh digunakan untuk mengelakkan if(berganda-ganda) tetapi hanya terhad kepada dua keadaan/syarat.

If(and) digunakan sekiranya melibatkan 2 syarat mesti dipenuhi dan if(or) bagi salah satu syarat perlu dipenuhi.

24 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Fungsi If() (Bahagian 1)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Fungsi If()
Bahagian 1

Setelah menguasai Bahagian 1 dan Bahagian 2 operasi matematik/formula, saya beranggapan anda telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran ke tahap pertengahan.

Seterusnya kita akan membuat operasi fungsi logik " if()". Sebenarnya kita telah mempelajari fungsi logik secara tidak langsung dalam modul Conditional Formatting.


Jika sel A1 lebih besar dari sel B1, warnakan sel B1
if(A1>B1,warnakan B1,sekiranya lebih kecil tiada tindakan)

lebih kurang macam tu la maksudnya..

22 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 5)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Conditional Formatting (Penformatan Bersyarat)
Bahagian 5

Bahagian 5 merupakan sambungan New Rule dan kali ini kita akan meneruskan pembelajaran dengan membuat format bagi kedudukan nilai yang teratas atau terbawah, format hanya bagi kedudukan nilai yang teratas atau terbawah purata dan format bagi nilai yang unik atau berganda.

Setelah anda menguasai kelima-lima modul/bahagian conditional formatting, anda sudah bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya, iaitu tahap tinggi.

Walaubagaimanapun kepada yang baru menggunakan perisian Microsoft Excel, anda disarankan untuk membaca modul yang berkaitan formula sehingga tahap pertengahan terlebih dahulu.

21 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 3)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Conditional Formating (Performatan Bersyarat)
Bahagian 3

Kita telah mempelajari cara mewarnakan sel bedasarkan nilai-nilai angka pada sel, membuat bar data, skala warna dan memasukkan set ikon (arah, bentuk, indikator dan penarafan) di Bahagian 1 dan Bahagian 2. Sebelum ini kita hanya menggunakan rules (peraturan-peraturan) yang telah tersedia.

Di tahap pertengahan, kita akan belajar cara membuat rule sendiri untuk membuat perkara yang sama seperti sebelum ni.

Di bahagian 3, kita akan format sel yang dipilih berdasarkan nilai yang ditentukan. Kali ini kita akan belajar untuk buat;
a. skala 2 warna 
b. skala 3 warna 
c. bar data 
d. set ikon

Untuk memulakan, New Rule pada Conditional Formatting diklik.